Orang pakai
shades waktu cahaya mentari mencucuk mata untuk melindungi mata,bukan ketika
mendung yang gelap gelita.
Masalahnya
kebelakangan ni, kita yang suka pakai shades walaupun keadaan tak memerlukan.
So that, kita akan nampak semua subjek di hadapan kita gelap dan hitam –
disebabkan perspektif di sebalik shades.
Lagi bahaya
apabila kita melihat certain manusia dan rakan² kita melaui kaca mata
perspektif ini. Biarpun kulit dorang putih tahap putih susu, brilliant dan
memancar, kita tetap akan nampak wajah dorang gelap,malap, dan legap. As
consequence, perkara dan cadangan baik yang keluar dari rakan kita akan
sentiasa dianggap membawa konotasi negative dan menjatuhkan.
Nasihat jadi
sindiran
Putih jadi hitam
Kasih saying
jadi benci
Besar hati
jadi makan hati
Bukannya
susah nak tanggalkan shades itu ketika bercakap dengan member² kita.Kita jek
yang suka pakai shades sebab nampak macam cool. Dengan manusia lain,kita mampu
tanggalkan shades dan pakai spec biasa,tapi bila berhadapan dengan certain
member,kita akan kenakan balik shades itu tanpa teragak-agak.Dan semestinya
perspektif di sebalik shades mempengaruhi logik kognitif kita ke atas sesuatu
benda.
Lagi bahaya
kalau kita tak mampu berpisah dengan shades ketika menjalankan kerja dakwah dan
tarbiyyah
…Mengeluh sambil reguk green tea brand Arizona…
Nasihat
saya, tanggalkan sahaja shades branded yang nampak cool itu dan gantikan dengan
spec biasa.
Dan kita akan nampak rakan
kita seperti biasa.
Kalau dia cokelat,cokelatlah,
Kalau dia putih,putihlah
Kalau dia hitam,hitam
jugaklah kan,hahaha
Tak perlu
hitamkan yang putih dengan shades. Simpan shades anda kerana anda akan memerlukannya ketika soltis
musim panas.
Mata dan
kening anda terlalu cantik untuk dicover dengan shades yang berat itu.
No comments:
Post a Comment