Showing posts with label social. Show all posts
Showing posts with label social. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

Teringat

Beberapa bulan selepas posting. 
Gaji pun udah masuk dan masyuk. haha

Suasana dan pengalaman mempercepatkan proses penyesuaian.
Tapi biasa lah, lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragam.

Di sekolah kampung ni, walaupun bukan sekolah agama, tapi undang-undang dan suasana hampir tiada bezanya. Untuk part ni, aku bersyukur.

Cuma, terkadang itu, rindu juga pada sekolah - sekolah di mana aku pernah berkhidmat.

Mana boleh lupa kuarters dan rumah warden di Smap Labu yang aku tidur di dalamnya.
Pada subuhnya bangun mengejutkan pelajar dan berjemaah bersama-sama.
Berjiran pula dengan seorang Ustaz yang pernah jadi johan Qari Antarabangsa 2011.
Susah nak lupa.

Tak mungkin juga lupa rumah warden Mozac yang aku tidur dan tonton Memori Cinta Suraya hampir setiap petang, beriadah dan memaki budak-budak ni kaw-kaw kerna kadang aku lupa aku ni siapa?
Guru atau senior.

Dan mustahil juga nak lupa rumah warden yang aku duduk bersama-sama Jep dan Nazrul. Tiga orang bujang terlajak laris di Sains Selangor.
Selesai berjemaah, kami akan round asrama dan selepas tu HEM (cg Zul) akan belanja kuew teow Sani. Berjoging dan mencari pokemon go di Tasik Permaisuri nan menghimpun ribuan gayboy.

Di tempat baru banyak cikgu-cikgu veteran yang berfikiran juga cara veteran.
Dan, cikgu bujang cuma ada aku ( ada seorang lagi, umur dah hampir 50)
Setiap hari mengingatkan aku tentang pentingnya membina keluarga dan meneruskan sunnahnya.
Bukannya aku tak faham tanggungjawab dan tuntutan, tapi kita kena terima kita ni tak sama.

Komitmen aku agak besar,
Rumah sewa, minyak, bil air dan elektrik, internet, topup, makan, beri lgi pda parents.
dan masih ada sikit yang berbaki.
Cukup untuk membuat pelaburan untuk pembelian rumah pertama.
Kumpul sikit-sikit.

Anak muda sekarang hidup dalam keadaan yang tersepit
ekonomi meleset,
ditambah pula dengan sikap kerajaan yang suka menggigit.
minyak petrol naik, minyak masak naik, gas naik,
confirm la perbelanjaan katering juga akan naik.
Keadaan tak semudah yang disangkakan.

Aku memang faham ada benarnya cakap mereka.
Namun, dari sisi lain, ada juga silapnya.
Dan teringat indahnya ketika zaman menjadi students dulu
Carefree life with empty mind.

Wednesday, July 27, 2016

Memang Selalu Begitu Saudaraku


Setiap perjuangan selalu melahirkan, sejumlah pengkhianat dan para penjilat.
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita,
pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang.
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang,
selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian,
dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan ini diberkati.

Amin.








Friday, July 22, 2016

Sebelum Terlambat


Adalah normal dalam hidup bila kau ada perasaan inginkan apa yang orang lain ada.

                Kehidupan mewah, kereta besar, isteri cantik, asset riban-riban dan semua yang indah-indah. Untuk capai semua tu, ko korbankan banyak benda dan bekerja bagai nak gila. Jadi hamba duit. Dalam mencapai objektif tu, banyak juga kau terlepas benda menarik di sekeliling kau.

                Bila harta dah menimbun dan ketika itu umur kau sudah mencapai penghujung, kau tersedar yang sepatutnya kau menikmati waktu-waktu bahagia itu lebih awal. Ingin bersosial dengan rakan-rakan, bersukan dan melakukan aktiviti sihat ; hiking, travelling, and so on.

                At the moment, dari segi financial kau memang mantap. Tapi tenaga dan kudrat dah tak membenarkan. Masa tu juga kau belum menunaikan umrah ataupun haji walaupun dah tahap mampu giler. Anak-anak pula dah membesar dan menguruskan hal-hal penting di tempat kerja. Sama ketika kau masih muda.

                Kau rasa sesak nafas. Penyakit kau memang semakin hari semakin serius. Terfikir sejenak bila kau tiada di dunia ini, siapakah yang betul-betul akan mengingati kau.
                Harta yang banyak itupun nanti akan diwarisi. Di kerusi mala situ, kau menanggung sakit sendiri. Pendengaran semakin lama, semakin hilang.

Ini semua dunia. Dunia.
Kematian itu ditemani perabot-perabot dan ruang sunyi.

Enjoy your life to the fullest before everything is too late.


Sunday, July 17, 2016

Hai Orang Muda


Orang muda (baru bekerja) kena faham satu benda.
Mentaliti menilai financial status seseorang berdasarkan kereta yang dipandu adalah mentaliti bobrok lagi merosakkan.

Dan disebabkan pemikiran seperti ini, ramai orang muda yang kurang akalnya menjadi mangsa. Terpaksa menanggung hutang yang dicipta oleh sistem kapitalis yang reput.

Seronok dalam derita, bahagia dalam terpaksa.

