Monday, November 21, 2011

Semiotik,publisiti,dan agama


Syarikat Benetton dalam kempen 'Unhate' mereka baru-baru ini mengeluarkan gambar iklan kempen mereka secara meluas menunjukkan gambar 2 pemimpin berlawanan agama, Pope Benedict XVI dan Ahmed Mohamed El-Tayeb imam masjid Al-Azhar bercium sebagai tanda kemesraan.

Umat Kristian terutamana dari Vatican mengkritik hebat gambar iklan tersebut dan menyatakan ianya sebagai unsur provokasi yang tidak menghormati perasaan umat Kristian. Umat Islam juga mengkritik hebat dan mengecam poster tersebut yang dipasang di segenap jalan dan dalam portal mereka.

Apa tafsirannya jika kita melihat gambar pope bercium dan berpelukan dengan Imam Masjid Al-Azhar seperti itu. Bagi Benetton itu adalah lambang tiada perasaan benci antara satu sama lain diantara dua pemimpin yang bersaing dalam menegakkan agama masing-masing.

Bagi umat Islam pula ada banyak makna, salah satu daripadanya mungkin itu satu penghinaan kepada pemimpin agama seolah-olah mengamalkan budaya gay. Atau mungkin itu satu petunjuk Islam tunduk kepada Kristian dan bersedia untuk berkompromi. Begitulah sebaliknya kepada umat Kristian.
Dari blog Saidinhasnam

2 comments:

Azham Vosovic said...

OMG! Did they really kissed?

tak guna photoshop ke apa ke?

gosh,...

ASyraff Ryu said...

confirm2 la phothop azam..huhuh