Friday, January 30, 2015

# Kehidupan di Universiti 1

6 tahun aku habiskan di Universiti termasuklah 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di oversea.
Banyak benda yang aku pelajari,dan antaranya adalah ragam manusia.

Aku berjumpa dengan seniors dan juniors yang patah tumbuh hilang berganti
kawan-kawan yang datang dan pergi,
sahabat yang naman nya tak luput di hati,
pejuang yang bukan hanya bercakap tapi lebih selesa turun di medan
dan crush yang dah nak kahwin tak lama lagi.

Banyak juga aku jumpa pensyarah;
Ada yang anggap kau sebagai rakan,
ada yang treat ko as adult yang mampu decide sendiri
ada yang suka bagi arahan
dan ada juga yang anggap kau ni sebagai bayi yang belum bercerai susu badan.

Pendek kata,pengalaman itu mematangkan dan memberi pengajaran
Nak didik jiwa manusia bukan mudah, ko perlu faham psikologi dan cara mereka berfikir.
And finally, ko akan mampu membaca riak wajah dan tingkahlaku hanya dengan sekilas pandangan.
Penting bagi aku seorang bakal pendidik untuk hadapi proses ini, penting juga bagi mereka untuk memberikan kerjasama
car enfin, #jesuisprofesseur.

No comments: