Thursday, December 8, 2011

Perasaan Dalam Perkhabaran






Kulihat horizon di luar jendela,
Awan itu lain warnanya,
Bayu itu sejuk hawanya,
Flora itu ternyata berbeza,
Mergastua,ganjil desirnya.

Nasi bukan lagi menjadi ruji,
Gandum terpaksa menjadi galang ganti,
Spaghetti mampir acapkali,
Membius kerinduanku pada mee kari,
Santapan istimewa di Restauran Murni.

Ku teruja melihat mata mereka,
Biru,kelabu,hijau,pelbagai warna,
Rambut mengurai,semerbak harumnya,
Jasadku tergoda,imanku bergelora,
Namunku yakin,jodohku di sana,
Menanti setia,jauh di Malaysia.

Kesibukan di sini membuatku lupa,
Atmosphera Besançon membuatku ceria,
Tapi,kadangkala rindu ini bertandang,
Menendang rohani,menikam sanubari.

Atas nama JIHAD,ku serahkan padaNYA,
Perjuangan ini untuk anak bangsa,
Kalau hayat bertakung di JIWA,
Lambat-laun kan ku pulang jua.

Nukilan,
Asyraf Damien,

BATIMENT ROUSSEAU CH 206,
19, RUE DE L’EPITAPHE,
25000 BESANCON,
FRANCE
16 Septembre 2011/vendredi/6.05 p.m

No comments: