Wednesday, August 17, 2011

'Penceroboh' mungkin ayat yang tepat

Semalam aku berjalan kat area masjid jamek dengan Jlan Tar,just nak carik persiapan raya...

Sepanjang perjalanan,banyak kedai yg aku lawati,rata2 nya bukan kedai penduduk malaysia,mereka menawarkan harga yg jauh lebih murah berbanding dengan harga yg ditawarkan penduduk tempatan.Kerana itulah kedai mereka mendapat perhatian masyarakat setempat.

Dalam sedar atau tak,perkara ini mewujudkan persaingan,membahayakan anak watan,dan memudaratkan institusi kenegaraan.Tambahan pula desas-desus yg bertiup kencang mengatakan PATI kini mudah mendapatkan kerakyatan lantaran ada pemimpin yang hilang maruahnya.

Pernahkan kita terfikir berapa banyak duit kita yang telah keluar dari malaysia setiap hari ?
Adakah selepas ini mereka akan meminta pula hak sama rata dengan warganegara malaysia?

Janganlah kerana mereka,kita terpaksa merempat di negara sendiri,ketika inilah lagu 'Anak Kecil main api' perlu diteliti maknanya kerana dikhuatiri suatu hari nanti kepala kita sebagai peribumi diinjak di bumi sendiri..

No comments: