Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

Nasihat di dalam surau


Di dalam surau di suatu ketika, berpesan seorang ustaz kepada jemaah yang mendengar tazkirah yang diberi olehnya. Antara yang terdengar adalah :

Hidup mukmin ini sering dimusnahkan oleh 2 perkara, dan perkara ni telah menjadi darah daging kita.
Cuba betulkan dan kita akan nampak perbezaannya.

Angan-Angan
dan
Sifat bakhil

Sedangkan ajal itu lebih dekat dengan kita. Kita berangan-angan seolah-olah akan hidup lebih lama, dan dalam masa yang sama kita bakhil untuk mengumpul harta.

Berani untuk hadapi realiti, berani untuk berubah.


RIP Sukun (2015-2016)

Thursday, July 14, 2016

Kaca mata hitam ketika mendung ; kitakah ?


Orang pakai shades waktu cahaya mentari mencucuk mata untuk melindungi mata,bukan ketika mendung yang gelap gelita.

Masalahnya kebelakangan ni, kita yang suka pakai shades walaupun keadaan tak memerlukan. So that, kita akan nampak semua subjek di hadapan kita gelap dan hitam – disebabkan perspektif di sebalik shades.

Lagi bahaya apabila kita melihat certain manusia dan rakan² kita melaui kaca mata perspektif ini. Biarpun kulit dorang putih tahap putih susu, brilliant dan memancar, kita tetap akan nampak wajah dorang gelap,malap, dan legap. As consequence, perkara dan cadangan baik yang keluar dari rakan kita akan sentiasa dianggap membawa konotasi negative dan menjatuhkan.

Nasihat jadi sindiran
Putih jadi hitam
Kasih saying jadi benci
Besar hati jadi makan hati

Bukannya susah nak tanggalkan shades itu ketika bercakap dengan member² kita.Kita jek yang suka pakai shades sebab nampak macam cool. Dengan manusia lain,kita mampu tanggalkan shades dan pakai spec biasa,tapi bila berhadapan dengan certain member,kita akan kenakan balik shades itu tanpa teragak-agak.Dan semestinya perspektif di sebalik shades mempengaruhi logik kognitif kita ke atas sesuatu benda.

Lagi bahaya kalau kita tak mampu berpisah dengan shades ketika menjalankan kerja dakwah dan tarbiyyah
…Mengeluh sambil reguk green tea brand Arizona…

Nasihat saya, tanggalkan sahaja shades branded yang nampak cool itu dan gantikan dengan spec biasa.

Dan kita akan nampak rakan kita seperti biasa.
Kalau dia cokelat,cokelatlah,
Kalau dia putih,putihlah
Kalau dia hitam,hitam jugaklah kan,hahaha

Tak perlu hitamkan yang putih dengan shades. Simpan shades anda  kerana anda akan memerlukannya ketika soltis musim panas.
Mata dan kening anda terlalu cantik untuk dicover dengan shades yang berat itu.


Thursday, April 14, 2016

Awek Usrah, Zaujah Jahiliah [ Cerpen ]

Dengan gaji sebanyak ini, aku faham sebenarnya mengapa dia menolak peminangan itu tempoh hari.
Aku tak pernah salahkan dia. Dengan gaji sekecil ini dan tinggal di Kuala Lumpur sekarang sememangnya seakan mustahil untuk membina sebuah keluarga.

Lagi-lagi bila Najib menghadiahkan kenaikan harga minyak ditambah lagi dengan beban GST. Memang orang muda macam aku akan memikirkan alternatif lain dari berkahwin. Lagi murah, takde langsung komitmen dan responsibility, but i realised itu satu dosa besar yang menjebakkan diri ke neraka.

Cincin itu aku tenung, terbayang-bayang wajah ibu dan saudara-saudaranya yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti rombongan meminang itu. Last-last mereka terpaksa pulang dengan wajah kehampaan. Tapi aku tau ada di antara mereka yang gembira. Sebabnya dia mahu aku kahwin dengan anaknya sejak dulu lagi tapi aku menolak mentah-mentah atas alasan ingin mengembangkan keluarga kami yang sedia kecil ini.

Ehh jap. Mungkin aku terlepas pandang.
Sekarang ni tahun 2015.

Kita hidup dalam era kemodenan. Melayu urban, melayu kontemporari.

Relevan lagikah budaya merisik dan meminang ini ? 

Risik dan pinang ni zaman atuk nenek aku dulu. Sekarang ni bercinta, bercanda, dan kadangkala terlepas berzina barulah hendak berkahwin.
Semua orang tidak kisah.

Parents juga tidak kisah apabila membenarkan anak perempuan mereka disorong ke sana ke sini oleh jantan yang mereka masih tak kenal.
Parents si jantan juga seakan merestui apabila anaknya mengangkut ke hulu ke hilir anak gadis itu biarpun ke kamar di banglo miliknya.
Bagi mereka pihak lelaki takkan luak, takkan terjejas apabila berlaku apa-apa kepada gadis tersebut.

