Adalah normal dalam hidup bila kau ada perasaan
inginkan apa yang orang lain ada.
Kehidupan
mewah, kereta besar, isteri cantik, asset riban-riban dan semua yang
indah-indah. Untuk capai semua tu, ko korbankan banyak benda dan bekerja bagai
nak gila. Jadi hamba duit. Dalam mencapai objektif tu, banyak juga kau terlepas
benda menarik di sekeliling kau.
Bila
harta dah menimbun dan ketika itu umur kau sudah mencapai penghujung, kau
tersedar yang sepatutnya kau menikmati waktu-waktu bahagia itu lebih awal. Ingin bersosial dengan rakan-rakan,
bersukan dan melakukan aktiviti sihat ; hiking, travelling, and so on.
At
the moment, dari segi financial kau memang mantap. Tapi tenaga dan kudrat dah
tak membenarkan. Masa tu juga kau belum menunaikan umrah ataupun haji walaupun
dah tahap mampu giler. Anak-anak pula dah membesar dan menguruskan hal-hal
penting di tempat kerja. Sama ketika kau masih muda.
Kau
rasa sesak nafas. Penyakit kau memang semakin hari semakin serius. Terfikir
sejenak bila kau tiada di dunia ini, siapakah yang betul-betul akan mengingati
kau.
Harta
yang banyak itupun nanti akan diwarisi. Di kerusi mala situ, kau
menanggung sakit sendiri. Pendengaran
semakin lama, semakin hilang.
Ini semua dunia. Dunia.
Kematian itu ditemani perabot-perabot dan ruang
sunyi.
Enjoy your life to the fullest before
everything is too late.
No comments:
Post a Comment