Pelaburan yang terbaik ketika ini adalah pelaburan emas dan hartanah. Hartanah ni main puluh ribu, so kena ada juga modal nak starting. Boleh juga buat loan, tapi dah rugi sikit untuk bayar interest.

Untuk emas, boleh start sekarang sebab modal tak banyak dan boleh jual anytime bila memerlukan duit (kecairan tunai yang pantas)

Kalau nak hidup bahagia di kemudian hari, kenalah beringat sedikit.

Kekayaan kan hak milik setiap insan.

Thursday, July 14, 2016

Kaca mata hitam ketika mendung ; kitakah ?


Orang pakai shades waktu cahaya mentari mencucuk mata untuk melindungi mata,bukan ketika mendung yang gelap gelita.

Masalahnya kebelakangan ni, kita yang suka pakai shades walaupun keadaan tak memerlukan. So that, kita akan nampak semua subjek di hadapan kita gelap dan hitam – disebabkan perspektif di sebalik shades.

Lagi bahaya apabila kita melihat certain manusia dan rakan² kita melaui kaca mata perspektif ini. Biarpun kulit dorang putih tahap putih susu, brilliant dan memancar, kita tetap akan nampak wajah dorang gelap,malap, dan legap. As consequence, perkara dan cadangan baik yang keluar dari rakan kita akan sentiasa dianggap membawa konotasi negative dan menjatuhkan.

Nasihat jadi sindiran
Putih jadi hitam
Kasih saying jadi benci
Besar hati jadi makan hati

Bukannya susah nak tanggalkan shades itu ketika bercakap dengan member² kita.Kita jek yang suka pakai shades sebab nampak macam cool. Dengan manusia lain,kita mampu tanggalkan shades dan pakai spec biasa,tapi bila berhadapan dengan certain member,kita akan kenakan balik shades itu tanpa teragak-agak.Dan semestinya perspektif di sebalik shades mempengaruhi logik kognitif kita ke atas sesuatu benda.

Lagi bahaya kalau kita tak mampu berpisah dengan shades ketika menjalankan kerja dakwah dan tarbiyyah
…Mengeluh sambil reguk green tea brand Arizona…

Nasihat saya, tanggalkan sahaja shades branded yang nampak cool itu dan gantikan dengan spec biasa.

Dan kita akan nampak rakan kita seperti biasa.
Kalau dia cokelat,cokelatlah,
Kalau dia putih,putihlah
Kalau dia hitam,hitam jugaklah kan,hahaha

Tak perlu hitamkan yang putih dengan shades. Simpan shades anda  kerana anda akan memerlukannya ketika soltis musim panas.
Mata dan kening anda terlalu cantik untuk dicover dengan shades yang berat itu.


Wednesday, July 13, 2016

Sekilas tentang Insurans


Dalam tempoh tak sampai sebulan, banyak benda yang aku blaja.
Kalau dulu aku bangga sebab ada Medical Card ( dapat sebab ambil insurans). Masuk Hospital confirm layanan baik dan boleh claim.
Bila jumpa guru-guru kat sini, dorang terangkan yang sebenarnya manfaat yang ada dalam setiap insurans itu adalah too good to be true. Agen tak habis explain. Bukan semua kes yang insurans boleh cover.

As a government servant, awak ada privilege bila masuk Hospital Kerajaan. Kos perubatan semua ditanggung free. First class lagi.
Rasa sakit dan procedure rawatan sama je untuk setiap Hospital. Yang berbeza, mungkin layanan.
Jadi untuk itu, daftar satu insurans dah cukup. Dan insurans yang mesra dengan pekerja kerajaan adalah Quepacs. Bayaran bulanan pun tak lah mahal sangat. Baki duit lebih boleh simpan buat pelaburan dan bisnes. ROI akan lagi tinggi.

Adik-adik yang akan jadi government servant nanti, bijak-bijaklah memilih insurans yup. Semoga Allah permudahkan.

Tuesday, June 28, 2016

Comfort Zone


Selama beberapa bulan ni, memang aku menantikan untuk posting.
Bengang bila orang asyik tanya bila nak kerja and mendirikan rumah tangga.

Dan dalam tempoh tersebut dah banyak pekerjaan yang telah dicuba aku kira.
Dari seorang guru ganti, penjual kek, pembancuh pastry, pekerja kilang, cashier , dan kembali ke tugas sebagai seorang guru ganti.

Musim berubah, zaman beralih dan aku pun sampai malas nak berharap dan mempertikaikan bagaimana orang atas buat kerja mereka.
Nanti jawablah sendiri yup.

Semalam aku check laman SPP apabila dimaklumkan dari seorang rakan,
Alhamdulillah ,  aku lulus temuduga tu ; walaupun ketika menjawab soalan Dato' Azmi tu, banyak benda yang rasanya aku mengarut. Mengarut gila-gila.
Tapi kuasa Allah kan.

Masalahnya hati mula berbelah bagi samada untuk meneruskan kerja di tempat kerja sekarang yang dah boleh rasa selesa. Berat nak lepaskan bila kita dah boleh adapt.

