Thursday, September 24, 2015

Last Page Of RPH ; The Untold Chapter



Suatu hari nanti, kalian akan mengerti yang penjenayah hebat bukanlah penjenayah yang badannya sado dan bertatu. Mereka juga bukannya golongan-golongan yang mempunyai senjata api seperti pistol dan machine gun. Bukan.

Memang akan ada  pihak yang mengatakan mereka ini penjenayah. Tapi penjenayah ini cuma hiasan cerita, mati pun tak bernama. Kalau kene tangkap dengan polis, merayu-rayu untuk dilepaskan dan kalau kene sebat dengan rotan penjara, confirm mengalir airmata. Penjenayah bullshit.

Penjenayah yang Monsieur maksudkan kat sini adalah penjenayah yang senjatanya adalah pen dan otak. Berkot dan bertali leher. Segak ke sana ke mari dengan kereta mewah. Pusat operasinya ber- aircond. Dan golongan ini takkan kene sebat sebabnya nak bawak golongan ni ke muka pengadilan sangatlah sukar. Andai dibicarakan sekalipun, selalunya mereka akan menang dengan wang dan akan memanipulasi sistem kehakiman. Inilah penjenayah Rasuah dan Pecah Amanah. Penjenayah yang paling tinggi martabatnya.

Yang sado-sado dan bertatu itulah yang menjadi kuli taiko-taiko hebat ini. Mengapa Monsieur bagitahu awak semua ini?

Sebabnya kebanyakan golongan penjenayah hebat ini lahirnya di SBP !
Sebab tu jugalah Monsieur terapkan banyak kali yang modal insan itu sangat penting.

Tak guna kalau pandai melangit tapi rompak harta orang miskin.
Tak guna pointer tinggi kat Universiti kalau tak mampu nak selami realiti masyarakat.

Sebab tu Monsieur banyak kali pesan,
Bukan filem korea yang yang akan selamatkan kamu dik.
Bukan jugak novel-novel yang bahasanya pincang yang akan jadi panduan hidup kalian.

Peganglah pada dua,
Setialah pada isinya,
Al Quran dan Hadith,
Panduan sepanjang masa.

ILMU, IMAN , dan AMAL,
Perhalusi makna dan konotasinya.



No comments: