Suatu hari nanti, kalian akan mengerti yang
penjenayah hebat bukanlah penjenayah yang badannya sado dan bertatu. Mereka
juga bukannya golongan-golongan yang mempunyai senjata api seperti pistol dan
machine gun. Bukan.
Memang akan ada pihak yang mengatakan mereka ini penjenayah.
Tapi penjenayah ini cuma hiasan cerita, mati pun tak bernama. Kalau kene
tangkap dengan polis, merayu-rayu untuk dilepaskan dan kalau kene sebat dengan
rotan penjara, confirm mengalir airmata. Penjenayah bullshit.
Penjenayah yang Monsieur maksudkan kat sini
adalah penjenayah yang senjatanya adalah pen dan otak. Berkot dan bertali
leher. Segak ke sana ke mari dengan kereta mewah. Pusat operasinya ber-
aircond. Dan golongan ini takkan kene sebat sebabnya nak bawak golongan ni ke
muka pengadilan sangatlah sukar. Andai dibicarakan sekalipun, selalunya mereka
akan menang dengan wang dan akan memanipulasi sistem kehakiman. Inilah
penjenayah Rasuah dan Pecah Amanah. Penjenayah yang paling tinggi martabatnya.
Yang sado-sado dan bertatu itulah yang menjadi
kuli taiko-taiko hebat ini. Mengapa Monsieur bagitahu awak semua ini?
Sebabnya kebanyakan golongan penjenayah hebat
ini lahirnya di SBP !
Sebab tu jugalah Monsieur
terapkan banyak kali yang modal insan itu sangat penting.
Tak guna kalau pandai melangit
tapi rompak harta orang miskin.
Tak guna pointer tinggi kat Universiti kalau
tak mampu nak selami realiti masyarakat.
Sebab tu Monsieur banyak kali
pesan,
Bukan filem korea yang yang akan
selamatkan kamu dik.
Bukan jugak novel-novel yang
bahasanya pincang yang akan jadi panduan hidup kalian.
Peganglah pada dua,
Setialah pada isinya,
Al Quran dan Hadith,
Panduan sepanjang masa.
ILMU, IMAN , dan AMAL,
Perhalusi makna dan konotasinya.