Orang panggil dia Cikgu Bis. Nama sebenar beliau ialah Bistamam Bin Talib. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka adalah sekolah pertama yang dia posting dan kekal di situ sehinggalah hari persaraannya. Semua ex-mozac pasti mengenali susuk ini.
Mungkin tak banyak perkara yang aku
ketahui tentang dirinya. Tapi apa yang aku ingat dia antara susuk yang berjaya
menjadi inspirasi untuk aku teruskan karier ini. Karier yang hebat cabarannya,
tidak hidup famous dan menjanjikan
kekayaan. Sifat paling baik yang boleh dicontohi dari beliau adalah Ikhlas.
Beliau bukan seorang guru 25 haribulan yang hanya menantikan gaji dan kerja ala
kadar, tapi beliau seorang pendidik yang action
speaks louder than words. Dia kata dia buat, dia mahu, dia cuba
realisasikan.
Kalau hari ini cikgu-cikgu hebat
memandu ke sekolah dengan kereta keluaran BMW, Camry, Alphard, dan Vellfire - even cikgu baru posting pun sudah mampu pakai Honda City dan Almera, Cikgu Bistamam
tetap gah memandu van putihnya pada zaman itu. Kelibat van itu, bunyi enjinnya
sudah dikenali di segenap inci dan ruang di atas bukit ini. Mungkin dia percaya
bahawa kenderaan yang hebat tidak menunjukkan bahawa pedagogi juga turut hebat.
Dia tunjukkan bahawa pembelajaran yang hebat hanya dapat dihasilkan dengan
bakat dan kesungguhan seorang murabbi (pendidik).
Pada era globalisasi, dia masih
menggunakan campuran teknik kontemporari dan teknik klasik dalam bilik darjah.
Pelajar yang gagal menjawab soalan dan menyiapkan tugasan akan didenda dengan
cara lama; berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, berdiri di luar kelas dan
sebagainya. Beliau juga tidak akan berganjak dari silibus yang diajar jika
masih ada pelajar yang gagal memahami konsep yang cuba diajarkan. Walaupun
kelas lain sudah advance 1-2 bab ke
hadapan !
Aku ingat sebabnya aku adalah antara
pelajar yang lambat nak faham konsep matematik. Bila kami dah faham barulah dia
bergerak. Dia juga banyak buat kelas malam untuk pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan besar seperti PMR (PT3). Tak berkira sangat dengan alasan rumah dia
dekat dari sekolah.
Pernah sekali di waktu pagi pada
sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, aku lalu belakang kantin dan nampak van
putih. Dia baru sampai sekolah. Di terus keluar dari van dan mencapai sesuatu
di atas kerusi belakang - sebuah gitar di dalam sarungnya. Aku ucap salam dan
terus bertanya.
Mengapa cikgu bawa
gitar,
cikgu pandai main
gitar ke?
Eh saja je ni,
mana lah tahu MC panggil untuk buat
persembahan, at least ada backup.
Malangnya pada hari tersebut MC terlupa nak jemput beliau untuk
persembahan dan lagi teruk aku terlupa nak bagitahu MC perihal gitar di dalam van putih itu. Akibatnya sampai sekarang
aku rasa bersalah. Sebak sekejap.
Pada pertemuan baru-baru ini di Casa
Del Rio, aku sempat bergambar dengan beliau. Banyak amanah yang dititipkan
untuk menjadi seorang guru yang baik. Bagaimana mendekati pelajar dan teknik
menganggap mereka sebagai anak sendiri. Untuk cikgu-cikgu baru, mungkin ini
salah satu anekdot yang dapat memberi inspirasi dalam memilih jalan yang penuh
dengan tribulasi dan mehnah ini.
Untuk guru-guru berpengalaman yang kadangkala terasa penat, lelah, dan
putus asa - akibat sikap pelajar dan parents
yang acapkali gagal membezakan tugas guru dengan baby sitter, mungkin boleh mengambil iktibar bagaimana Cikgu Bis
mampu keep the flame sepanjang
perkhidmatannya dalam dunia pendidikan.
Bersama-samalah mendoakan susuk ini
agar sentiasa sihat dan sentiasa gembira di samping keluarga tercinta. Akhir
sekali,
TERIMA KASIH CIKGU
BISTAMAM !
No comments:
Post a Comment