Thursday, March 22, 2012

Kerna kita tak pernah bersyukur !


Kita selalu tidak berpuas hati dengan apa yang kita miliki.Bahkan kadangkala kita menyalahkan tuhan kerana tidak memberi kita nikmat yang kita hajati.Aku cerita pengalaman aku pesal bab bersyukur ni....

Dulu,aku ada sorang rakan di Matrikulasi Melaka. Berbadan tegap,tinggi dan boleh diklasifikasikan sebagai hensem,pintar dan bergaya.Kalau dia lalu mesti gegirlz akan pandang dua tiga kali sebab mamat ni memang hensem dan osem.Ramai jugaklah awek yang terpikat dengan dia nie.Ramai jugaklah awek yang dia dapat dan dia rembat.Awek matrik aku dulu pun dia rembat gak (hampeh !).

Kekadang tue aku pikir mengapalah aku tak osem dan hensem mcm dia.Tapi aku tak kesah sangat masa tue sebab aku punyai ramai kawan kalau nak dibandingkan dengan mamat nih.Aku memang rapat lah dengan mamat ni sebab mse kelas biologi ngan kimia kiteorng slalu buat praktikal bersama.Dia slalu ajar aku kimia dan aku slalu ajar dia bio.Ada suatu hari tue dia puji aku sebab aku pandai tulis sajak dan artikel majalah serta pandai bermain musik (aku tak anggap tue sebagai kelebihan pun).Then aku puji dia balik,aku cakap dia hensem dan pandai main gitar.Dengan kelebihan tue,dia bley usya ramai perempuan termasuklah bekas awek aku dulu.Dia tergelak besar dan menumbuk bahuku. Namun riak wajahnye semacam tidak senang dengan pujian itu.

Suatu petang tue aku ngan dia joging kat padang.Masa tue hari Sabtu.Lepas penat.kiteorang lepak kat kafe blok C.Masa tuelah dia cerita masalah yang dihadapinya selama ini.Rupa-rupanya di sebalik wajahnya yang hensem,dia menghidapi penyakit buah pinggang yang serius.Tambah menakutkan,dia juga mengalami kegagalan fungsi hati selain beberapa penyakit lain. Petang tue barulah aku tahu beruntungnya aku kerna dikurniakan kesihatan yang baik,Alhamdulillah,walaupun aku tak hensem, sehingga kini aku tidak pernah menghidapi penyakit yang serius (insyaallah).Masa tue jugak aku sedar yang selama ini,aku tak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada...Astaghfirullah,memang khilafku.Mulai hari itu,aku tak kisah walaupun aku tak sekacak dia  kerna aku yakin bahawa aku ada kelebihan lain yang tak dimiliki oleh sesiapa...

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA,INSYAALLAH ALLAH AKAN MENAMBAH NIKMAT TERSEBUT.


4 comments:

apple damein said...

cis, adab tuan harus dijaga! hihihi eh, athir..hkaw pakej lengkap kot..huhuhu idaman besac..hihi

well, the main is kta kena selalu reflect and bersyukur..thanks ingatkan

A. Asyraf (asd_slade) said...

pas de probleme Ajis...:)

Anonymous said...

terbaek ar athir. .nape x pernah pown aq thu eyh. .haha

A. Asyraf (asd_slade) said...

sebab aku tak pernah bgtaw lah..hahaha