Monday, May 21, 2012

Teka teki yang tak terjangka ^^



Hari itu hari jumaat, tengahari. Ramailah muslimin di sini yang pergi menunailan kewajipan solat jumaat. Macam biasa, aku akan pilih Masjid Fontaine d’Ecu berbanding Masjid Planoise kerana khutbahnya dalam bahasa Perancis,berbanding di Planoise yang menggunakan Bahasa Turki yang sudah jelas lagi nyata aku tak paham. Kefahaman itu sangat dituntut dalam penghayatan sesuatu bicara khutbah untuk kemaslahatan ummah.

Usai solat, selepas pertemuan di luar masjid bersama Akmali dan kader-kadernya, aku dan Amin melangkah ke bus stop untuk pulang. Ketika itulah kelihatan seorang Pak Cik tua bersama tongkatnya datang kepada kami dan terus bertanya tanpa menghulurkan salam perkenalan.

«  Combien de bois qu’on a besoin pour faire une voiture ? (berapa banyakkah kayu yang diperlukan untuk membuat sebuah kereta?)” soalnya kepada kami dengan wajah penuh konfiden.
« Je ne sais pas, chuis desolé (saya tak tahu,maafkan saya) » jawabku kerana merasakan  soalan itu gagal difikirkan logiknya. Lagipun aku malas hendak bertanya lanjut kerana merasakan mungkin Pak Cik itu kurang waras fikirannya.
« Je n’ai aucune idée (saya takde idea) » balas Amin pula. Ayat yang selalu diulanginya bila dipertemukan dengan setiap kebuntuan.

Untuk tidak mengecewakan hati Pak Cik yang berumur dalam lingkungan 60-an itu,kami tetap try our best tuk jawab soalan itu sebaik mungkin. Tetapi setiap jawapan kami mendapat gelengan daripada pihaknya. Lantaran kepenatan dan ditambah dengan suhu yang mencairkan kesabaran, we are finally surrended. Pak Cik itu tersenyum kerana kami gagal menjawab soalannya.

“ 6 tronc (6 dahan)” memberikan jawapan kepada kami.
“Mais pourquoi ?(tapi mengapa?)” tukas kami kerana tidak berpuas hati dengan helahnya.
“vous connaissez Citroen (anda kenal Citroen ?) » soalnya.
« Bah oui, (sudah tentu) » jawab kami hampir serentak.

Baru kami tersedar yang Citroen mempunyai homonim yang sama dengan 6 tronc dalam bahasa Perancis yang membawa maksud 6 dahan.
« Ah oui, (a’ah) », terkeluar perkataan itu setelah kami sedar yang kami telah diperkenakan.
Dalam memikirkan logik soalan itu, Pak Cik tadi berlalu pergi dengan senyuman manis yang terukir di wajahnya. Setelah berjalan jauh dalam panas terik,beliau akhirnya  tersenyum gembira kerana berjaya mengeluarkan teka-teki yang tak terduga oleh orang asing seperti kami.

Walaupun sedar kami telah dipermainkan, kami tetap gembira kerana berjaya membawa erti sebuah kegembiraan kepada seorang  lelaki yang berada di pertengahan usia, yang semakin lama, semakin dilupakan dalam kemajuan sebuah pekan kecil yang bernama Besançon.
Sekian.

2 comments:

apple damein said...

jgn pasni kaw wat teki teki sama kt ktorg suda..anyway, how's life treating you friend?? kaw ad typo kt ats tu..and ak doakan kaw sehat and kumpul exp byk2

A. Asyraf (asd_slade) said...

hahah thanx ajis..baru aku nampak ada typo kt menunaikan tue,..thanx..')