Tempat baru menuntut banyak pengorbanan terutamanya jika kedudukan kau is far away from home.
Dan apapun, Allah paling berkuasa, maka aku memohon agar dipermudahkanlah segalanya.
Tempat baru, pengalaman baru.

Wednesday, June 22, 2016

Sindrom Forever Alone


Lepas praktikum selama 3 bulan, pengetua minta aku gantikan seorang guru Bahasa Melayu yang bersalin. Sebab yang biasanya bersalin adalah guru Bahasa melayu, Sejarah, dan agama Islam. Subjek lain kurang rezeki. (anak adalah rezeki, sepatutnya bersyukurlah dikurniakan anak yang ramai).

Masa tu bulan puasa, dan menjadi budaya SBP ni, warden mesti ada ketika pelajar berbuka.
Aku tinggal di asrama, jadi dikira sebagai warden juga.
Maka beramai-ramailah berbuka di Dewan Makan.

Tahun ni, alhamdulillah rezeki lagi bila dapat jadi guru ganti di SMSS.
Menetap di asrama dan dikira juga seperti warden.
Maka sekali lagi beramai-ramailah ke Dewan Makan untuk berbuka.

Lepas Tarawih tadi terus buka FB, penuh timeline member-member yang dah kahwin duk tayang makanan yang bini dia masak walaupun just sayur goreng dengan Ikan goreng jek. Best sebab dapat makan berdua.

Bila lah pula aku nak merasa bini masakkan ni.

Mungkin tahun depan aku pulak yang duk tayang gambaq makan dengan zaujah.
Bersederhana, cukuplah.

Tuesday, June 21, 2016

Mana Kad Raya Saya ?


Betapa aku terkejut mereka katakan tak pernah menulis poskad dan menerima poskad semur hidup mereka. Walaupun sekurang-kurangnya sekali. Masakan begitu ?

Semua ucapan di hari Krismas, Raya Cina, Deepavali, dan Aidilfitri hanya hadir dalam bentuk whatapps, emoticon-emoticon yang nampak cantik. Mungkin hasil dari tangan seseorang dan seterusnya di copy paste ke dalam grup whatapps yang banyak dan terus berkembang.

Lalu aku teringat zaman-zaman berutus surat. Meletakkan sekeping kad cantik bertulisan tangan yang disembur dengan minyak wangi. Di sampingnya ada Ferrero Rocher atau jika bajet rendah, cukuplah dengan sebungkus Sugus.
Kenangan itu, ahhhhh. mengharukan.

Aku kenalkan mereka dengan satu site yang diberi nama " postcrossing " untuk melatih mereka menulis dan berinteraksi dengan cara yang lebih real, lebih ada " sentiment " walaupun poskad mesti ditulis dalam Bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya mereka dapat berlatih mengekspresikan diri dan melihat dunia dengan cara yang berbeza.

Mendidik anak dengan teknologi sehingga kehilangan keupayaan untuk mengekpresi diri.
Terlalu kejamkah kita ?


Friday, March 25, 2016

Peluang Kedua Selalu Ada


I believe that everyone in this world deserve a second chance.

Peluang kedua wujud disebabkan peluang pertama tidak berjaya dimanfaatkan. Atau mungkin ada insiden yang berlaku dan menyebabkan peluang pertama itu gagal direalisasikan. Sebagai contoh ;

1)   Peluang kedua dalam percintaan setelah curang pada kesempatan yang pertama.

2)  Peluang kedua untuk repeat exam setelah first attempt dihabiskan dengan poya-poya dan Dota.

3) Peluang kedua untuk memohon maaf setelah mengkhianati seorang rakan yang memberikan kepercayaan.

And the list continues

Pernah dengar peluang kedua dalam kehidupan?

Bilamana kau pernah sia-siakan nyawa dan usia lampau untuk berjimba dan melakukan jahiliah dan terlibat dalam benda lagha. Lagi parah bila kau berbangga dengan setiap kejahilan yang dilakukan.

Bermandi dalam dosa jahiliah.
Masih bolehkah berubah?

Memang boleh asalkan kau nak.

Allah maha pengampun

Ø£َÙ„َÙ…ْ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُوا Ø£َÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ù‡ُÙˆَ ÙŠَÙ‚ْبَÙ„ُ التَّÙˆْبَØ©َ عَÙ†ْ عِبَادِÙ‡ِ

Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?(QS. At Taubah: 104


1.       First step to move on

Menyesal atas dosa lalu dan berazam untuk berubah.
Starting from this point, cuba tinggalkan sikit-sikit jahiliah yang selalu kau buat.
Dari perkara yang paling besar kepada perkara yang paling kecil.
Dari pergi clubbing sampailah anything yang membuang masa.
Perlahan-lahan.
InsyaAllah boleh.

2.       Bina circle of friends yang baik

Cuba berjinak-jinak dengan masjid. Masjid di kawasan bandar is better sebab kebanyakan dari mereka open minded untuk bergaul dengan pendosa. Libatkan juga diri dalam setiap aktiviti masjid dan kemasyarakatan yang dijalankan. Lama-lama hubungan akan terbina dengan ahli kariah masjid dan sikap-sikap positif dari circle of friends ini akan perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam diri kita.Dalam masa yang sama, cuba perlahan-lahan tinggalkan kelompok jahiliah tadi. Jika rasa diri kau cukup kuat dan sayangkan rakan-rakan yang lain, tarik mereka sekali ke arah yang lebih baik. For sure dalam 10 orang yang kau ajak,akan ada seorang yang terkesan. Contoh yang paling baik adalah diri kita sendiri. Pamerkan akhlak yang menarik dan menegur mereka dengan cara yang paling berhemah.