Jika perutnya bunting, dia yang akan malu,
Jika dia membunuh diri akibat malu dengan perbuatan itu, pihak berkuasalah yang perlu bertindak dahulu.
Mereka takkan mahu campur tangan. Lontar batu sembunyi tangan.

Inilah golongan Syaitan yang sepatutnya dihapuskan.
Cuba bayangkan yang mengandung tidak berbapa itu anak kau. Yang bunuh diri tu kakak ko dan yang ternoda berkali-kali itu ibu ko. Pasti ko malu dan ingin membalas dendam kan?


Aku malas nak jawab. Ko fikir sendiri.

bersambung . . .

Friday, March 25, 2016

Peluang Kedua Selalu Ada


I believe that everyone in this world deserve a second chance.

Peluang kedua wujud disebabkan peluang pertama tidak berjaya dimanfaatkan. Atau mungkin ada insiden yang berlaku dan menyebabkan peluang pertama itu gagal direalisasikan. Sebagai contoh ;

1)   Peluang kedua dalam percintaan setelah curang pada kesempatan yang pertama.

2)  Peluang kedua untuk repeat exam setelah first attempt dihabiskan dengan poya-poya dan Dota.

3) Peluang kedua untuk memohon maaf setelah mengkhianati seorang rakan yang memberikan kepercayaan.

And the list continues

Pernah dengar peluang kedua dalam kehidupan?

Bilamana kau pernah sia-siakan nyawa dan usia lampau untuk berjimba dan melakukan jahiliah dan terlibat dalam benda lagha. Lagi parah bila kau berbangga dengan setiap kejahilan yang dilakukan.

Bermandi dalam dosa jahiliah.
Masih bolehkah berubah?

Memang boleh asalkan kau nak.

Allah maha pengampun

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?(QS. At Taubah: 104


1.       First step to move on

Menyesal atas dosa lalu dan berazam untuk berubah.
Starting from this point, cuba tinggalkan sikit-sikit jahiliah yang selalu kau buat.
Dari perkara yang paling besar kepada perkara yang paling kecil.
Dari pergi clubbing sampailah anything yang membuang masa.
Perlahan-lahan.
InsyaAllah boleh.

2.       Bina circle of friends yang baik

Cuba berjinak-jinak dengan masjid. Masjid di kawasan bandar is better sebab kebanyakan dari mereka open minded untuk bergaul dengan pendosa. Libatkan juga diri dalam setiap aktiviti masjid dan kemasyarakatan yang dijalankan. Lama-lama hubungan akan terbina dengan ahli kariah masjid dan sikap-sikap positif dari circle of friends ini akan perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam diri kita.Dalam masa yang sama, cuba perlahan-lahan tinggalkan kelompok jahiliah tadi. Jika rasa diri kau cukup kuat dan sayangkan rakan-rakan yang lain, tarik mereka sekali ke arah yang lebih baik. For sure dalam 10 orang yang kau ajak,akan ada seorang yang terkesan. Contoh yang paling baik adalah diri kita sendiri. Pamerkan akhlak yang menarik dan menegur mereka dengan cara yang paling berhemah.

3.       Hadirkan diri ke majlis ilmu

Ini antara point yang paling penting. Kita dah berubah. Tapi bagaimana untuk sustain dengan perubahan itu dan berkembang untuk jadi lebih baik.
Dengan ilmu, martabat seseorang itu akan dinaikkan. Sebab itulah pendakwah banyak bercerita tentang perbezaan antara Alim dengan Abid. Kita mungkin sudah menjadi Abid (Ahli Ibadah), tapi Islam lebih menekankan untuk penganutnya menjadi alim (orang yang berilmu). Jadi cuba luangkan masa untuk mendengar tazkirah, ceramah, dan majlis-majlis ilmu yang berdekatan dengan lokaliti anda dahulu.

Dekat. Dan dapat save minyak kan (Jangan kedekut sangat k). Bila dah bersedia untuk spend lebih sikit wang dan tenaga, cuba risik-risik ceramah dan konferens yang dihadiri oleh speaker-speaker hebat dan boleh thiqah (percaya) dengan ilmunya. Mungkin kadangkala kita fikir medium youtube adalah yang paling mudah. Tak perlu bergerak ke sana ke sini dan menjimatkan pembelanjaan. Kat sinilah hadirnya mujahadah (kesungguhan) dalam menuntut ilmu. Keberkatan menghadiri majlis-majlis ilmu itu seperti berada di dalam taman-taman syurga. Pasti mengujakan bukan.

Lagi satu, sudah tentu berbeza perasaan kita apabila menyaksikan match bola sepak di hadapan TV berbanding berada di bangku penonton itu sendiri. Hoyeah.

