Marcapada ini, seni
fotografi semakin berkembang pantas dan mendapat tempat di hati para remaja.
Azam tidak terkecuali ingin melibatkan diri dalam hobi yang termasuk dalam
cabang seni ini.Banyak review di internet yang telah dibacanya bagi mendapatkan
maklumat jelas tentang DSLR terbaik untuk dirinya. Baginya DSLR yang baik mampu menghasilkan
gambar osem dan bergaya . Sebelum ini,dia memang sudah lama meminati fotografi,tetapi
dia hanya mempamerkan karyanya di Instagram kerana masih belum mempunyai DSLR
sendiri.
Atas nasihat dari sahabatnya, Abbas, yang sudah lama melibatkan diri
dalam hobi ini,dia pergi ke butik Nikon di Times Square untuk mencuba DSLR yang
menepati cita rasanya. Nikon D90 menjadi pilihannya dan wang pun bertukar
tangan dengan seorang tauke cina. Sejak hari itu, bermulalah kehidupan Azam
sebagai seorang pencinta seni fotografi.Dia mendaftar sebagai ahli Nikon Malaysia yang banyak
menganjurkan outing bersama untuk memastikan pengguna Nikon menggunakan gadjet
mereka semaksimum mungkin.Azam juga mendaftar sebagai ahli kelab fotografi di
universiti.
Di universiti, Abas sudah lama
menubuhkan kelab fotografi yang majoriti ahlinya terdiri daripada pengguna
Nikon atau lebih dikenali sebagai NIKONIAN.Ada segelintir pengguna Canon atau
CANONIAN yang tidak berpuas hati dan
keluar dari organisasi dan telah menubuhkan sendiri kelab CANONIAN yang
diketuai oleh Ajiz.Sering kali berlaku konflik di antara dua organisasi ini
kerana masing-masing mahu diiktiraf sebagai kumpulan yang hebat.Hakikatnya
merekat terlupa bahawa walaupun berada di dalam organisasi yang
berbeza,matlamat mereka tetap sama iaitu berkarya dan memakmurkan seni melalui
fotografi.Walaupun begitu, Nikonian masih relevan dan diiktiraf disebabkan
ahlinya yang ramai dan penglibatannya dalam setiap acara yang dianjurkan oleh
Universiti.
Bersambung…
1 comment:
cara main dengan bahasa boleh tahan, bro. Bleh la tggu smbungan si Azam ni...
Post a Comment