3.       Hadirkan diri ke majlis ilmu

Ini antara point yang paling penting. Kita dah berubah. Tapi bagaimana untuk sustain dengan perubahan itu dan berkembang untuk jadi lebih baik.
Dengan ilmu, martabat seseorang itu akan dinaikkan. Sebab itulah pendakwah banyak bercerita tentang perbezaan antara Alim dengan Abid. Kita mungkin sudah menjadi Abid (Ahli Ibadah), tapi Islam lebih menekankan untuk penganutnya menjadi alim (orang yang berilmu). Jadi cuba luangkan masa untuk mendengar tazkirah, ceramah, dan majlis-majlis ilmu yang berdekatan dengan lokaliti anda dahulu.

Dekat. Dan dapat save minyak kan (Jangan kedekut sangat k). Bila dah bersedia untuk spend lebih sikit wang dan tenaga, cuba risik-risik ceramah dan konferens yang dihadiri oleh speaker-speaker hebat dan boleh thiqah (percaya) dengan ilmunya. Mungkin kadangkala kita fikir medium youtube adalah yang paling mudah. Tak perlu bergerak ke sana ke sini dan menjimatkan pembelanjaan. Kat sinilah hadirnya mujahadah (kesungguhan) dalam menuntut ilmu. Keberkatan menghadiri majlis-majlis ilmu itu seperti berada di dalam taman-taman syurga. Pasti mengujakan bukan.

Lagi satu, sudah tentu berbeza perasaan kita apabila menyaksikan match bola sepak di hadapan TV berbanding berada di bangku penonton itu sendiri. Hoyeah.

4.       Abaikan kritikan dan buang segala negative vibes

Ini juga antara paling penting di Fasa awal perubahan. Pasti akan ada suara-suara sumbang dan mulut-mulut tiada insurans yang akan berusaha untuk menghalang perubahan yang baik ini. Biasalah, benda baik. Banyak halangannya. Terutamanya dari rakan-rakan rapat kita sendiri yang bengang bila kita dah tak mahu ikut mereka clubbing dan mencipta pelbagai jenis alasan untuk tidak terlibat lagi dalam perkara-perkara lagha (sia-sia). Sampai satu masa, kau akan rasa down dan tak mahu teruskan perubahan.

Jangan. Dan jangan putus asa.

Kalau mereka tak menyokong perubahan itu, cukuplah keluarga dan diri kau sendiri yang menyokong kaebaikan itu. Kalau tiada siapa mahu bersama kau, cukuplah Allah sebagai tempat mengadu.

5.       Lembaran Baru

Mulakan hidup baru.
Lupakan sejarah silam.
Jangan lihat pada permulaan kita.
Tapi lihat pada pengakhiran agar kita terus istiqamah (konsisten) dalam perubahan yang dilakukan.

"Seorang muslim takkan jatuh ke dalam perangkap yang sama untuk kali ke-2."

Selamat Berubah.


Saturday, March 19, 2016

Masih adakah gitar itu? | Edisi Khas |


Orang panggil dia Cikgu Bis. Nama sebenar beliau ialah Bistamam Bin Talib. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka adalah sekolah pertama yang dia posting dan kekal di situ sehinggalah hari persaraannya. Semua ex-mozac pasti mengenali susuk ini.

Mungkin tak banyak perkara yang aku ketahui tentang dirinya. Tapi apa yang aku ingat dia antara susuk yang berjaya menjadi inspirasi untuk aku teruskan karier ini. Karier yang hebat cabarannya, tidak hidup famous dan menjanjikan kekayaan. Sifat paling baik yang boleh dicontohi dari beliau adalah Ikhlas. Beliau bukan seorang guru 25 haribulan yang hanya menantikan gaji dan kerja ala kadar, tapi beliau seorang pendidik yang action speaks louder than words. Dia kata dia buat, dia mahu, dia cuba realisasikan.

Kalau hari ini cikgu-cikgu hebat memandu ke sekolah dengan kereta keluaran BMW, Camry, Alphard, dan Vellfire - even cikgu baru posting pun sudah mampu pakai Honda City dan Almera, Cikgu Bistamam tetap gah memandu van putihnya pada zaman itu. Kelibat van itu, bunyi enjinnya sudah dikenali di segenap inci dan ruang di atas bukit ini. Mungkin dia percaya bahawa kenderaan yang hebat tidak menunjukkan bahawa pedagogi juga turut hebat. Dia tunjukkan bahawa pembelajaran yang hebat hanya dapat dihasilkan dengan bakat dan kesungguhan seorang murabbi (pendidik).

