Wednesday, September 12, 2012

Aku penulis kecil

Front cover

Back cover
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah

Hanya kalimah agung itu yang mampu terlafaz di bibir .

Kepulangan Reza ke Besancon bersama  senaskhah antologi puisi bernama DANDELION sudah cukup untuk meredam kegelisahan menghadapi tahun kedua di  sini.

Ini kali pertama karyaku dicetak rasmi (selain majalah Kuntum dan Asuh).
Berserta label rasmi GKLN dan kod ISBN,hati kecil ini bangga walaupun belum bergelar penulis hebat seperti Ramlee Awang Mursyid yang sangat aku kagumi.


“ DANDELION”
 menghimpunkan 62 orang penulis muda yang merantau di pelbagai latar negara: Amerika,Australia,India,Indonesia,Ireland,Jepun,Jordan,Maghribi,Mesir,New Zealand,Perancis,Rusia,dan United Kingdom. Mereka bernaung di bawah persatuan penulis Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Bertemakan unsur Islam,antologi ini rinci dengan pelbagai isu dan nilai serta dengan uniknya mempamerkan pemikiran dan pengalaman para penulis sepanjang kembara di luar negara”

Biodata penulis

Puisi Terhempas

Puisi pelarian
 Kadang2 terfikir juga, dah 21 tahun tapi still tak banyak karya bermanfaat yang dihasilkan.Jeles gak dengan Hilal Asyraf yang baru 23 tahun,tapi dah tulis banyak novel dan mempunyai syarikat sendiri.
Insyaallah kena kerja keras lagi.

7 comments:

apple damein said...

tahniah athir! huhuhu berilah senaskhah kt aku..hahaha anyway, jgn dicemburu kejayaan org, sebaliknya cemburu pada usahanya..

A. Asyraf (asd_slade) said...

Hahah thanx ajiz...insyaallah lps ni tak jeles dah..kene usaha kuat sikit

Anonymous said...

warh hbat la mentor ku ini. .huhu

A. Asyraf (asd_slade) said...

hahah..mne ader..biasa jek

Madre Amor said...

Syabas dan tahniah,Asyraff. Harap dapat teruskan menggilap bakat kurniaan Allah itu ye.

A. Asyraf (asd_slade) said...

Hahaha..terima ksih madre amor..semoga dipermudahkan di masa akan datang..@.@

Cucuq Hangit said...

taniah athir aku bangga dengan ang. baguih..