Saturday, July 16, 2011

2 tahun yang bermakna...aku,mereka,dan segalanya


Pejam celik,pejam celik, sudah hampir 2 tahun aku di sini.
Segala takungan memorabilia dan nostalgia tak mungkin dapat disingkirkan dari ingatan ini.
Bermula dengan minggu orientasi,penginapan yang persis hospital,dan perjalanan waktu di sini sentiasa bermain menerjah bayangan minda dan mengintai di sebalik tubir mata.

Bermula dengan A1,kini aku mempunyai B2,bermula dengan zero dalam photography,kini aku mencapai satu level yang tersendiri,asalnya seorang yang pemalu dan kera sumbang,bertukar menjadi terbuka dan bersosial.Tempat ini mengajar aku banyak erti kehidupan bersama kawan-kawan. Daripada Zul dan Fendi aku belajar makna berdikari,daripada Yazid aku jadikan contoh bagaimana mencari duit sendiri.Hakikatnya memang sukar mulanya hidup tak bergantung pada ibu bapa.Even nak cari RM 1000 pun susah sedangkan dulunya sangat mudah ribuan ringgit parents aku bazirkan akibat nafsu...Kini aku tahu ertinya RM 1 itu.


Masanya akan tiba untuk aku berangkat ke bumi hexagon itu...
DELF B2 telah selesai
BTN dh berlalu pergi(mmg best)
dan selepas ini tinggal SBE di SMS Rembau(dekat dengan rumah aku)

Ramadhan semakin dekat,hari raya semakin hampir.Tp agak mengecewakan apabila tarikh pergi adalah pada 2 September(bersamaan 3 hari raya).tak sempat nak beraya bersama keluarga.Terpaksalah aku berkorban demi mengejar cita-cita.Doakanlah yang terbaik agar aku dapat menjalani SBE next week dengan sempurna.

XOXO

4 comments:

Kamaruddin Kairuu said...

inshallah athir. pergi ke sana untuk menuntut ilmu..kutiplah pengalaman disana supaya boleh dijadikan pedoman buat kami disini...

ASyraff Ryu said...

TERIMA KASIH KUEE

Nurnajwa said...

Good Luck ;)

ASyraff Ryu said...

THANX juwa