Pada era globalisasi, dia masih menggunakan campuran teknik kontemporari dan teknik klasik dalam bilik darjah. Pelajar yang gagal menjawab soalan dan menyiapkan tugasan akan didenda dengan cara lama; berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, berdiri di luar kelas dan sebagainya. Beliau juga tidak akan berganjak dari silibus yang diajar jika masih ada pelajar yang gagal memahami konsep yang cuba diajarkan. Walaupun kelas lain sudah advance 1-2 bab ke hadapan !

Aku ingat sebabnya aku adalah antara pelajar yang lambat nak faham konsep matematik. Bila kami dah faham barulah dia bergerak. Dia juga banyak buat kelas malam untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti PMR (PT3). Tak berkira sangat dengan alasan rumah dia dekat dari sekolah.

Pernah sekali di waktu pagi pada sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, aku lalu belakang kantin dan nampak van putih. Dia baru sampai sekolah. Di terus keluar dari van dan mencapai sesuatu di atas kerusi belakang - sebuah gitar di dalam sarungnya. Aku ucap salam dan terus bertanya.

Mengapa cikgu bawa gitar,
cikgu pandai main gitar ke?

Eh saja je ni, mana lah tahu MC panggil untuk buat persembahan, at least ada backup.

 Malangnya pada hari tersebut MC terlupa nak jemput beliau untuk persembahan dan lagi teruk aku terlupa nak bagitahu MC perihal gitar di dalam van putih itu. Akibatnya sampai sekarang aku rasa bersalah. Sebak sekejap.

Pada pertemuan baru-baru ini di Casa Del Rio, aku sempat bergambar dengan beliau. Banyak amanah yang dititipkan untuk menjadi seorang guru yang baik. Bagaimana mendekati pelajar dan teknik menganggap mereka sebagai anak sendiri. Untuk cikgu-cikgu baru, mungkin ini salah satu anekdot yang dapat memberi inspirasi dalam memilih jalan yang penuh dengan tribulasi dan mehnah ini.
           
Untuk guru-guru berpengalaman  yang kadangkala terasa penat, lelah, dan putus asa - akibat sikap pelajar dan parents yang acapkali gagal membezakan tugas guru dengan baby sitter, mungkin boleh mengambil iktibar bagaimana Cikgu Bis mampu keep the flame sepanjang perkhidmatannya dalam dunia pendidikan.

Bersama-samalah mendoakan susuk ini agar sentiasa sihat dan sentiasa gembira di samping keluarga tercinta. Akhir sekali,


TERIMA KASIH CIKGU BISTAMAM !

Thursday, March 10, 2016

Bermulanya Satu Tarbiah

"Cantik bendera-bendera yang berkibar di lereng bukit itu, nampak megah dan gah", puji Kak Fatimah, seorang guru senior di sekolah tersebut.

"Untung sekolah kita dapat cikgu yang rajin, tambah Kak Mis yang sedari tadi asyik melayan whatsapp.

Dah seminggu sebenarnya bendera itu terpacak di situ. Aku yang pasang sendiri atas alasan malas mengganggu pelajar yag sedang mengambil peperiksaan. Nanti mereka penat. Nanti pelajaran mereka terabai.

Atas keyakinan itulah aku kuatkan diri untuk pasang semua bendera tersebut walaupun kalau ikutkan hati,rasa malas juga sebenarnya. Iyelah sekolah bayar aku pun untuk ajar BM jek.Jumlah gaji tu pun tak sampai gaji minimum yang kerajaan tetapkan.

Tapi kat sini, kerja aku lebih dari tuh. Kalau cikgu dari sekolah lain pasti menyangka yang aku ni paling low pun DG 48. Antara yang kanan dalam sekolah.

Bagus ke tidak nih?

Entahlah.
Dari segi respect yang aku dapat, memang best.
Pelajar hormat, guru pun hormat.

Dari segi bebanan kerja pula, memang banyak lah jugak.haha

Tapi dalam hidup ni orang cakap kita mesti ikhlas,lagi-lagi dalam mendidik anak-anak bangsa yang kehausan ilmu.

Kene ikhlas
Yup harus ikhlas dalam mentarbiah akhlak remaja. Perkataan tarbiah terlalu sukar untuk dihadamkan . Perkataan yang zaman moden ini kedengaran cliche itu membawa mindaku hilang dari suasana sekeliling. Telinga aku juga gagal menangkap sebarang bunyi dari mulut-mulut guru wanita yang berada di hadapanku.
Aku tercampak ke suatu sudut yang cukup asing.
Perlahan-lahan memoriku terbuka satu persatu.
Bibit-bibit itu mula menerjah.

Bagaimana aku boleh terjebak dengan tarbiah?
Bayangan 4 tahun yang lalu mampir bertalu-talu.

Tuesday, March 1, 2016

Cinta Hati Abah; keluar dari cliché

Tamat sudah drama ‘Cinta Hati Abah’yang ditayangkan jam 10 malam setiap Isnin – Rabu.

Agak menarik sebab tak banyak latar tempat yang digunakan dan hanya berkisar di Kawasan Masjid Tanah, Melaka.

Secara overall, pelakon biasa-biasa sahaja. Plot pun biasa-biasa sahaja sebab kadang-kadang cerita tak berapa nak (coherence).

