Batch awak mesti buktikan
yang awak lagi hebat
berbanding batch yang sebelumnya !
Batch ini adalah batch yang terbaik.
Batch inilah yang paling mencetuskan banyak
masalah disiplin.
Antara dialog positif dan negative yang
seringkali menghentak gegendang telinga kita tatkala ini.
Budak –budak SBP or MRSM, biasanya akan kuat
semangat batchnya. Bertanding siapa yang paling hebat. Siapa yang paling
menonjol di sisi guru-guru dan pandangan pentadbir. Nama rumah sukan dan nama
sekolah (alma mater) akan datang kemudian. Selepas menunjukkan batch siapa yang
paling menonjol, automatik mereka akan menyokong ahli rumah masing-masing dan
barulah semangat kesatuan sekolah itu muncul.
Sebagai contoh, di SDAR, setiap SDARIAN akan
menyebut nama batchnya terlebih dahulu berbanding benda lain. Beberapa puluh
tahun dahulu, mereka menamakan batch mereka dengan tahun SPM. Dan generasi hari
ini menamakan batch mereka dengan pelbagai nama-nama yang eksotik dan elegan.
Secara jujurnya, saya melihat bahawa yang
semangat sekolah itu perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding semangat
rumahsukan dan semangat batch. Sebagai contoh, jika anda seorang pelajar TKC
(Tengku Kurshiah College), ahli rumah sukan merah dan batch 0105, maka first
priority adalah membawa dan menjaga nama TKC. Asalkan itu pelajar TKC yang
mewakili sesuatu pertandingan, maka seluruh warganya akan berbangga dengan
pencapaian tersebut.Kemudian barulah datangnya semangat setiakawan rumah sukan
dan akhir sekali semangat batch itu sendiri.
Jangan terlalu bangga dengan nama batch.
Sepatutnya kita berbangga dengan nama sekolah
Sebabnya di sekolah itulah kita dibentuk.
Tidak kiralah dia batch mana, asalkan dia dari
alma mater yang sama,
Maka kita sebenarnya BERSAUDARA.
No comments:
Post a Comment