Kalau dulu-dulu, datuk dan ayah kita gunakan kamera
analog (filem) untuk ambik gambar keluarga dan anak-anak. Zaman sekarang hanya
golongan tertentu yang masih terus mampu berkecimpung dalam bidang ini.
Zaman berubah bila wujudnya kamera digital
seperti hybrid, DSLR,compact,lomo, mirrorless, dan pelbagai lagi. Kos cuci
gambar digital pun murah sebab hanya perlu print.
Tak perlu beli filem
Tak perlu kos develop
Tak perlu kene cuci every single photo
so JIMAT
Tambah-tambah lagi semua smartphone dah boleh capture
gambar. As consequence,takkan ada lagi orang yang nak habiskan duit untuk hobi
ni. Bukan takde, cuma jarang. Just certain people yang tahu bezakan nilai sekeping
gambar dengan sekeping glossy paper.
Kalau ko duduk area luar KL, agak susah nak
continue hobi ni sebab dah takde kedai yang sediakan servis cuci gambar. Kalau
korang duduk area KL boleh lah cuci kat Bang-Bang shop dengan Publika Solaris
kat Damansara. Atau pergi kedai Photo Cantik depan bustop Pasar Seni.
No comments:
Post a Comment