Ex: Sesat di Bandar Masjid Tanah sehingga malam. Bagi orang luar, mungkin logik, tapi bagi warga Masjid Tanah, agak mustahil sebab teksi selalu ada dan warganya agak (friendly) untuk tunjukkan jalan pulang kepada Angah dan Adik.
Adapun begitu, drama ini berbeza dengan drama-drama lain kerana memaparkan realiti hidup masyarakat yang sebenar berbanding dengan drama-drama cliché yang lain.

-Pak Saleh hidup susah, anaknya juga hidup susah.
-Marzuki jadi kaya bukan sebab warisi harta bapanya (kilang keropok lekor), tapi berdikari dengan menjadi pembekal lembu berjaya. Berbeza dengan drama-drama lain yang anak-anak hanya mewarisi harta bapa dan berjaya dan menjadi CEO pada umur 24 tahun.

Di mana realitinya di situ?

Maka lahirlah anak-anak muda yang kuat berangan mahu jadi CEO tanpa mahu berusaha!




Friday, February 26, 2016

Solat dalam syukur

Solat di sini masih mudah
Yang susahnya adalah berjemaah
Lalu di jalanraya, ada masjid terpacak.
Masuk kampung juga ada bangunan indah
Dibina khas untuk beribadah

Kalau mudah mengapa mahu minggir.
Saf-saf belakang masih sunyi
Hanya imam dan makmum berdialog menutup sunyi
Berbincang tentang hal kampung, Jkk , dan masalah rumahtangga,
Sekadar untuk berbasa-basi sebenarnya

Suatu hari nanti
                                     Islam bukan lagi agama rasmi                                         
Tiada yang akan jaga agama
Ulama sudah tercela
Kecuali jika memang kalimah sudah tertanam di dada

Negara sekular yang engkau berahi
Ke sekolah tidak bertudung,
Bersolat di hadapan umum akan ditangkap mata-mata
Jangan impikan berjemaah, kecuali di masjid
Itupun jika engkau rajin berjalan kaki

Waktu ini, baru engkau tahu
Betapa harga sebuah agama !



Sunday, February 21, 2016

Tahun Baru dan Azam Baru



Bila start tahun baru, semua heboh dengan azam yang baru.
Jadi lebih berjaya,lebih produktif, lebih hebat.

Ada juga yang azamnya banyak, tapi kurang dalam usaha nak realisasikannya.
Ada juga yang sudah ada effort untuk realisasikannya, tapi tetap masih belum berjaya.
Setiap tahun usia kita semakin bertambah dan setiap kali itu juga sepatutnya kehidupan kita semakin berubah. Ke arah yang lebih baiklah sepatutnya.

Masa kat France, aku ada target yang hendak dicapai sebelum berusia 25 tahun.
Tubuhkan syarikat perniagaan sendiri dalam karya penerbitan, fotografi, ternakan ikan, dan jualan makanan.
Berkahwin dan mengembangkan kesemua syarikat yang telah dibangunkan.

Tahun 2016 ni dah masuk 25 tahun dah.
Tapi kedua-dua azam atau target itu masih belum tercapai.
Banyak masalah dan kemelut yang aku terlepas pandang sebenarnya bila sudah kembali ke Malaysia.Walaupun hanya dua target, tapi target itu besar dan memerlukan komitmen yang tinggi.
Lalu, target itu sepatutnya ditangguhkan ke tahun yang lain dan difragmenkan menjadi lebih kecil dan terperinci supaya senang nak capai.

So tahun ni, aku tak perlukan azam yang baru.
Cukup sekadar berusaha untuk merealisasikan azam-azam terdahulu yang masih belum dapat direalisasikan.

Azam dan harapan yang sudah lama tertunda.

Saturday, December 5, 2015

Parenting skills yang gagal akibat mentaliti masyarakat yang gagal

Nilai manusia itu terletak pada apa sebenarnya ?

Bila tiap kali exam, masyarakat akan tanya berapa A’s yang diperoleh oleh anak.
Kalau straight A’s dikira pandai, and vice versa. Parents yang selalunya over excited.
Kalau di University, kawan-kawan akan tanya berapa pointer yang ko dapat.
Kalau 4 flat, hidup ko akan senang, kalau tak susah lah nak dapat kerja nanti.

Bila reunite dengan kawan-kawan lama satu sekolah, sekolej, dan satu university, akan ada member-member materialistik yang akan main compare-compare gaji dia dengan orang lain, kereta apa yang member dia pakai, isteri siapa yang lagi cantik, suami siapa yang lagi berpangkat. Ini benda biasa. Bukan adat Melayu. Kat oversea pun sama juga. Cuma masyarakat sana bijak macam mana nak counter isu yang sebegini.

Apapun perlu ingat yang semua itu REZEKI masing-masing dan kita takda hak nak pertikaikan.

Memang masa sekolah dia bodoh, sekarang dia dah ada Phd. Sebab apa, sebab dia usaha.
Memang dulu ko dapat straight A’s, tapi lepas tu tak ke mana. Sebab apa, sebab ko bongkak dan ego.
Bini punyalah cantik, tapi kesihatan ko tak baik, tak guna jugak, takkan sekadar pandang jek.
Kereta mewah, anak pulak tak menjadi, degil, dan bodoh. Sebab apa, sebab keberkatan tu takda.

