Saturday, February 25, 2012

Awkward dalam agama


Actually aku perasan benda ni masa aku tengah sakit (cirit birit dan demam yang serius), dan masa inilah aku tahu apakah makna dan definisi Qudwah Hasanah (tauladan yang baik) yang sebenar.



“Pendakwah” hari ni selalu sangat bercakap tentang tauladan yang baik dan dalam masa yang sama mereka gagal menunjukkan amalan ini dalam masyarakat.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri,masa aku tengah sakit dulu,member yang banyak tanya khabar dan tolong aku ialah orang yang tak melibatkan diri dalam dunia “dakwah “ini. Yang lebih memalukan aku, ada segelintir dari mereka yang non-muslim bersungguh-sungguh membantu aku sedangkan rakan seagama yang kononnya berjuang atas fikrah yang sama hanya mengambil sikap tidak ambil peduli. Secara terus terang, aku bukannya baik sangat dengan dua member yang non-muslim ni,tapi saat aku memerlukan,merekalah yang lebih menunjukkan sikap prihatin.

“Rakan-rakan dakwah” ini bertanya khabar pun tak sudi sedangkan ketika mereka memerlukan sesuatu daripada aku,bley pulak call,tapi bila aku tak diperlukan,seurat SMS bertanya khabar pun seakan satu cabaran buat mereka.


No wonderlah dakyah missionary dan kristianisasi berjaya di Malaysia dan seantero dunia. Islam adalah agama yang sempurna namun gagal dizahirkan oleh penganutnya.Mulai hari ini,aku takkan berharap lagi kepada kumpulan2 ini.Dalam menjalankan kerja dakwah,setiap orang ada prinsip sendiri.Mereka dengan cara mereka,aku dengan cara aku.Terpulanglah dengan apapun tohmahan yang akan dilemparkan,aku bersedia menerimanya berbanding dengan memerangkap diri sendiri dengan slogan ikatan kekeluargaan yang palsu.Harus diingati,dakwah dijalankan dengan membuka kunci Qalbi,bukan dengan cara melukakan sekeping hati!






2 comments:

Madre Amor said...

Harap Asyraff tabah dan sabar m'hadapi segala bentuk ujian di perantauan. Teruskanlah ber silaturrahim dgn mereka."Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
"Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (HR Bukhari)

ASyraff Ryu said...

Terima kasih Ummi ...insyaallah...semoga segalanya dipermudahkan..;)