Tuesday, January 8, 2013

Melancong ke South of France

Salam alaykoum...
Cuti hari tu sempat jugak aku berjalan ke negeri2 selatan di France disebabkan Malaysian Students Reunion 2012 (event ni memang ada every year).
Asalnya rasa malas nak gerak pergi sana sebab jauh dari rumah aku,tapi sebab aku pun x duduk lama kat France,so why not tak manfaatkan cuti yang ada. Ini kali pertama aku jejak kaki kat south France.Memang berbeza  kalau nak compare ngan tempat yang aku blaja now.

Sempat bergambar dengan Alim, junior MOZAC dulu

Jauh perjalanan,luas pengalaman
Banyak benda yang aku dapat sepanjang perjalanan aku.Antaranya adalah accent atau slang yang dimiliki oleh penduduk setempat di selatan France.Memang berbeza kalau nak compare dengan kami yang duduk north ni,kadang-kadang memang susah nak paham,tapi dalam perbezaan  itu,aku try gak cari persamaan dan alhamdulillah tak sampai 4 hari memang sure boleh paham nyer. (Kalau kat Malaysia,kita boleh compare slang  utara dengan slang pantai timur)

Penduduk south yang sudi menumpangkan rumah.Thanx!
Talam kenikmatan
Pernah makan sama2 dalam dulang/talam?
Maybe ade certain yang jijik dan pertikaikan mengapa perlu makan dalam talam (tangan kotor lah,nanti x cukup lah,etc.)walhal amalan ini sunnah nabi.
Antara adab2 yang perlu ada semasa makan dalam talam adalah perlunya peranan seorang ketua yang akan membaca doa sebelum makan dan mengagihkan sama rata makanan agar semua dapat berkongsi keriangan.Selain itu niat masing2 juga mestilah jelas dan ikhlas. A mengharapkan B akan kenyang dan B akan mengharapkan C akan kenyang apabila mereka duduk sedulang.
Insyaallah yang sikit akan cukup dan yang banyak x kan membazir.

Selera lagi bertambah bila makan reramai
Rasa syukur dalam kehidupan
Aku rasa orang lain beruntung sebab mereka ada apa yang aku xde,tapi aku x sedar apa yang aku ada dan mereka xde. Sebagai contoh,aku rasa best sebab shopping dan harga makanan kat south lagi murah dari north,tapi aku terlupa aku ada angin salju yang bertiup dan kepingan2 salji yang memenuhi segenap inci berbanding dengan mereka yang susah untuk merasai kesejukan bahkan berjalan dalam kepanasan.

Penunjuk jalan masa aku pergi Monaco.Merci!

Circle of friend dan wawasan yang mematangkan
Aku jumpa ramai kawan masa kat sini dan aku paling banyak berborak dengan pelajar2 yang lebih berusia dari aku,bahkan ada di antara mereka yang dah berumahtangga dan mempunyai anak2. Jarak umur dan latar fikir yang berbeza menghasilkan perbincangan yang bermakna.Dorang siap bagi tips2 penting tentang kehidupan.Kadang2 berbincang dengan orang yang berilmu lebih baik dari mengkaji 10 buah buku.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dalam sesi kembara ini.Semoga dapat berjumpa lagi Insyaallah.







Saturday, December 15, 2012

Canon vs Nikon (cerpen)



Marcapada ini, seni fotografi semakin berkembang pantas dan mendapat tempat di hati para remaja. Azam tidak terkecuali ingin melibatkan diri dalam hobi yang termasuk dalam cabang seni ini.Banyak review di internet yang telah dibacanya bagi mendapatkan maklumat jelas tentang DSLR terbaik untuk dirinya. Baginya DSLR yang baik mampu menghasilkan gambar osem dan bergaya . Sebelum ini,dia memang sudah lama meminati fotografi,tetapi dia hanya mempamerkan karyanya di Instagram kerana masih belum mempunyai DSLR sendiri.

Atas nasihat dari sahabatnya, Abbas, yang sudah lama melibatkan diri dalam hobi ini,dia pergi ke butik Nikon di Times Square untuk mencuba DSLR yang menepati cita rasanya. Nikon D90 menjadi pilihannya dan wang pun bertukar tangan dengan seorang tauke cina. Sejak hari itu, bermulalah kehidupan Azam sebagai seorang pencinta seni fotografi.Dia mendaftar  sebagai ahli Nikon Malaysia yang banyak menganjurkan outing bersama untuk memastikan pengguna Nikon menggunakan gadjet mereka semaksimum mungkin.Azam juga mendaftar sebagai ahli kelab fotografi di universiti.

 Di universiti, Abas sudah lama menubuhkan kelab fotografi yang majoriti ahlinya terdiri daripada pengguna Nikon atau lebih dikenali sebagai NIKONIAN.Ada segelintir pengguna Canon atau CANONIAN yang tidak berpuas hati dan  keluar dari organisasi dan telah menubuhkan sendiri kelab CANONIAN yang diketuai oleh Ajiz.Sering kali berlaku konflik di antara dua organisasi ini kerana masing-masing mahu diiktiraf sebagai kumpulan yang hebat.Hakikatnya merekat terlupa bahawa walaupun berada di dalam organisasi yang berbeza,matlamat mereka tetap sama iaitu berkarya dan memakmurkan seni melalui fotografi.Walaupun begitu, Nikonian masih relevan dan diiktiraf disebabkan ahlinya yang ramai dan penglibatannya dalam setiap acara yang dianjurkan oleh Universiti.

Bersambung…