Abaikan jika suatu hari nanti jika kalian berjumpa dengan pelajar-pelajar
yang gilakan jawatan tapi tak pandai buat kerja. Abaikan juga pelajar yang
beriya-iya nak wakili sekolah untuk sesuatu event tapi effort takde langsung
nak menangkan sekolah dan hanya nak dapat sijil dan berjalan-jalan keluar
sekolah, ataupun hanya nak usya budak laki atau awek-awek sekolah lain.
Ataupun rakan –rakan kalian yang poyo nak masuk nasyid kononnya nak
jadikan medan berdakwah. Hakikatnye pentas itu cumalah menjadi pentas riya’ dan
tabarruj. Nauzubillah.
Monsieur dah terlalu biasa dengan perangai-perangai bajet bagus ni. Kat
Sekolah Menengah, Monsieur dah jumpe pelajar yang gilakan kuasa dan jawatan
tapi output takda langsung. Monsieur juga dah jumpa kat Universiti/ IPG geng-geng
yang bajet bagus dalam semua hal dan merendah-rendahlan orang lain terutamanya
dalam bab kepimpinan dan ilmu, sedangkan geng-geng ni hanya dapat menganjurkan majlis-majlis yang
bersifat dalaman dan lokal. Bukanpun yang bersifat Antarabangsa seperti
Monsieur dan geng2 kami yang pernah anjurkan di Perancis yang melibatkan
peruntukan dan tetamu berskala besar. Tentang ilmu pula, ada jugak yang suka
memandai-mandai (keyboard warrior) walaupun martabat ilmu tak sehebat manapun.
Mereka-mereka ini datang dalam hidup kita untuk menjadi panduan dan
kadangkala jadi pengajaran. Nasihat monsieur kepada kalian semua ; Ikutlah
resmi padi, semakin berisi , semakin menunduk ke bumi, bukannya resmi lalang
dan tin kosong yang berdentang-dentung mencari perhatian.
Harap kalian semua
bukan begitu ;)
No comments:
Post a Comment