4.       Abaikan kritikan dan buang segala negative vibes

Ini juga antara paling penting di Fasa awal perubahan. Pasti akan ada suara-suara sumbang dan mulut-mulut tiada insurans yang akan berusaha untuk menghalang perubahan yang baik ini. Biasalah, benda baik. Banyak halangannya. Terutamanya dari rakan-rakan rapat kita sendiri yang bengang bila kita dah tak mahu ikut mereka clubbing dan mencipta pelbagai jenis alasan untuk tidak terlibat lagi dalam perkara-perkara lagha (sia-sia). Sampai satu masa, kau akan rasa down dan tak mahu teruskan perubahan.

Jangan. Dan jangan putus asa.

Kalau mereka tak menyokong perubahan itu, cukuplah keluarga dan diri kau sendiri yang menyokong kaebaikan itu. Kalau tiada siapa mahu bersama kau, cukuplah Allah sebagai tempat mengadu.

5.       Lembaran Baru

Mulakan hidup baru.
Lupakan sejarah silam.
Jangan lihat pada permulaan kita.
Tapi lihat pada pengakhiran agar kita terus istiqamah (konsisten) dalam perubahan yang dilakukan.

"Seorang muslim takkan jatuh ke dalam perangkap yang sama untuk kali ke-2."

Selamat Berubah.


Thursday, March 10, 2016

Bermulanya Satu Tarbiah

"Cantik bendera-bendera yang berkibar di lereng bukit itu, nampak megah dan gah", puji Kak Fatimah, seorang guru senior di sekolah tersebut.

"Untung sekolah kita dapat cikgu yang rajin, tambah Kak Mis yang sedari tadi asyik melayan whatsapp.

Dah seminggu sebenarnya bendera itu terpacak di situ. Aku yang pasang sendiri atas alasan malas mengganggu pelajar yag sedang mengambil peperiksaan. Nanti mereka penat. Nanti pelajaran mereka terabai.

Atas keyakinan itulah aku kuatkan diri untuk pasang semua bendera tersebut walaupun kalau ikutkan hati,rasa malas juga sebenarnya. Iyelah sekolah bayar aku pun untuk ajar BM jek.Jumlah gaji tu pun tak sampai gaji minimum yang kerajaan tetapkan.

Tapi kat sini, kerja aku lebih dari tuh. Kalau cikgu dari sekolah lain pasti menyangka yang aku ni paling low pun DG 48. Antara yang kanan dalam sekolah.

Bagus ke tidak nih?

Entahlah.
Dari segi respect yang aku dapat, memang best.
Pelajar hormat, guru pun hormat.

Dari segi bebanan kerja pula, memang banyak lah jugak.haha

Tapi dalam hidup ni orang cakap kita mesti ikhlas,lagi-lagi dalam mendidik anak-anak bangsa yang kehausan ilmu.

Kene ikhlas
Yup harus ikhlas dalam mentarbiah akhlak remaja. Perkataan tarbiah terlalu sukar untuk dihadamkan . Perkataan yang zaman moden ini kedengaran cliche itu membawa mindaku hilang dari suasana sekeliling. Telinga aku juga gagal menangkap sebarang bunyi dari mulut-mulut guru wanita yang berada di hadapanku.
Aku tercampak ke suatu sudut yang cukup asing.
Perlahan-lahan memoriku terbuka satu persatu.
Bibit-bibit itu mula menerjah.

Bagaimana aku boleh terjebak dengan tarbiah?
Bayangan 4 tahun yang lalu mampir bertalu-talu.

Friday, February 26, 2016

Solat dalam syukur

Solat di sini masih mudah
Yang susahnya adalah berjemaah
Lalu di jalanraya, ada masjid terpacak.
Masuk kampung juga ada bangunan indah
Dibina khas untuk beribadah

Kalau mudah mengapa mahu minggir.
Saf-saf belakang masih sunyi
Hanya imam dan makmum berdialog menutup sunyi
Berbincang tentang hal kampung, Jkk , dan masalah rumahtangga,
Sekadar untuk berbasa-basi sebenarnya

Suatu hari nanti
                                     Islam bukan lagi agama rasmi                                         
Tiada yang akan jaga agama
Ulama sudah tercela
Kecuali jika memang kalimah sudah tertanam di dada

Negara sekular yang engkau berahi
Ke sekolah tidak bertudung,
Bersolat di hadapan umum akan ditangkap mata-mata
Jangan impikan berjemaah, kecuali di masjid
Itupun jika engkau rajin berjalan kaki

Waktu ini, baru engkau tahu
Betapa harga sebuah agama !



Saturday, December 5, 2015

Parenting skills yang gagal akibat mentaliti masyarakat yang gagal

Nilai manusia itu terletak pada apa sebenarnya ?

Bila tiap kali exam, masyarakat akan tanya berapa A’s yang diperoleh oleh anak.
Kalau straight A’s dikira pandai, and vice versa. Parents yang selalunya over excited.
Kalau di University, kawan-kawan akan tanya berapa pointer yang ko dapat.
Kalau 4 flat, hidup ko akan senang, kalau tak susah lah nak dapat kerja nanti.

