Bulan Ramadhan ni sepatutnya jadi bulan yang
istimewa buat kita. Bulan yang sama-sama kita ambil manfaat untuk berubah.
Untuk beramal. Untuk dekat padanya.
Tapi nampaknya ada yang masih tak sedar
apabila masih lagi sarat timeline di facebook dengan fitnah-fitnah, caci maki
seperti bulan-bulan yang bukan Ramadhan. Yang peliknya benda ni bukan wujud
hanya dalam kalangan rakyat awam yang jahil agama, malahan golongan asatizah
(ustaz dan ustazah pun nak tumpang sama). Benda-benda macam ni lah yang akan buat
orang lebih jauh dari Islam.
Agamawan atau Agamawang
Golongan yang suka berdusta
atas nama agama demi mengaut keuntungan dunia. Golongan ini sangat berbahaya
dalam Islam
Dari Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Mereka menjadikan agama
sebagai sumber pendapatan. Boleh kelihatan di pasaran air mineral yang kononnya
telah disolat hajatkan, dibacakan dengan 30 juzuk, dan pelbagai promosi lain
untuk make people believe especially orang kampung yang mudah terpengaruh
dengan penampilan mereka yang ajet-ajet alim.Yang peliknya air mineral biasa
harga RM 1.00, yang dorang jual sampai RM 6-7 ringgit kau. Tu bukan ambil
untung? Dari air mineral, kurma, kismis, sehinggalah minyak wangi, semua dorang
sapu.
Kalau ada mak dan ayah yang nak beli produk-produk macam ni, nasihatkan mereka tak payah. Ikhtiarlah
dengan alternatif yang meyakinkan dan tawakallah kepada Allah.Tak mustahil
kalau tak bendung, suatu hari nanti mereka akan jual pulak kopiah yang
dijuzukkan 30 juz dan baju melayu sunnah.
Aku Islam, depa kafir
Ni lagi satu golongan yang aku
tak berkenan. Selamba pak hang jek acah-acah kafirkan orang lain. Sesiapa yang
bermanhaj salaf dan beramal dengan jalan ahli sunnah waljamaah tidak
sekali-kali akan mengkafirkan orang lain. Lagi-lagi
golongan ulama dan sheikh-sheikh Islam yang telah banyak membantu dalam
membangunkan Islam.
sesungguhnya nabi SAW. telah bersabda : "apabila seseorang mengkafirkan saudara sesamanya, maka pengkafiran itu pasti menimpa kepada salah satunya. jika yang dikafirkan itu memang kafir, maka ia kafir, jika yang dikafirkan tidak kafir maka kekafiran itu kembali menimpa kepada orang yang mengkafirkan" (HR. Imam Muslim)
Hari ini ada golongan yang so called ustaz
selamba jek kafirkan Ibnu Taimiyah, menyamakan Wahabi dengan Yahudi dan menuduh
mereka kafir. Inikah Akhlakul Kareem yang diajarkan oleh guru-guru kamu wahai
pembawa bidaah?
Cerita dongengan
Adat Melayu kaya dengan dongengan dan rekayasa
cerita untuk menghiburkan rakyat.Tetapi tidak perlulah kita berlebih-lebihan
menokok tambah cerita sehinggakan menjadikan Islam nampak sebagai agama yang
lawak dan lucu dengan kisah-kisah wali-wali dan individu yang dikatakan terlalu
hebat sampai melampaui kemuliaan nabi pula.
Famous ketika ini cerita tentang
seorang habib yang pernah memberi makan pisang kepada seekor singa dan seorang
anak murid habib yang takde jantung akibat terlalu rindukan Nabi. Kalaulah
begitu, pasti para sahabat tidak mempunyai jantung sebab merekalah yang paling
kasih kepada nabi sepanjang hidup mereka. Karamah memang wujud, tapi ia
bersangkut juga dengan logik akal dan Sunnatullah. Kalau tak nak guna akal,
lebih baik jadi beruk.
Kita tak maksum
Nabi maksum,kita tak maksum.
Manusia sentiasa melakukan dosa tak kiralah apa
pangkat sekalipun.Raja, YB, Menteri, Guru, Polis, semuanya tak terlepas dai melakukan dosa termasuklah
asatizah, ulama, maulana, dan habib.
So jangan terlalu taksub memuja
individu-individu ini. Cuma bezanya dengan kita, mereka yang telah melakukan
dosa akan cepat beristighfar dan memohon taubat kepada Allah supaya diampunkan
dosa-dosa tersebut.
Bukannya berhuhuhu dengan jahiliah yang telah dilakukan.
Pintu taubat sentiasa terbuka.
Selagi matahari tak terbit
dari Barat.
Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.
Sungguh kematian itu terlalu dekat
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan
mati" (QS. 3 : 185)
Lantas adakah kita telah bersedia?
Maafkanlah orang lain dan raikanlah perbezaan.
Walaubagaimanapun, penindasan dan pendustaan
perlulah diperbetulkan dan ditegah dengan segala keupayaan yang kita ada.
Yang paling penting, kita mesti ingat.
Masuknya kita ke syurga bukanlah bergantung
kepada jalan atau aliran yang kita pilih.
Semuanya bergantung kepada redha Allah.
Mari sama-sama tanya diri.
Adakah Allah redha?
Tepuk dada, tanyalah iman