Monday, June 29, 2015

Terfikir | Sampai bilakah kita akan berhuhu ?

Bulan Ramadhan ni sepatutnya jadi bulan yang istimewa buat kita. Bulan yang sama-sama kita ambil manfaat untuk berubah. Untuk beramal. Untuk dekat padanya. 

Tapi nampaknya ada yang masih tak sedar apabila masih lagi sarat timeline di facebook dengan fitnah-fitnah, caci maki seperti bulan-bulan yang bukan Ramadhan. Yang peliknya benda ni bukan wujud hanya dalam kalangan rakyat awam yang jahil agama, malahan golongan asatizah (ustaz dan ustazah pun nak tumpang sama). Benda-benda macam ni lah yang akan buat orang lebih jauh dari Islam.


Agamawan atau Agamawang

Golongan yang suka berdusta atas nama agama demi mengaut keuntungan dunia. Golongan ini sangat berbahaya dalam Islam

Dari Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Mereka menjadikan agama sebagai sumber pendapatan. Boleh kelihatan di pasaran air mineral yang kononnya telah disolat hajatkan, dibacakan dengan 30 juzuk, dan pelbagai promosi lain untuk make people believe especially orang kampung yang mudah terpengaruh dengan penampilan mereka yang ajet-ajet alim.Yang peliknya air mineral biasa harga RM 1.00, yang dorang jual sampai RM 6-7 ringgit kau. Tu bukan ambil untung? Dari air mineral, kurma, kismis, sehinggalah minyak wangi, semua dorang sapu.

Kalau ada mak dan ayah yang nak beli produk-produk macam  ni, nasihatkan mereka tak payah. Ikhtiarlah dengan alternatif yang meyakinkan dan tawakallah kepada Allah.Tak mustahil kalau tak bendung, suatu hari nanti mereka akan jual pulak kopiah yang dijuzukkan 30 juz dan baju melayu sunnah.


Aku Islam, depa kafir

Ni lagi satu golongan yang aku tak berkenan. Selamba pak hang jek acah-acah kafirkan orang lain. Sesiapa yang bermanhaj salaf dan beramal dengan jalan ahli sunnah waljamaah tidak sekali-kali akan mengkafirkan orang lain. Lagi-lagi golongan ulama dan sheikh-sheikh Islam yang telah banyak membantu dalam membangunkan Islam.

sesungguhnya nabi SAW. telah bersabda : "apabila seseorang mengkafirkan saudara sesamanya, maka pengkafiran itu pasti menimpa kepada salah satunya. jika yang dikafirkan itu memang kafir, maka ia kafir, jika yang dikafirkan tidak kafir maka kekafiran itu kembali menimpa kepada orang yang mengkafirkan" (HR. Imam Muslim)

Hari ini ada golongan yang so called ustaz selamba jek kafirkan Ibnu Taimiyah, menyamakan Wahabi dengan Yahudi dan menuduh mereka kafir. Inikah Akhlakul Kareem yang diajarkan oleh guru-guru kamu wahai pembawa bidaah?


Cerita dongengan

Adat Melayu kaya dengan dongengan dan rekayasa cerita untuk menghiburkan rakyat.Tetapi tidak perlulah kita berlebih-lebihan menokok tambah cerita sehinggakan menjadikan Islam nampak sebagai agama yang lawak dan lucu dengan kisah-kisah wali-wali dan individu yang dikatakan terlalu hebat sampai melampaui kemuliaan nabi pula. 

Famous ketika ini cerita tentang seorang habib yang pernah memberi makan pisang kepada seekor singa dan seorang anak murid habib yang takde jantung akibat terlalu rindukan Nabi. Kalaulah begitu, pasti para sahabat tidak mempunyai jantung sebab merekalah yang paling kasih kepada nabi sepanjang hidup mereka. Karamah memang wujud, tapi ia bersangkut juga dengan logik akal dan Sunnatullah. Kalau tak nak guna akal, lebih baik jadi beruk.


Kita tak maksum

Nabi maksum,kita tak maksum.
Manusia sentiasa melakukan dosa tak kiralah apa pangkat sekalipun.Raja, YB, Menteri, Guru, Polis, semuanya  tak terlepas dai melakukan dosa termasuklah asatizah, ulama, maulana, dan habib. 

So jangan terlalu taksub memuja individu-individu ini. Cuma bezanya dengan kita, mereka yang telah melakukan dosa akan cepat beristighfar dan memohon taubat kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosa tersebut. 
Bukannya berhuhuhu dengan jahiliah yang telah dilakukan.

Pintu taubat sentiasa terbuka.
Selagi matahari tak terbit dari Barat.
Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.


Sungguh kematian itu terlalu dekat

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan
mati" (QS. 3 : 185)

Lantas adakah kita telah bersedia?
Maafkanlah orang lain dan raikanlah perbezaan.

Walaubagaimanapun, penindasan dan pendustaan perlulah diperbetulkan dan ditegah dengan segala keupayaan yang kita ada.
Yang paling penting, kita mesti ingat.
Masuknya kita ke syurga bukanlah bergantung kepada jalan atau aliran yang kita pilih.
Semuanya bergantung kepada redha Allah.

Mari sama-sama tanya diri.
Adakah Allah redha?
Tepuk dada, tanyalah iman






1 comment:

Herr Aimul said...

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian enta.