Bila reunite dengan kawan-kawan lama satu sekolah, sekolej, dan satu university, akan ada member-member materialistik yang akan main compare-compare gaji dia dengan orang lain, kereta apa yang member dia pakai, isteri siapa yang lagi cantik, suami siapa yang lagi berpangkat. Ini benda biasa. Bukan adat Melayu. Kat oversea pun sama juga. Cuma masyarakat sana bijak macam mana nak counter isu yang sebegini.

Apapun perlu ingat yang semua itu REZEKI masing-masing dan kita takda hak nak pertikaikan.

Memang masa sekolah dia bodoh, sekarang dia dah ada Phd. Sebab apa, sebab dia usaha.
Memang dulu ko dapat straight A’s, tapi lepas tu tak ke mana. Sebab apa, sebab ko bongkak dan ego.
Bini punyalah cantik, tapi kesihatan ko tak baik, tak guna jugak, takkan sekadar pandang jek.
Kereta mewah, anak pulak tak menjadi, degil, dan bodoh. Sebab apa, sebab keberkatan tu takda.

Bilangan A’s bukanlah pengukur kebijaksanaan dan kesempurnaan akhlak
Pointer hebat pun bukan jaminan ko jadi pelajar yang holistik
Kereta mewah kalau hutang keliling pinggang pun dikira miskin juga.
Isteri lawa, mati tukar jadi skeleton jugak.
So sebenarnya apa yang kekal ?
Tak kaya kita dengan harta yang kita ada, kayanya kita dengan harta yang kita beri.

Benda macam ni perlu di setting dan di tune kan kembali dalam otak masyarakat sejak kecil lagi.
Peranan ibu bapa dan guru sangatlah penting.

Mati kerana frust dalam exam sangatlah tak berbaloi, lainlah seppuku atau hara-kiri sebab terima rasuah atau pecah amanah !

Saturday, October 17, 2015

Pelajar Tanpa Homework

Kalau tiada homework baik tak payah mengajar -  dalam hidup sebagai pelajar mestilah ada homework. Gila apa kalau tiada – mungkin lagi bagus jika tiada,sebabnya pelajar tak penat dan guru juga tidak letih.

Equality for all
Happy teachers
Happy students

Masa di Universiti dulu pun ada homework lecturer bagi suruh siapkan base on due date yang ditetapkan. Setiap minggu akan ada kuiz berkenaan topik yang akan diuji. So siapa pulak yang memandai-mandai kata hidup di Universiti full of freedom and happiness. Maybe depend on course juga.

Dalam pedagogi pun aku belajar yang students perlu diberi Homework : Practice makes perfect. Dan disebabkan itu juga parents akan rasa berbaloi untuk bayar buku-buku latihan yang diwajibkan di sekolah-sekolah. Sebab at least buku itu digunakan di rumah dan mereka dapat tengok hasilnya. Takdelah nanti they all complaint masa perjumpaan PIBG yang sekolah paksa pelajar beli buku tapi tak digunakan. So homework memang diperlukan.

Tapi persepsi ni berubah bila aku jadi guru ganti Bahasa Melayu sementara di sebuah sekolah (kelas terakhir) dan Homework bukanlah sesuatu yang ideal untuk dipraktikkan. Mulanya memang aku beri homework tapi ada juga yang tak siap walaupun aku dah garang gila dah. Rotan, denda kat luar, touch, semua dah buat, tapi still tak berubah. Murid-murid jenis ni biasanya dah tak takut dengan hukuman. Mereka memang kurang minat dan motivasi untuk belajar.

Kalau touch pun, dorang akan takut dan cuba siapkan. Tapi dengan cara meniru – dan perbuatan ni tak efektif untuk improve level diorang.
Untuk pelajar macam ni, teknik dia mudah je sebenarnya.

Kau masuk kelas dan kau ajar semuanya berkenaan dengan silibus, then akan ada pelajar yang tak faham. Tugas kau adalah « clearkan » keserabutan tersebut. Lepas tu kau bagi latihan ( same as homework) – Cuma tugasan itu perlu disiapkan sebelum tamat masa. Siapa siap awal boleh balik awal.

Mula-mulanya memang susah. Lepas beberapa minggu kau akan nampak hasilnya. Kau dah tak perlu stress nak paksa depa hand in homework and expect them not being a copycat. Kau hanya perlu pastikan dorang faham, buat tugasan di dalam kelas, dan bersedialah menantikan kenaikan keputusan yang mendadak. Gantikan homework kepada Classwork !

From my honest opinion,

The Neo Teacher

Thursday, October 1, 2015

Tentang Buku dan Masa Depan

Kalau satu hari nanti, umur masih panjang dan produktif (punyai anak-anak kecil dan cerdik) – seraya menuding jari ke arah koleksi buku-buku yang aku miliki di bookshelves yang disusun mengikut kategori – politik, humanisme, pendidikan,bahasa, linguistic, etc. Dan bertanyakan mana datangnya buku-buku itu, aku akan menjawab kepadanya secara terus terang.

