Thursday, December 15, 2011

We do not remembers days, we remember moments

Lega rasanya setelah exam baru abis. Dua exam dalam satu minggu memang perkara yang kurang normal bagi aku. Lulus atau gagal itu soal lain, yang penting aku dh try the best masa exam tue (bukan sebelum exam). Bile balik bilik, tetiba tangan yang gatal ni terus godek2 gambar2 lama, then tetiba :

Keluar lah gambar folio sejarah nie, aku buat masa form 3 rasanya.Apa yang specialnya, page ni dibuat oleh kawan aku sbb aku tak cukup tangan nak siapkan dan dia plak takder keje dan bosan.Budak nie nama dia mUstaqim Imran dan penah jd best student kat skolah aku dulu..

Nie plak surat yg aku dapat masa kat matrik dulu,lebih precise lagi masa aku nak kuar matrik melaka.Aku mmg suka suasana matrik.Tp sebab aku dapat tawaran yg lebih baik,aku pun meninggalkan matrik dengan seribu nostalgia. Banyak lg sebenarnya surat yg aku dapat masa kt mozac ngan matrik dulu,( termasuk surat daripada kakak2 contact masa sekolah menengah dulu) biodata dan sebagainya.Namun biarlah ia menjadi rahsia dan tersimpan dalam lipatan kenangan aku.Privacy sebenarnya..malulah aku nak tunjuk !

Ini plak dialog yg perlu dihafal ketika sesi lakonan Filem Soprah.Selepas tamat PMR, kiteorng dipecahkan dan diminta untuk berlakon dalam filem dan sketsa sekolah. Aku ingat moment ni sebabnya masa nilah aku kenal dengan budak perempuan batch aku,coz aku jarang berkomunikasi dengan perempuan masa form 1 & form 2.(seyesly,kononnya nak jaga batas)Ada di antara mereka yang aku tak pernah bercakap pun. Ketika saat inilah aku belajar mengenali lebih rapat kawan2 sebatch dengan aku.Masa kat MOZAC dlu,aku rasa form 3 adalah saat yang paling best kat sekolah atas bukit tue.

Walaupun nampak buruk buku nie,janganlah korang underestimate kelebihannya. Inilah himpunan usrah2 dan tazkirah yang pernah disampaikan oleh senior2 mozac (BADRI dan orang alim) sewaktu aku form 1 sehinggalah form 3. Form 4 n form 5 aku dh tak dengar usrah sebab kadang2 aku yg bagi usrah. Buku ni ada 4 jilid sebenarnya.Semuanya tercatat termasuklah tazkirah subuh,asar,maghrib,malam jumaat dan pagi jumaat beserta nama naqib,masa dan tarikh tazkirah itu dicatat. Aku yakin buku usrah ni buku usrah yg paling lengkap dalam batch aku.(kalau tak caya boleh tengok sebab aku still simpan lagi buku ni kat rumah buat rujukan) dan aku dulu slalu dapat bintang daripada AJK BADRI..huhuhu So,kalau ader yg pikir aku ni jahil agama,mungkin jawapan anda dikira sebagai tidak tepat,ops!


KAdang2 masa bosan2, korang tengoklah gambar2 lama atau objek2 lama yg korang simpan.Mesti korang akan tersenyum sendirian...hehehe

3 comments:

apple damein said...

pfftt~~ hahahha tak sangke aku gn athir..hhahha

A. Asyraf (asd_slade) said...

hahaha..ape yg disangkanye ajij...lama siot tak jmpe ko

trialtodelete said...

memri habis la haha...