Bilangan A’s bukanlah pengukur kebijaksanaan dan kesempurnaan akhlak
Pointer hebat pun bukan jaminan ko jadi pelajar yang holistik
Kereta mewah kalau hutang keliling pinggang pun dikira miskin juga.
Isteri lawa, mati tukar jadi skeleton jugak.
So sebenarnya apa yang kekal ?
Tak kaya kita dengan harta yang kita ada, kayanya kita dengan harta yang kita beri.

Benda macam ni perlu di setting dan di tune kan kembali dalam otak masyarakat sejak kecil lagi.
Peranan ibu bapa dan guru sangatlah penting.

Mati kerana frust dalam exam sangatlah tak berbaloi, lainlah seppuku atau hara-kiri sebab terima rasuah atau pecah amanah !

Saturday, October 17, 2015

Pelajar Tanpa Homework

Kalau tiada homework baik tak payah mengajar -  dalam hidup sebagai pelajar mestilah ada homework. Gila apa kalau tiada – mungkin lagi bagus jika tiada,sebabnya pelajar tak penat dan guru juga tidak letih.

Equality for all
Happy teachers
Happy students

Masa di Universiti dulu pun ada homework lecturer bagi suruh siapkan base on due date yang ditetapkan. Setiap minggu akan ada kuiz berkenaan topik yang akan diuji. So siapa pulak yang memandai-mandai kata hidup di Universiti full of freedom and happiness. Maybe depend on course juga.

Dalam pedagogi pun aku belajar yang students perlu diberi Homework : Practice makes perfect. Dan disebabkan itu juga parents akan rasa berbaloi untuk bayar buku-buku latihan yang diwajibkan di sekolah-sekolah. Sebab at least buku itu digunakan di rumah dan mereka dapat tengok hasilnya. Takdelah nanti they all complaint masa perjumpaan PIBG yang sekolah paksa pelajar beli buku tapi tak digunakan. So homework memang diperlukan.

Tapi persepsi ni berubah bila aku jadi guru ganti Bahasa Melayu sementara di sebuah sekolah (kelas terakhir) dan Homework bukanlah sesuatu yang ideal untuk dipraktikkan. Mulanya memang aku beri homework tapi ada juga yang tak siap walaupun aku dah garang gila dah. Rotan, denda kat luar, touch, semua dah buat, tapi still tak berubah. Murid-murid jenis ni biasanya dah tak takut dengan hukuman. Mereka memang kurang minat dan motivasi untuk belajar.

Kalau touch pun, dorang akan takut dan cuba siapkan. Tapi dengan cara meniru – dan perbuatan ni tak efektif untuk improve level diorang.
Untuk pelajar macam ni, teknik dia mudah je sebenarnya.

Kau masuk kelas dan kau ajar semuanya berkenaan dengan silibus, then akan ada pelajar yang tak faham. Tugas kau adalah « clearkan » keserabutan tersebut. Lepas tu kau bagi latihan ( same as homework) – Cuma tugasan itu perlu disiapkan sebelum tamat masa. Siapa siap awal boleh balik awal.

Mula-mulanya memang susah. Lepas beberapa minggu kau akan nampak hasilnya. Kau dah tak perlu stress nak paksa depa hand in homework and expect them not being a copycat. Kau hanya perlu pastikan dorang faham, buat tugasan di dalam kelas, dan bersedialah menantikan kenaikan keputusan yang mendadak. Gantikan homework kepada Classwork !

From my honest opinion,

The Neo Teacher

Thursday, October 1, 2015

Tentang Buku dan Masa Depan

Kalau satu hari nanti, umur masih panjang dan produktif (punyai anak-anak kecil dan cerdik) – seraya menuding jari ke arah koleksi buku-buku yang aku miliki di bookshelves yang disusun mengikut kategori – politik, humanisme, pendidikan,bahasa, linguistic, etc. Dan bertanyakan mana datangnya buku-buku itu, aku akan menjawab kepadanya secara terus terang.

Ada buku-buku yang kawan ayah hadiahkan sempena Hari Lahir dan Majlis Perpisahan. Bukan sekadar kawan, guru-guru dan ustaz-ustaz juga ada berikan sebagai tanda penghargaan dan dorongan untuk mencintai ilmu . Dan ada di antara buku-buku itu adalah karangan mereka sendiri – ada yang dah jadi bestseller.

Kebanyakan buku-buku itu ayah beli di MPH atau Kinokuniya  - dengan baucer buku rm 250 yang diberikan oleh kerajaan ; Antara sumbangan terbesar kerajaan Barisan Nasional ketika itu (walaupun kadangkala banyak kekurangannya). Baucer yang sering disalahgunakan oleh mahasiswa untuk membeli komik dan alatan sukan. Ada juga buku yang terbeli hasil dari perit jerih ayah bekerja sebagai guru ganti dengan gaji serendah RM 600 sebulan dan kemudian mendapat tawaran yang lebih baik sebanyak RM 1800 sebulan. Lebihan wang belanja itulah ayah guna untuk beli buku dan baca kandungannya. Sebab ayah cintakan kecerdikan dan kebijaksanaan (sapiosexual).