Ada buku-buku yang kawan ayah hadiahkan sempena Hari Lahir dan Majlis Perpisahan. Bukan sekadar kawan, guru-guru dan ustaz-ustaz juga ada berikan sebagai tanda penghargaan dan dorongan untuk mencintai ilmu . Dan ada di antara buku-buku itu adalah karangan mereka sendiri – ada yang dah jadi bestseller.

Kebanyakan buku-buku itu ayah beli di MPH atau Kinokuniya  - dengan baucer buku rm 250 yang diberikan oleh kerajaan ; Antara sumbangan terbesar kerajaan Barisan Nasional ketika itu (walaupun kadangkala banyak kekurangannya). Baucer yang sering disalahgunakan oleh mahasiswa untuk membeli komik dan alatan sukan. Ada juga buku yang terbeli hasil dari perit jerih ayah bekerja sebagai guru ganti dengan gaji serendah RM 600 sebulan dan kemudian mendapat tawaran yang lebih baik sebanyak RM 1800 sebulan. Lebihan wang belanja itulah ayah guna untuk beli buku dan baca kandungannya. Sebab ayah cintakan kecerdikan dan kebijaksanaan (sapiosexual).

Kerana itu banyak buku ayah yang bersifat deep thinker dan banyak bermain dengan konsep ketuhanan, tetapi tidaklah sampai ke tahap pemikir Nietchze yang digelar “pembunuh tuhan”. Cuma sekadar mempersoalkan hukum yang direkayasa agar tidak menjadi taqlid buta – seorang mahasiswa harus membuat kajian dan fakta, bukan sekadar percaya kepada cerita penglipur lara dan ustaz-ustaz FB seperti Ustaz Abu Syafiq yang suka menabur fitnah atas nama agama. Lazimnya buku-buku deep thinker ni ayah dapatkan dari seorang kawan yang baik dan berpendidikan, Loqman Karimn (telah kembali ke Rahmatullah). Al Fatihah untuk beliau yang terlibat dalam tragedi Gunung Kinabalu 2015.

Zaman kau nanti, ayah tau dah tak banyak publisher yang nak publish buku-buku yang dicetak. Ramai yang akan baca ebook, pdf dan menggunakan kindle dan gajet-gajet lain. Yang nampak lebih cool dan urban – Tapi ayah tak pernah suka semua itu (boleh panggil ayah oldskool). Sebabnya bila membaca buku, bukan kandungan semata-mata yang diinginkan, tapi kepuasan membaca helaian demi helaian dan bau aroma buku itu sendiri. Especially buku-buku lama yang baunya mampu menarik kau ke zaman itu, Syahdu !

Mungkin juga syarikat-syarikat buku Indie akan bertambah banyak atau mungkin juga Fixi, Lejen Press, Dubook, Buku Hitam dan yang seangkatan dengannya akan pupus dan gulung tikar kerana tiada isu baru dalam masyarakat yang harus diketengahkan.

Tarbiah maksudnya apa ayah ? (jika ada soalan seperti itu)
Oh , ada satu kategori “tarbiah”di satu sudut paling kanan. Apa maksud tarbiah ? Susah nak explain kepada kanak-kanak sekecil kamu. Kerana tarbiah jugalah kamu lahir – mungkin. Dan mungkin kerana tarbiah juga kau mampu bertanya soalan yang sofistikated ini kepada ayah. Ayah tak mahu ceritakan segala pengalaman tarbiah yang diperoleh dalam hidup bermula dengan peluang belajar ke luar negara (Perancis) itu kerana kau juga akan merasai nikmatnya.

Ayah cuma mahu kau ikut jejak Pakcik Ammar yang syahid ketika menuntut ilmu di Turki – kau patut baca buku itu, ada banyak publisher yang menulis tentangnya, dan buku itu ada di rak tersebut. Atau kau juga boleh jadi seperti Salim Fillah dan Fathi Yakan yang banyak menulis untuk manfaat orang lain. Tetapi sebelum menulis, kau harus banyak membaca.
Percaturannya mudah ;
Baca
Baca
Baca
Dan tulis.

Jika Gilgamesh berjaya mendapatkan ubat kepada kematian iaitu penulisan, kau juga mampu menemukan untuk terus hidup dalam keabadian melalui penulisan.
Bacalah banyak buku sebab itu sahaja cara untuk melepaskan diri (emansipasi ) dari kebodohan mutlak dan abadi. Jangan hanya mengikut tanpa ilmu. Harus berani sesekali untuk meningkah. Jika hanya pandai mengikut membuta tuli, lebih baik jadi bebiri. 
Ada juga orang yang tahu sesuatu benda itu salah tapi masih mengikut dan mengamalkannya – untuk menjaga kepentingannya. Jangan pernah kau jadi penjilat, pengampu, dan pembodek untuk kemewahan yang sementara ini.

