Kalau tiada homework baik tak payah mengajar
- dalam hidup sebagai pelajar mestilah
ada homework. Gila apa kalau tiada – mungkin lagi bagus jika tiada,sebabnya
pelajar tak penat dan guru juga tidak letih.
Equality for all
Happy teachers
Happy students
Masa di Universiti dulu pun ada homework
lecturer bagi suruh siapkan base on due date yang ditetapkan. Setiap minggu akan
ada kuiz berkenaan topik yang akan diuji. So siapa pulak yang memandai-mandai
kata hidup di Universiti full of freedom and happiness. Maybe depend on course
juga.
Dalam pedagogi pun aku belajar yang students
perlu diberi Homework : Practice makes perfect. Dan disebabkan itu juga parents
akan rasa berbaloi untuk bayar buku-buku latihan yang diwajibkan di
sekolah-sekolah. Sebab at least buku itu digunakan di rumah dan mereka dapat
tengok hasilnya. Takdelah nanti they all complaint masa perjumpaan PIBG yang
sekolah paksa pelajar beli buku tapi tak digunakan. So homework memang
diperlukan.
Tapi persepsi ni berubah bila aku jadi guru
ganti Bahasa Melayu sementara di sebuah sekolah (kelas terakhir) dan Homework
bukanlah sesuatu yang ideal untuk dipraktikkan. Mulanya memang aku beri
homework tapi ada juga yang tak siap walaupun aku dah garang gila dah. Rotan,
denda kat luar, touch, semua dah buat, tapi still tak berubah. Murid-murid
jenis ni biasanya dah tak takut dengan hukuman. Mereka memang kurang minat dan
motivasi untuk belajar.
Kalau touch pun, dorang akan takut dan cuba
siapkan. Tapi dengan cara meniru – dan perbuatan ni tak efektif untuk
improve level diorang.
Untuk pelajar macam ni, teknik
dia mudah je sebenarnya.
Kau masuk kelas dan kau ajar semuanya berkenaan dengan
silibus, then akan ada pelajar yang tak faham. Tugas kau adalah « clearkan »
keserabutan tersebut. Lepas tu kau bagi latihan ( same as homework) – Cuma
tugasan itu perlu disiapkan sebelum tamat masa. Siapa siap awal boleh balik
awal.
Mula-mulanya memang susah. Lepas beberapa
minggu kau akan nampak hasilnya. Kau dah tak perlu stress nak paksa depa hand
in homework and expect them not being a copycat. Kau hanya perlu pastikan
dorang faham, buat tugasan di dalam kelas, dan bersedialah menantikan kenaikan
keputusan yang mendadak. Gantikan homework kepada Classwork !
From my honest opinion,
The Neo Teacher
No comments:
Post a Comment