Lumrah bagi kita akan memilih Imam yang paling pendek bacaannya sebab kita suka cepat habis. Boleh balik awal dan sambung makan, main futsal atau workout kat gym. Dan pelbagai hujah kita gunakan untuk justify tindakan ini.
Antara hujah yang terpakai adalah Imam mesti meraikan makmum yang mempunyai pelbagai latar belakang seperti yang
berlaku di zaman Rasulullah S.A.W yang menegur imam yang terlalu panjang
bacaannya.
Siapapun diantara
kalian mengimami agar meringankannya, kerana diantara kalian orang lemah, diantara kalian orang tua, diantara kalian ada
yg mempunyai hajat kesibukan lain" (Shahih Bukhari hadits no.670).
Ada juga di antara kita yang lebih menghayati
imam yang panjang bacaannya kalau boleh satu malam habis satu juz bersesuaian
dengan hadith yang menyebut ganjaran pahala yang berganda jika ayat Al Quran
dibawa dalam solat.
“Barangsiapa
membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak
mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (dari
Ibnu Masud)
Pahala membaca
al-Quran dalam solat dan membacanya dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk.Berpandukan
hadis Rasulullah yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut
a.
Pahala
membaca al-Quran dalam solat bagi setiap satu huruf ialah 100 kebajikan.
b.
Pahala
membaca dengan berwuduk di luar solat bagi setiap huruf 10 kebajikan.
Berbalik kepada konteks dan waqik (budaya
masyarakat), kita kene sesuaikan dengan latar belakang makmum, Jika makmum kita
berbadan sihat dan sado-sado, adalah lebih baik jika membawa surah yang
panjang.Namun, jika para makmumnya golongan yang beruban di kepala dan
mengharapkan sokongan kerusi, ayat-ayat lazim yang pendek sudah memadai.
Perkara sunat, mengapa perlu disukarkan ?
p/s : masih teringat pengalaman solat di
Tarawih di France yang makmumnya sado-sado ;)
No comments:
Post a Comment