Sunday, June 10, 2012

Jangan jadikan ini satu budaya



“ Cuba ko tengok status FB dia, semuanya berkonsepkan ketuhanan,bersyukur, dan tawaduk. In short, dia memang baguslah,kalau jadikan menantu or adik ipar memang bagus” !
(anonymous)

 "Ko usya sket Twitter ngan FB dia,semua  share pesal lagu,movie,kamera.Papetah.Tak taw ke yang semua tu jahiliyyah,aku mcm malas la nak cakap kan,tapi…”
(anonymous)

Dialog2 picisan lagi murahan yang sering menyakitkan telinga aku yang masih diamalkan oleh segelintir dari kita. Kita suka sangat judge orang lain berdasarkan percakapan,laman social,dan penampilan seseorang. Kematangan seseorang diukur dengan umur dan penampilan,kewarakan seseorang diukur dengan laras percakapan,dan pengetahuan seseorang dikenalpasti dengan markah peperiksaan. Dan budaya ini ternyata SALAH dan KURANG BIJAK !

Mana kau boleh tahu dia berada di dalam jahiliyyah berdasarkan status FB semata2.Ko taw tak apa yang dia buat di sebalik pengetahuan ko such as Solat tahajjud,tilawah,tadabbur,menderma rumah anak yatim dan segala amal kebajikan? Ko tak pernah periksa,just tuduh dan dakwa.Semak balik Surah Al-Hujurat dan Al-Humazah.

  Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
 (QS. Al-Hujurat: 12)

  Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela
(Al- Humazah :1)

Kalau betul kita dah tadabbur dengan Al-Quran,kita takkan lakukan perkara sebegini dalam hidup kita. Malangnya ramai yang  masih tidak tahu perbezaan antara abid dan alim (boleh klik link).Inilah sebenarnya masalah kita.

Bagaimana pula kita boleh mendakwa seseorang itu bagus berdasarkan status facebooknya sedangkan dalam masa yang sama orang ini merupakan pendosa di belakang kita.Merokok,mendedah aurat,tidak menjaga pergaulan dan pelbagai dosa besar yang lain. Ini pula perbezaan antara muslim dan munafiq.Namun sebagai seorang islam,adalah digalakkan kita untuk bersangka baik sesama manusia.
Tetapi janganlah terlalu taksub hingga buta mata hati dan pancaindera yang lain.
Sekian ,riadah di petang ahad.