Thursday, June 11, 2015

Hati 16h38


Hati,
Moga pengalaman yang lepas ajar kau banyak benda.
Moga kau tak terlalu berharap pada satu yang bukan kau punya.
Moga kau tak terus terluka kerana menyembuhkan kau memakan masa.

Sungguh,
Aku tak mahu kau terus dihimpit kecewa.
Mungkin di bibir kau kata redha,
Tapi sejauh mana redha itu mampu bawa kau kembali ceria?
Sejauh mana redha tu mampu buat hidup kau kembali bermakna?
Kata-kata kau tu hanya kata-kata untuk menyedap hati yang duka.

Sudahlah,
Lupakan saja pada dunia yang tak memberi jaminan apa-apa.
Hiduplah untuk akhirat yang jauh lebih bermakna.
Dan sandarkanlah harapan kau hanya pada Tuhan Yang Esa.
Agar hidup kau tak mudah lagi berkecewa dan aku tak lihat lagi kau berduka.

No comments: