Kes disiplin dalam kalangan
pelajar sekolah menengah ni benda biasa sebenarnya. Antara serius atau tidak
sahaja. Tahun ni disiplin sekolah aku agak merosot sikit. Aku sedar perkara ni
bila Cg Salim dah berpindah ke sekolah sebelah. Masa nilah ramai budak-budak
yang keluar tanduk.
Tahun ni juga. Kami buang ramai
pelajar. Atas sebab mereka ni akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Nak-nak
tahun depan exam besar (SPM). So daripada majoriti ni dirosakkan oleh minoriti,
ada baiknya jika golongan sedikit-tapi bermasalah-tak-sedar-diri-pula-tu ini
dikeluarkan.
Ada yang sempat aku jumpa, aku nasihat. Terima
atau tidak itu hal dia. Aku kurang percaya yang hukuman ni dapat meluruskan
manusia dan membetulkan kesilapan secara total. Kalau boleh biarlah dia berubah
dengan rasa hati dan kesedaran diri sendiri. Dari ramai, tinggal
sedikit, dan semakin hari semakin sedikit.
Budak ragbi pun makin kurang. Sebab budak
ragbi biasanya memang yang nakal-nakal. Yang baik-baik, badan sedap tapi
penakut dan bacul. Benda mcam ni jugak yang buat aku menyampah kadang-kadang
tu.
Biarlah apapun yang terjadi,
dalam hati ni sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pelajar yang dibuang
atau terbuang dari sekolah. Semoga selamat menjadi manusia dan bermanfaat
kepada orang lain.
Nikmat Allah luas, cuba cari dan
kenali potensi diri.
No comments:
Post a Comment