Sunday, November 4, 2012

Tingginya Nilai sebungkus TACOS

Zain mencicip kopi suam yang masih berbaki di dalam cawannya sambil menonton tazkirah Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan nama ustaz UAI. Walaupun matanya tertancap di monitor,fikirannya terbang melayang terlalu jauh mengenangkan peristiwa pagi tadi.
Sungguh dia sangat tersentak dengan kekasaran gadis itu menjawab soalannya,walhal dia telah mengajukan soalannya dengan begitu sopan sekali.

“Mungkin itu prinsip seorang akhawat,tidak mahu berbicara dengan lelaki” pujuk hatinya.

Sebagai seorang ikhwah yang aktif,dia cuba memahami situasi dirinya dan sentiasa bersikap husnuzon(bersangka baik) seperti mana yang telah diajarkan oleh murabbinya.

Mungkin khilafnya yang terlalu berburuk sangka dengan Munirah,menyebabkan dia terasa hati dengan gadis itu.Sepanjang pengalamannya menuntut di negara asing itu, acapkali dia berjumpa dengan ramai akhawat yang sentiasa menunjukkan qudwah Hasanah yang baik,berbeza benar dengan Munirah yang ditemuinya sebentar tadi.
Walaubagaimanapun dia tetap bersangka baik sesame manusia dan nama gadis itu mulai luput dari ingatannya.
*********************************************************************************
Sebulan telah berlalu, dan sekali lagi Zain dipertemukan dengan Munirah di rumah rakan perempuannya.Sewaktu Zain bertentang mata dengan Munirah, gadis itu sempat menarik muka dan menjeling Zain dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.
Zain yang terpinga-pinga tidak tahu apakah kesalahan yang telah dilakukannya sehingga dia terdiam kelu tanpa sepatah perkataan walaupun dia pernah dinobatkan sebagai pembahas terbaik di sekolahnya.Zain benar-benar mati akal.Terbejat.
*********************************************************************************
Suatu petang di padang bola,Zain sempat berbual-bual dengan rakan-rakan senegaranya yang belajar di negara Republik itu.Mereka beborak tentang pelajaran,bola,smartphone sehinggalah terlajak kepada rakan-rakan perempuannya. Menurut Farid,Kamal, dan Mustaffa:
“Munirah ialah seorang gadis yang ceria di dalam kelas mereka,sering tertawa,berjenaka,dan sangat mudah didekati”.
Sekali lagi Zain bingung kerana sikap gadis itu terhadapnya benar-benar berbeza.Tanggapannya tentang gadis itu yang menjaga ikhtilat dalam pergaulan telah musnah sama sekali.
“Korang takyah tipulah,bukan dia memang tak layan lelaki ke”? luah Zain tidak berpuas hati.
“Kalau ko tak percaya ,tengok ni” sergah Mustaffa sambil menghulurkan Zain smartphonenya yang berharga ribuan ringgit.

Di atas skrin sebesar 3,5 inci itu, terpampang profile Facebook Munirah, Zain memberanikan diri menekan gambar-gambar milik gadis itu walaupun dia tahu amalan stalker bukanlah satu amalan yang baik. Dia terkejut apabila mendapati banyak gambar rakan-rakan lelakinya bersama Munirah terkinja-kinja di suatu kawasan. Perasaannya bercambur baur ketika itu. Mujurlah sekali lagi husnuzon(perasaan bersangka baik) menjengah dalam benaknya bagi menyelamatkan keadaan.

Tengahari tadi, Zain berkunjung ke sebuah kedai yang menjual TACOS,sejenis makanan yang sangat sedap di negara sekular itu.

Begitu sedapnya rasa tacos itu apabila kehangatan hirisan ayam di dalam tacos bergabung dengan rasa bawang dan tomato apabila gigitan pertama dilakukan.Kombinasi panas dan sejuk ditambah lagi dengan kerangupan kentang goreng yang disumbat masuk ke dalam resepi agung itu,membuatkan dia terus lena dibuai nikmat dunia.

Zain kini sedar bahawa Tacos itu lebih tinggi nilainya dari gadis yang perengus itu.Selepas ini dia bertekad untuk tsabat di jalan dakwahnya dan melupakan peristiwa itu,Jika dia ditakdirkan bertemu lagi dengan Munirah,akan ditinggikan suaranya dan memandang gadis itu dengan kebencian agar gadis itu tahu perasaannya sebelum ini.

Tatkala itu juga, smartphone Zain berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.Disentuhnya di skrin sentuh bersaiz 4 inci itu:
“Petang ni kita buat perbincangan,,harap anta dapat bagi pengisian tentang SABAR”.Ringkas mesej itu
Zain membalas mesej itu dengan dengan perkataan "ok"
Saat itu juga dibatalkan niatnya terhadap Munirah dan mengambil keputusan untuk membeli lagi sebungkus Tacos.
*********************************************************************************

4 comments:

Anonymous said...

kenapa beli lagi sebungkus tacos? kenapa dia lupa kat munirah? kenapa???

A. Asyraf (asd_slade) said...

Tacos perawat marah,
marah kepada Munirah,
satu kesedapan tacos menghilangkan amarah,
dua kesedapan tacos lupa dia akan munirah.

apple damein said...

mohon bersambung athir..

Anonymous said...

thir ak pehe..yess,otak ak masih brfungsi jugop. ~ajam kacak~