Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts
Monday, October 19, 2015
Wednesday, September 11, 2013
Melancong ke Turki
"Bir"
"Tavuk"
"Tasyakkur"
Antara dialog biasa yang korang dengar bila melancong ke Turki.
Baru² ni Turki dah macam tempat yang wajib kene pegi lepas keluar filem Istanbul aku datang.
Masa nilah ramai antara kita yang pasang niat untuk pergi ke Turki disebabkan lanskap nyer yang super *osem.
Alang² tue boleh tadabbur alam sekali kan.Dapat tengok bunga tulips dan masjid biru .
Tapi dalam kesedapan itu ramai yang tak taw pesal sejarah Turki dan fakta² yang menarik tentang Negara Empayar Uthmaniyah ni. Nah, amik taw sket sebelum pasang hajat ke sana yer.
Penduduk Islam yang Ramai
Majoriti penduduk Turki beragama Islam tapi bau² Islam itu semakin berkurangan selepas rampasan kuasa yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal Attartuk. Tapi sekarang dah ok sket sejak Recep Tayyip Erdogan jadi PM. Baru² ni kan PM turki antara yang lantang mengkritik Israel dan negara² arab yang bersekongkol melakukan kekejaman kepada Palestin dan Syria.
But kalau korang g turki, korang dapat lihat masih banyak gambar² Attartuk digantung di tempat² awam tanda sokongan kepada beliau.entahlah, pfff
Masjid paling banyak
Kat Istanbul jek bilangan masjid dah susuah nak kira sebab banyak sangat sampaikan azan terpaksa dilaungkan berseli² sebab muazzin kene tunggu muazzin dari masjid² yang lain. As conclusion takder inci pun yang terlepas dari mendengar laungan azan di Istanbul, Hebat bukan.
Penghubung Asia dan Eropah
Istanbul terbahagi kepada dua bahagian, satu termasuk dalam benua Eropah dan satu lagi termasuk dalam Asia. Kaau tengok budaya yang sebelah Eropah memang akan cenderung ke barat dan sebaliknya.
Banyak lagi kalau nak cite pesal Turki ni. Senang cakap² banyak² tempat yang aku dah round sekitar Eropah dan asia ni, Turki adalah antara yang *terbest dan *osem. Kasi tempek sikit gambar² kenangan masa kat Turkey.
| Dulu ni saliran air |
| Waktu ni bunga tengah kembang |
| Dekat dengan pintu masuk hagia sophia |
| Makam |
| Masjid biru |
| Raja² dan permaisuri² Turkey. LOL |
Tuesday, January 8, 2013
Melancong ke South of France
Salam alaykoum...
Cuti hari tu sempat jugak aku berjalan ke negeri2 selatan di France disebabkan Malaysian Students Reunion 2012 (event ni memang ada every year).
Asalnya rasa malas nak gerak pergi sana sebab jauh dari rumah aku,tapi sebab aku pun x duduk lama kat France,so why not tak manfaatkan cuti yang ada. Ini kali pertama aku jejak kaki kat south France.Memang berbeza kalau nak compare ngan tempat yang aku blaja now.
| Sempat bergambar dengan Alim, junior MOZAC dulu |
Jauh perjalanan,luas pengalaman
Banyak benda yang aku dapat sepanjang perjalanan aku.Antaranya adalah accent atau slang yang dimiliki oleh penduduk setempat di selatan France.Memang berbeza kalau nak compare dengan kami yang duduk north ni,kadang-kadang memang susah nak paham,tapi dalam perbezaan itu,aku try gak cari persamaan dan alhamdulillah tak sampai 4 hari memang sure boleh paham nyer. (Kalau kat Malaysia,kita boleh compare slang utara dengan slang pantai timur)
| Penduduk south yang sudi menumpangkan rumah.Thanx! |
Pernah makan sama2 dalam dulang/talam?
Maybe ade certain yang jijik dan pertikaikan mengapa perlu makan dalam talam (tangan kotor lah,nanti x cukup lah,etc.)walhal amalan ini sunnah nabi.
Antara adab2 yang perlu ada semasa makan dalam talam adalah perlunya peranan seorang ketua yang akan membaca doa sebelum makan dan mengagihkan sama rata makanan agar semua dapat berkongsi keriangan.Selain itu niat masing2 juga mestilah jelas dan ikhlas. A mengharapkan B akan kenyang dan B akan mengharapkan C akan kenyang apabila mereka duduk sedulang.
Insyaallah yang sikit akan cukup dan yang banyak x kan membazir.
![]() |
| Selera lagi bertambah bila makan reramai |
Aku rasa orang lain beruntung sebab mereka ada apa yang aku xde,tapi aku x sedar apa yang aku ada dan mereka xde. Sebagai contoh,aku rasa best sebab shopping dan harga makanan kat south lagi murah dari north,tapi aku terlupa aku ada angin salju yang bertiup dan kepingan2 salji yang memenuhi segenap inci berbanding dengan mereka yang susah untuk merasai kesejukan bahkan berjalan dalam kepanasan.
| Penunjuk jalan masa aku pergi Monaco.Merci! |
Circle of friend dan wawasan yang mematangkan
Aku jumpa ramai kawan masa kat sini dan aku paling banyak berborak dengan pelajar2 yang lebih berusia dari aku,bahkan ada di antara mereka yang dah berumahtangga dan mempunyai anak2. Jarak umur dan latar fikir yang berbeza menghasilkan perbincangan yang bermakna.Dorang siap bagi tips2 penting tentang kehidupan.Kadang2 berbincang dengan orang yang berilmu lebih baik dari mengkaji 10 buah buku.
Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dalam sesi kembara ini.Semoga dapat berjumpa lagi Insyaallah.
Saturday, October 29, 2011
Melancong ke Germany
Salam guys,
Still terasa sakit dan sengal badan dengan perjalanan yang jauh dari Besancon ke Europapark,Germany.Ditambah lagi dengan sakit tengkuk akibat naik Sylver Star,arinie aku bangun lambat lagi.
Sempat jugak kami singgah dekat satu bandar yg bernama Stuttgart, n melawat museum Mercedez kat situ. Terbaik weyh.
Aku nak cerita pesal GERMANY sket.Kalau korang nak melancong,aku suggest kan Germany sebab semua penduduk dia boleh berbahasa English dan ini memudahkan pelancong.Kalau korang nak pergi ke Spain atau Italy,ko kne blaja gak bahasa dia at least.Kat France pun susah jugak nak jumpa org cakap English.
Then Germany memang bersih kalau compare to France n paling best highway dia takder speed limit...Bantai la laju mane pun.Yelah takkan BMW n Mercedez nak pecut 120,kalau proton boleh lah(sorry).
Ape2 pun ni mmg satu roadtrip yang best...
Ape2 pun ni mmg satu roadtrip yang best...
XOXO
Subscribe to:
Comments (Atom)

