Bila start tahun
baru, semua heboh dengan azam yang baru.
Jadi lebih
berjaya,lebih produktif, lebih hebat.
Ada juga yang azamnya
banyak, tapi kurang dalam usaha nak realisasikannya.
Ada juga yang sudah
ada effort untuk realisasikannya, tapi tetap masih belum berjaya.
Setiap tahun usia
kita semakin bertambah dan setiap kali itu juga sepatutnya kehidupan kita
semakin berubah. Ke arah yang lebih baiklah sepatutnya.
Masa kat France, aku
ada target yang hendak dicapai sebelum berusia 25 tahun.
Tubuhkan syarikat
perniagaan sendiri dalam karya penerbitan, fotografi, ternakan ikan, dan jualan
makanan.
Berkahwin dan
mengembangkan kesemua syarikat yang telah dibangunkan.
Tahun
2016 ni dah masuk 25 tahun dah.
Tapi kedua-dua azam
atau target itu masih belum tercapai.
Banyak masalah dan
kemelut yang aku terlepas pandang sebenarnya bila sudah kembali ke
Malaysia.Walaupun hanya dua target, tapi target itu besar dan memerlukan
komitmen yang tinggi.
Lalu, target itu
sepatutnya ditangguhkan ke tahun yang lain dan difragmenkan menjadi lebih kecil
dan terperinci supaya senang nak capai.
So tahun ni, aku tak
perlukan azam yang baru.
Cukup sekadar
berusaha untuk merealisasikan azam-azam terdahulu yang masih belum dapat
direalisasikan.
Azam dan harapan yang
sudah lama tertunda.
1 comment:
Jangan risau bro, tak lama lagi ko akan berjaya
Post a Comment