Panjang huraian ayah berkenaan buku ini. Suatu hari nanti, bila anak-anak ini menginjak sedikit dewasa, mungkin dia akan bertanya tentang muzik dan fotografi. Dan waktu itu, aku perlu menulis sekali lagi.

Dan apa yang penting, rak buku itu semakin lama, semakin sempit.


Thursday, September 24, 2015

Last Page Of RPH ; The Untold Chapter



Suatu hari nanti, kalian akan mengerti yang penjenayah hebat bukanlah penjenayah yang badannya sado dan bertatu. Mereka juga bukannya golongan-golongan yang mempunyai senjata api seperti pistol dan machine gun. Bukan.

Memang akan ada  pihak yang mengatakan mereka ini penjenayah. Tapi penjenayah ini cuma hiasan cerita, mati pun tak bernama. Kalau kene tangkap dengan polis, merayu-rayu untuk dilepaskan dan kalau kene sebat dengan rotan penjara, confirm mengalir airmata. Penjenayah bullshit.

Penjenayah yang Monsieur maksudkan kat sini adalah penjenayah yang senjatanya adalah pen dan otak. Berkot dan bertali leher. Segak ke sana ke mari dengan kereta mewah. Pusat operasinya ber- aircond. Dan golongan ini takkan kene sebat sebabnya nak bawak golongan ni ke muka pengadilan sangatlah sukar. Andai dibicarakan sekalipun, selalunya mereka akan menang dengan wang dan akan memanipulasi sistem kehakiman. Inilah penjenayah Rasuah dan Pecah Amanah. Penjenayah yang paling tinggi martabatnya.

Yang sado-sado dan bertatu itulah yang menjadi kuli taiko-taiko hebat ini. Mengapa Monsieur bagitahu awak semua ini?

Sebabnya kebanyakan golongan penjenayah hebat ini lahirnya di SBP !
Sebab tu jugalah Monsieur terapkan banyak kali yang modal insan itu sangat penting.

Tak guna kalau pandai melangit tapi rompak harta orang miskin.
Tak guna pointer tinggi kat Universiti kalau tak mampu nak selami realiti masyarakat.

Sebab tu Monsieur banyak kali pesan,
Bukan filem korea yang yang akan selamatkan kamu dik.
Bukan jugak novel-novel yang bahasanya pincang yang akan jadi panduan hidup kalian.

Peganglah pada dua,
Setialah pada isinya,
Al Quran dan Hadith,
Panduan sepanjang masa.

ILMU, IMAN , dan AMAL,
Perhalusi makna dan konotasinya.



Monday, July 6, 2015

Belajar dengan alam

I don't believe teaching and learning within the four walls.

(Baharuddin Burhan,2007)


Pembelajaran sebenarnya bermula apabila kita memaknakan apa yang kita lihat, kita percaya, dan kita rasa.

Cuba hari ini kita perhati dan rasa apa yang ada di sekeliling kita. Kita akan perasan sedikit kebesaran, keajaiban,keistimewaan dan pengajaran (ibrah) yang ada pada alam ciptaan Allah ini

Insya Allah, kita ikhtiar dan kita cuba. Sama-sama memerhatikan.
Keindahan yang dicipta Tuhan

Monday, June 29, 2015

Terfikir | Sampai bilakah kita akan berhuhu ?

Bulan Ramadhan ni sepatutnya jadi bulan yang istimewa buat kita. Bulan yang sama-sama kita ambil manfaat untuk berubah. Untuk beramal. Untuk dekat padanya. 

Tapi nampaknya ada yang masih tak sedar apabila masih lagi sarat timeline di facebook dengan fitnah-fitnah, caci maki seperti bulan-bulan yang bukan Ramadhan. Yang peliknya benda ni bukan wujud hanya dalam kalangan rakyat awam yang jahil agama, malahan golongan asatizah (ustaz dan ustazah pun nak tumpang sama). Benda-benda macam ni lah yang akan buat orang lebih jauh dari Islam.


Agamawan atau Agamawang

Golongan yang suka berdusta atas nama agama demi mengaut keuntungan dunia. Golongan ini sangat berbahaya dalam Islam

Dari Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Mereka menjadikan agama sebagai sumber pendapatan. Boleh kelihatan di pasaran air mineral yang kononnya telah disolat hajatkan, dibacakan dengan 30 juzuk, dan pelbagai promosi lain untuk make people believe especially orang kampung yang mudah terpengaruh dengan penampilan mereka yang ajet-ajet alim.Yang peliknya air mineral biasa harga RM 1.00, yang dorang jual sampai RM 6-7 ringgit kau. Tu bukan ambil untung? Dari air mineral, kurma, kismis, sehinggalah minyak wangi, semua dorang sapu.

Kalau ada mak dan ayah yang nak beli produk-produk macam  ni, nasihatkan mereka tak payah. Ikhtiarlah dengan alternatif yang meyakinkan dan tawakallah kepada Allah.Tak mustahil kalau tak bendung, suatu hari nanti mereka akan jual pulak kopiah yang dijuzukkan 30 juz dan baju melayu sunnah.


