Monday, June 4, 2012

Racist dan agama ; perbedaan yang ketara




Kat mana-mana sekalipun budaya Racist akan wujud dalam dunia ni.Tak kiralah di Malaysia ke, Perancis ke, even kat Arab pun ada,malahan kadangkala semangat assabiyahnya lebih kuat dari negara lain walaupun majoritinya beragama Islam. Baru-baru ni keluar kat Youtube video racism  (keganasan yang dilakukan oleh orang Ukraine kepada asean). Di France racist hanya melibatkan verbal abuse tapi kat Ukraine dan Russia memang sampai tahap physical abuse. Persolannya,mengapa kita racist???

Tak payah ambil contoh jauh,contoh yang dekat pun boleh kalau kita melihat adegan politik tanah air kita  hari ini. Ramai pemimpin yang berkobar-kobar menanamkan semangat keultraan-melayu dalam diri rakyat sampai boleh mempersendakan bangsa lain.

Masih ingat perkara 13 Mei 1969? Masih ingat kisah parang terbang?(kalau tak tau,usha google)

Ada seorang tua pernah cerita kat aku tentang bagaimana hebatnya seorang Mahaguru Silat Selempang Merah yang mampu menerbangkan parang-parang mencantas kepala cina-cina yang membuat angkara.Sehingga hari ini,ada segelintir dari kita bangga dengan cerita tersebut dan menganggap parang-parang terbang ini akan menyelamatkan mereka ketika bangsa melayu ditimpa musibah,seolah-olah orang melayu ni powerful race.Bahkan ada yang menjadikan peristiwa 13 Mei untuk menakut-nakutkan anak-anak muda yang cuba mencari perpaduan dalam variasi bangsa yang wujud di Malaysia.

Namun,tak ramai pulak yang mempersoalkan siapa yang menerbangkan parang2 tu? Kalau legenda tu betul, adakah ada diikati invisible string lalu ditarik oleh Mahaguru Silat? Ataupun wujud teknologi enjin roket kecik yang diletakkan di hulu parang tersebut? Ataupun sebenarnya parang itu dibaling terlalu laju seolah-olah ia terbang?

Bagaimanapun...sebab kita Melayu...majoriti kita percaya parang2 itu terbang kerana ilmu persilatan orang2 Melayu. Parang2 itu terbang kerana kuasa ghaib. Cuba tanya balik dekat diri sendiri...kalau kita percaya dengan legenda parang terbang, bagaimana pula dengan perspektif agama kita dari segi itu? Kalau benar ada mahaguru silat kita mampu menerbangkan parang, siapa yang terbangkan parang tu?Dah sah-sah bukan Malaikat, kan?

Cuba tengok balik apa hukumnya berdamping dengan benda ghaib dan gunakan benda ghaib sebagai khadam? Cuba tengok balik apa hukumnya mempunyai saka ni.
Sebagai seorang Melayu, kita boleh taksub dengan legenda parang terbang tapi sebagai seorang Islam, adakah kita dibenarkan bergantung dengan parang terbang atau percaya dengan kisah parang terbang penyelamat bangsa?

kat orang cina parang tu terbang..kat org British, Portugis, Belanda, pemurtad, org yang melalaikan kita dari syariat dan ibadat kpd Allah, perasuah yang merompak duit kita dan penjenayah yg jauh lebih kurang hajar nya tu terbang tak? Nabi pun hayun sendiri pedang dan panah. Fikirkanlah.

"Kami adalah bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam.Barangsiapa mencari selain darinya,maka tidak akan menambah padanya selain kehinaan "
(Umar al -Khatab)

1 comment:

trialtodelete said...

rascism is not a good thing. i observe many uni students who are racist and i hate this situation very much!