Kerana itu banyak buku ayah yang bersifat deep thinker dan banyak bermain dengan konsep ketuhanan, tetapi tidaklah sampai ke tahap pemikir Nietchze yang digelar “pembunuh tuhan”. Cuma sekadar mempersoalkan hukum yang direkayasa agar tidak menjadi taqlid buta – seorang mahasiswa harus membuat kajian dan fakta, bukan sekadar percaya kepada cerita penglipur lara dan ustaz-ustaz FB seperti Ustaz Abu Syafiq yang suka menabur fitnah atas nama agama. Lazimnya buku-buku deep thinker ni ayah dapatkan dari seorang kawan yang baik dan berpendidikan, Loqman Karimn (telah kembali ke Rahmatullah). Al Fatihah untuk beliau yang terlibat dalam tragedi Gunung Kinabalu 2015.

Zaman kau nanti, ayah tau dah tak banyak publisher yang nak publish buku-buku yang dicetak. Ramai yang akan baca ebook, pdf dan menggunakan kindle dan gajet-gajet lain. Yang nampak lebih cool dan urban – Tapi ayah tak pernah suka semua itu (boleh panggil ayah oldskool). Sebabnya bila membaca buku, bukan kandungan semata-mata yang diinginkan, tapi kepuasan membaca helaian demi helaian dan bau aroma buku itu sendiri. Especially buku-buku lama yang baunya mampu menarik kau ke zaman itu, Syahdu !

Mungkin juga syarikat-syarikat buku Indie akan bertambah banyak atau mungkin juga Fixi, Lejen Press, Dubook, Buku Hitam dan yang seangkatan dengannya akan pupus dan gulung tikar kerana tiada isu baru dalam masyarakat yang harus diketengahkan.

Tarbiah maksudnya apa ayah ? (jika ada soalan seperti itu)
Oh , ada satu kategori “tarbiah”di satu sudut paling kanan. Apa maksud tarbiah ? Susah nak explain kepada kanak-kanak sekecil kamu. Kerana tarbiah jugalah kamu lahir – mungkin. Dan mungkin kerana tarbiah juga kau mampu bertanya soalan yang sofistikated ini kepada ayah. Ayah tak mahu ceritakan segala pengalaman tarbiah yang diperoleh dalam hidup bermula dengan peluang belajar ke luar negara (Perancis) itu kerana kau juga akan merasai nikmatnya.

Ayah cuma mahu kau ikut jejak Pakcik Ammar yang syahid ketika menuntut ilmu di Turki – kau patut baca buku itu, ada banyak publisher yang menulis tentangnya, dan buku itu ada di rak tersebut. Atau kau juga boleh jadi seperti Salim Fillah dan Fathi Yakan yang banyak menulis untuk manfaat orang lain. Tetapi sebelum menulis, kau harus banyak membaca.
Percaturannya mudah ;
Baca
Baca
Baca
Dan tulis.

Jika Gilgamesh berjaya mendapatkan ubat kepada kematian iaitu penulisan, kau juga mampu menemukan untuk terus hidup dalam keabadian melalui penulisan.
Bacalah banyak buku sebab itu sahaja cara untuk melepaskan diri (emansipasi ) dari kebodohan mutlak dan abadi. Jangan hanya mengikut tanpa ilmu. Harus berani sesekali untuk meningkah. Jika hanya pandai mengikut membuta tuli, lebih baik jadi bebiri. 
Ada juga orang yang tahu sesuatu benda itu salah tapi masih mengikut dan mengamalkannya – untuk menjaga kepentingannya. Jangan pernah kau jadi penjilat, pengampu, dan pembodek untuk kemewahan yang sementara ini.

Panjang huraian ayah berkenaan buku ini. Suatu hari nanti, bila anak-anak ini menginjak sedikit dewasa, mungkin dia akan bertanya tentang muzik dan fotografi. Dan waktu itu, aku perlu menulis sekali lagi.

Dan apa yang penting, rak buku itu semakin lama, semakin sempit.


Tuesday, June 2, 2015

Analog untuk si kaya


Kalau dulu-dulu, datuk dan ayah kita gunakan kamera analog (filem) untuk ambik gambar keluarga dan anak-anak. Zaman sekarang hanya golongan tertentu yang masih terus mampu berkecimpung dalam bidang ini.

Zaman berubah bila wujudnya kamera digital seperti hybrid, DSLR,compact,lomo, mirrorless, dan pelbagai lagi. Kos cuci gambar digital pun murah sebab hanya perlu print.

Tak perlu beli filem
Tak perlu kos develop
Tak perlu kene cuci every single photo
so JIMAT

Tambah-tambah lagi semua smartphone dah boleh capture gambar. As consequence,takkan ada lagi orang yang nak habiskan duit untuk hobi ni. Bukan takde, cuma jarang. Just certain people yang tahu bezakan nilai sekeping gambar dengan sekeping glossy paper.

Kalau ko duduk area luar KL, agak susah nak continue hobi ni sebab dah takde kedai yang sediakan servis cuci gambar. Kalau korang duduk area KL boleh lah cuci kat Bang-Bang shop dengan Publika Solaris kat Damansara. Atau pergi kedai Photo Cantik depan bustop Pasar Seni.

Semoga korang terus istiqamah dengan hobi ni. Till we meet again.