Solat di sini masih mudah
Yang susahnya adalah berjemaah
Lalu di jalanraya, ada masjid
terpacak.
Masuk kampung juga ada bangunan indah
Dibina khas untuk beribadah
Kalau mudah mengapa mahu minggir.
Saf-saf belakang masih sunyi
Hanya imam dan makmum berdialog menutup sunyi
Berbincang tentang hal kampung, Jkk , dan
masalah rumahtangga,
Sekadar untuk berbasa-basi sebenarnya
Suatu hari nanti
Islam
bukan lagi agama rasmi
Tiada yang akan jaga agama
Ulama sudah tercela
Kecuali jika memang kalimah sudah
tertanam di dada
Negara sekular yang engkau berahi
Ke sekolah tidak bertudung,
Bersolat di hadapan umum akan ditangkap
mata-mata
Jangan impikan berjemaah, kecuali di masjid
Itupun jika engkau rajin berjalan
kaki
Waktu ini, baru engkau tahu
Betapa harga sebuah agama !
No comments:
Post a Comment