Thursday, June 25, 2015

Solat Tarawih | Panjang atau Pendek?



Lumrah bagi kita akan memilih Imam yang paling pendek bacaannya sebab kita suka cepat habis. Boleh balik awal dan sambung makan, main futsal atau workout kat gym. Dan pelbagai hujah kita gunakan untuk justify tindakan ini.
Antara hujah yang terpakai adalah  Imam mesti meraikan makmum yang  mempunyai pelbagai latar belakang seperti yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W yang menegur imam yang terlalu panjang bacaannya.

                Siapapun diantara kalian mengimami agar meringankannya, kerana diantara kalian orang lemah, diantara kalian orang tua, diantara kalian ada yg mempunyai hajat kesibukan lain" (Shahih Bukhari hadits no.670).


Ada juga di antara kita yang lebih menghayati imam yang panjang bacaannya kalau boleh satu malam habis satu juz bersesuaian dengan hadith yang menyebut ganjaran pahala yang berganda jika ayat Al Quran dibawa dalam solat.

                “Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (dari Ibnu Masud)

                Pahala membaca al-Quran dalam solat dan membacanya dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk.Berpandukan hadis Rasulullah yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut

a.        Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi setiap satu huruf ialah 100 kebajikan.
b.       Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi setiap huruf 10 kebajikan.


Berbalik kepada konteks dan waqik (budaya masyarakat), kita kene sesuaikan dengan latar belakang makmum, Jika makmum kita berbadan sihat dan sado-sado, adalah lebih baik jika membawa surah yang panjang.Namun, jika para makmumnya golongan yang beruban di kepala dan mengharapkan sokongan kerusi, ayat-ayat lazim yang pendek sudah memadai. Perkara sunat, mengapa perlu disukarkan ?


p/s : masih teringat pengalaman solat di Tarawih di France yang makmumnya sado-sado ;)

No comments: