Thursday, February 25, 2016

Lelaki dan sebuah rumah

Dalam hidup aku, aku ada banyak rumah.
Bukan rumah sebenar dari maksud harafiah,
tapi tempat yang kita panggil home.
Beza tau house dengan home.

Rumah pertama aku kat kuarters Batu Pahat sebab i spending my childhood time there. Then we moved to Tampin as our second home and lastly we settled down in Malacca. Dan selepas itu, ayah pun dah penat nak pindah-pindah. Ini figur rasmi rumah yang pernah aku duduk, belum lagi cerita rumah -rumah aku yang lain.

Rumah-rumah yang lain itu adalah semasa di MOZAC, tempat aku habiskan usia remaja aku selama 5 tahun kat sana.
Susah senang, sakit demam, patah seliuh, semuanya kat situ.

Then rumah IPBA bila aku habiskan tiga tahun kat sini. As a result ; TMC, UM,Bangsar South,dan Midvalley ni semua dah jadi macam kawasan kejiranan aku. Masa kat France dulu pun aku ada dua rumah. Satu rumah sewa aku kat Rue chifflet, satu lagu rumah aku kat Planoise yang aku selalu pergi kalau aku ada masalah. Rumah yang ada Amal, Safi, dan Pulasari Rendek.

Rumah tu dah macam rumah aku sendiri.
Aku yang selalu masak dan kemas this place so called home.

So bila orang tanya mana rumah aku, aku kadang-kadang hadapi masalah nak jawab macam mana sebab "rumah" aku memang banyak sangat.


No comments: