Wednesday, October 13, 2010

Turki dalam 2 wajah berbeza


Selepas kelas ASC td(blajar tentang union europeen)aku terus usya pesal turki.Negara yg ingin menyertai europe tp kene reject sejak sekian lama...dan selepas wt research dalam i jam setengah aku jumpa jawapannya....Apakah sebenarnya Turki?

  1. negara tinggalan Empayar Islam Uthmaniah
  2. terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia
  3. Perdana Menteri Turki sekarang : Recep Tayyip Erdogen
Kerana terlalu ingin bersatu dengan kesatuan eropah,banyak yg telah dilakukan turki,antaranya:
  1. memulihkan sistem demokrasi di negara Turki sejak ia mula menjadi negara republik pada 1923
  2. mengamalkan sistem pilihanraya yang telus demi menjaga kesamarataan hak asasi penduduk sehingga sebuah parti fahaman Islam sepenuhnya iaitu Parti Islam Refah memenangi pilihanraya pada 1992 dan telahpun dibubarkan oleh tentera
  3. pelaksanaan Islam secara sekular di bawah pemerhatian tentera untuk membuka mata Kesatuan Eropah terhadap kegigihan Truki menyertai Eropah
  4. pelaksanaan urbanisasi yang memandang ke Barat di mana negara-negara Barat dijadikan contoh untuk urbanisasi di negara Turki
  5. menyokong segala kempen ketenteraan yang pernah di jalankan oleh negara-negara Barat sebelum ini termasuklah menyertai latihan udara bersama pakatan Zionis Israel
  6. memperjuangkan Islam sekular dan segala pembangunan yang pro-Islam sepenuhnya akan dikecam
Sebab2 kenapa UE harus menerima turki:
  1. perkembangan pesat di Turki : ketika Perang Dunia kedua kebanyakan kampung-kampung kecil pantas menjadi bandar-bandar maju
  2. pengisytiharan Kamal Atartuk bahawa Turki adalah sebuah negara "westernised" di mana mengamalkan cara kehidupan Barat
  3. kelahiran pelbagai parti politik yang diterima dalam memastikan keutuhan sistem demokrasi di Turki dan melengkapkan syarat-syarat Turki untuk menyertai EU
  4. menjadi syurga pelancongan yang bakal membangunkan ekonomi Turki yang secara tidak langsung memberikan pulangan yang tinggi kepada EU dalam industri tersebut

Situasi penerimaan negara-negara EU :

  1. wujud krisis antara Turki dengan Greek kerana berebutkan Kepulauan Cyprus. Tentera Turki pernah mendarat di Kepualaun tersebut yang pada ketika itu telah pun diteroka oleh Greek iaitu pada 1974. Turki meguasai bahagian utara dan Greek menguasai bahagian selatan
  2. Negara-negara Eropah masih melihat Turki sebagai sebahagian dari negara Islam
  3. presiden Perancis, Nicholas Sarkozy membuat kenyataan bahawa Turki tidak bersama Eropah secara fizikal

Kronologi permohonan Turki untuk menyertai EU :

  1. seorang ahli media bebas Turki menjelaskan bahawa keinginan Turki menyertai EU telah bermula sejak abad ke-13 dan berlanjutan sehingga abad ke-16 setelah penguasaan Kerajaan Uthmaniah terhadap beberapa negara Eropah seperti Poland dan Teluk Parsi
  2. Perdana Menteri Turki pada 1959, Adnan Menderes mengumumkan keinginan Turki untuk menyertai European Community; sekarang EU tetapi pihak EC tidak bersetuju
  3. satu perjanjian dimeterai pada 1963 untuk membolehkan Turki memohon menyertai EU
  4. hanya pada 1999 Turki menjadi calon rasmi untuk menyertai EU dan pelbagai rundingan telah dilakukan sehingga 2005
  5. sehingga kini Turki masih lagi belum diterima oleh EU

Situasi semasa EU dan Turki :

  1. Turki semakin menjauhi negara-negara Barat dan mula beralih untuk memberikan sokongan penuh terhadap negara Islam
  2. Islam diamalkan sedikit demi sedikit sejak pemerintahan Erdogen yang sememangnya pro Islam walaupun masih lagi memperjuangkan fahaman sekular
  3. Turki telah menghentikan latihan ketenteraan udara bersama Israel
  4. Presiden Turki menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Mahmoud Ahmadinejad; Presiden Iran diatas kesungguhan dalam membincangkan isu nuklear US dan Israel yang pasti menganggu-gugat keamanan dunia
berdasarkan keadaan-keadaan yang telah diterangkan, sebenarnya usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah telah lama bermula. namun ia masih lagi tidak kesampaian mungkin kerana imej Turki yang masih dimonopoli oleh majoriti penduduk Islam. dan jika dilihat pada hari ini sebenarnya Turki sudah penat meminta-minta dari EU.

7 comments:

imran shafiei said...

tak perlulah turki bersatu dengan eropah yang rata-ratanya bukan negara islam... dalam kalangan pemimpin mereka banyak yang membenci islam...harap turki dapat melupuskan fahaman sekular dan mengamalkan islam yang bersifat syumul...

A. Asyraf (asd_slade) said...

Negara Turki antara negara yang mempunyai paling banyak masjid sehinggakan pabila tiba wk2 azan,takkan ade ceruk yg terlepas dari mndengarnya,malangnya,hanya golongan yang beruban sahaja yang memenuhi saf2 di masjid....Turki benar2 telah berubah selepas berakhirnya zaman uthmaniah yang agung...

Elle Who? said...

kembalikan Turki Uthmaniah yg dahulu. Sesungguhnya Turki sendiri pernah mnjadi empayar terbesar Islam sebelum kdatangan attartuk...

A. Asyraf (asd_slade) said...

thnx amalina sbb komen kt sini..aku try nak bg komen kt ko nyer blog tp prosedur dia mcm ssh..haha by the way turki memeng dh berubah jadi sekular.pelajar di skolah awam tak dibenarkan memakai tudung(dilarang menunjukkan simbol agama)bayangkan betapa hancurnya turki...

Unknown said...

barat lebih diagungkn?
umm...mmg byk perubahan dlm pentadbiran dan dasar perlu diperkenalkan...
tQ yep tir 4 this inf0...

A. Asyraf (asd_slade) said...

sama2.....saja nak share information

Elle Who? said...

hhuhuhu! aku pny komen bkn cam ko nye..dia pop out so kene tulis kat window yg pop up tu..ala komen je..boleh..hehe