Aku Islam, depa kafir

Ni lagi satu golongan yang aku tak berkenan. Selamba pak hang jek acah-acah kafirkan orang lain. Sesiapa yang bermanhaj salaf dan beramal dengan jalan ahli sunnah waljamaah tidak sekali-kali akan mengkafirkan orang lain. Lagi-lagi golongan ulama dan sheikh-sheikh Islam yang telah banyak membantu dalam membangunkan Islam.

sesungguhnya nabi SAW. telah bersabda : "apabila seseorang mengkafirkan saudara sesamanya, maka pengkafiran itu pasti menimpa kepada salah satunya. jika yang dikafirkan itu memang kafir, maka ia kafir, jika yang dikafirkan tidak kafir maka kekafiran itu kembali menimpa kepada orang yang mengkafirkan" (HR. Imam Muslim)

Hari ini ada golongan yang so called ustaz selamba jek kafirkan Ibnu Taimiyah, menyamakan Wahabi dengan Yahudi dan menuduh mereka kafir. Inikah Akhlakul Kareem yang diajarkan oleh guru-guru kamu wahai pembawa bidaah?


Cerita dongengan

Adat Melayu kaya dengan dongengan dan rekayasa cerita untuk menghiburkan rakyat.Tetapi tidak perlulah kita berlebih-lebihan menokok tambah cerita sehinggakan menjadikan Islam nampak sebagai agama yang lawak dan lucu dengan kisah-kisah wali-wali dan individu yang dikatakan terlalu hebat sampai melampaui kemuliaan nabi pula. 

Famous ketika ini cerita tentang seorang habib yang pernah memberi makan pisang kepada seekor singa dan seorang anak murid habib yang takde jantung akibat terlalu rindukan Nabi. Kalaulah begitu, pasti para sahabat tidak mempunyai jantung sebab merekalah yang paling kasih kepada nabi sepanjang hidup mereka. Karamah memang wujud, tapi ia bersangkut juga dengan logik akal dan Sunnatullah. Kalau tak nak guna akal, lebih baik jadi beruk.


Kita tak maksum

Nabi maksum,kita tak maksum.
Manusia sentiasa melakukan dosa tak kiralah apa pangkat sekalipun.Raja, YB, Menteri, Guru, Polis, semuanya  tak terlepas dai melakukan dosa termasuklah asatizah, ulama, maulana, dan habib. 

So jangan terlalu taksub memuja individu-individu ini. Cuma bezanya dengan kita, mereka yang telah melakukan dosa akan cepat beristighfar dan memohon taubat kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosa tersebut. 
Bukannya berhuhuhu dengan jahiliah yang telah dilakukan.

Pintu taubat sentiasa terbuka.
Selagi matahari tak terbit dari Barat.
Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.


Sungguh kematian itu terlalu dekat

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan
mati" (QS. 3 : 185)

Lantas adakah kita telah bersedia?
Maafkanlah orang lain dan raikanlah perbezaan.

Walaubagaimanapun, penindasan dan pendustaan perlulah diperbetulkan dan ditegah dengan segala keupayaan yang kita ada.
Yang paling penting, kita mesti ingat.
Masuknya kita ke syurga bukanlah bergantung kepada jalan atau aliran yang kita pilih.
Semuanya bergantung kepada redha Allah.

Mari sama-sama tanya diri.
Adakah Allah redha?
Tepuk dada, tanyalah iman






Thursday, June 25, 2015

Solat Tarawih | Panjang atau Pendek?



Lumrah bagi kita akan memilih Imam yang paling pendek bacaannya sebab kita suka cepat habis. Boleh balik awal dan sambung makan, main futsal atau workout kat gym. Dan pelbagai hujah kita gunakan untuk justify tindakan ini.
Antara hujah yang terpakai adalah  Imam mesti meraikan makmum yang  mempunyai pelbagai latar belakang seperti yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W yang menegur imam yang terlalu panjang bacaannya.

                Siapapun diantara kalian mengimami agar meringankannya, kerana diantara kalian orang lemah, diantara kalian orang tua, diantara kalian ada yg mempunyai hajat kesibukan lain" (Shahih Bukhari hadits no.670).


Ada juga di antara kita yang lebih menghayati imam yang panjang bacaannya kalau boleh satu malam habis satu juz bersesuaian dengan hadith yang menyebut ganjaran pahala yang berganda jika ayat Al Quran dibawa dalam solat.

                “Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (dari Ibnu Masud)

                Pahala membaca al-Quran dalam solat dan membacanya dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk.Berpandukan hadis Rasulullah yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut

a.        Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi setiap satu huruf ialah 100 kebajikan.
b.       Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi setiap huruf 10 kebajikan.


Berbalik kepada konteks dan waqik (budaya masyarakat), kita kene sesuaikan dengan latar belakang makmum, Jika makmum kita berbadan sihat dan sado-sado, adalah lebih baik jika membawa surah yang panjang.Namun, jika para makmumnya golongan yang beruban di kepala dan mengharapkan sokongan kerusi, ayat-ayat lazim yang pendek sudah memadai. Perkara sunat, mengapa perlu disukarkan ?


p/s : masih teringat pengalaman solat di Tarawih di France yang makmumnya sado-sado ;)

Thursday, April 9, 2015

Poyo bukan budaya SBP





Abaikan jika suatu hari nanti jika kalian berjumpa dengan pelajar-pelajar yang gilakan jawatan tapi tak pandai buat kerja. Abaikan juga pelajar yang beriya-iya nak wakili sekolah untuk sesuatu event tapi effort takde langsung nak menangkan sekolah dan hanya nak dapat sijil dan berjalan-jalan keluar sekolah, ataupun hanya nak usya budak laki atau awek-awek sekolah lain.

Ataupun rakan –rakan kalian yang poyo nak masuk nasyid kononnya nak jadikan medan berdakwah. Hakikatnye pentas itu cumalah menjadi pentas riya’ dan tabarruj. Nauzubillah.

Monsieur dah terlalu biasa dengan perangai-perangai bajet bagus ni. Kat Sekolah Menengah, Monsieur dah jumpe pelajar yang gilakan kuasa dan jawatan tapi output takda langsung. Monsieur juga dah jumpa kat Universiti/ IPG geng-geng yang bajet bagus dalam semua hal dan merendah-rendahlan orang lain terutamanya dalam bab kepimpinan dan ilmu, sedangkan geng-geng ni hanya  dapat menganjurkan majlis-majlis yang bersifat dalaman dan lokal. Bukanpun yang bersifat Antarabangsa seperti Monsieur dan geng2 kami yang pernah anjurkan di Perancis yang melibatkan peruntukan dan tetamu berskala besar. Tentang ilmu pula, ada jugak yang suka memandai-mandai (keyboard warrior) walaupun martabat ilmu tak sehebat manapun.


Mereka-mereka ini datang dalam hidup kita untuk menjadi panduan dan kadangkala jadi pengajaran. Nasihat monsieur kepada kalian semua ; Ikutlah resmi padi, semakin berisi , semakin menunduk ke bumi, bukannya resmi lalang dan tin kosong yang berdentang-dentung mencari perhatian. 

Harap kalian semua bukan begitu ;)

Thursday, February 19, 2015

Milik Siapakah Si Sakinah





Dan perpisahan kita relakan,
atas dasar keimanan, atas tunjang konsep Al-Fahmu.
Dalam alat sebesar 4 inci itu terkandung dua sektor
satu sektor dengan bahan kerja
satu sektor dengan keseronokkan dunia
warga kota gelar hard disk
orang biasa panggil storan data.

Berbaris-baris jahiliyyah di dalamnya,sampai kita lupa definisi konotasi itu
Drama,korea,games,ceritera tak usah dibicara.
Melayah-layah di udara
masa terbunuh, umat dipeduli
suara-suara hedonisme sungguh menyenangkan
melarutkan rasa seorang hamba terhadap tuhan
walaupun azan sudah lama dilaungkan - dan muazzin juga telah lelah.

Dengan nasihat dan qudwah, diri ni tersedar kembali
akan tanggungjawab dan peranan.
Alat itu bermanfaat jika benar lakunya,
musibat jika silap aturannya.
Bila lagi kalau bukan sekarang?
Cik Hidayah sudah lama menyapa.
Abang taufik juga seakan mesra.

Mata dipejamkan,berdepan-depan dengan skrin komputer
azam telah dibulatkan
tekad telah dibangunkan
Dengan lafaz bismillah yang bergema
punat delete ditekan,dan sekali lagi ditekan untuk kepastian
10 gigabyte kini lapang, Sakinah pula yang datang bertandang.

Friday, January 2, 2015

Bagaimana Harus Melangkah?




Aku rindu zaman ketika halaqah adalah keperluan, 
Bukan sekadar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban,
Bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan,
Bukan sekadar pelangkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan,
Bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
Bukan tuntutan, penghujahan dan perdagangan

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan,
Bukan su’udzan atau menjatuhkan

Aku rindu zaman ketika
Kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini

Aku rindu zaman ketika
Nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan

Aku rindu zaman ketika
Hadir liqa adalah kerinduan
Dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika
Malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah
Dengan wang yang cukup-cukup 
Dan peta yang tak jelas

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta
Sepulang menyampaikan da’wah di desa sebelah

Aku rindu zaman ketika
Pergi liqa selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan Quran terjemah
Ditambah sedikit hafalan

Aku rindu zaman ketika kader menangis karana tak bisa hadir di liqa

Aku rindu zaman ketika 
Tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah berangkat liqa
Dengan duit dibahagikan buat belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, 
Para kader yang bersamanya mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu..

Ya Rabb
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami

Ya Rabb
Berikanlah kami keistiqamahan di jalan dakwah ini