Lepas 2 jam
drive, aku sampai di Bandar Sri Permaisuri walaupun traffic agak jammed tadi.
Lambai
tangan ke arah Pak Guard dan terus naik ke perkarangan asrama. Ada 3 blok
Aspura.
Ketuk pintu
warden yang Cg Rosnah suruh aku tumpang,
dua kali ketuk, dia keluar.
« Eh mung
da sampai, ingatkan nak mari lepas buke ».
« Saje
mari awal, takut sesat, first time kan ».
Tangan pun
bersalaman.
Angkut
barang-barang dari kereta naik ke asrama (rumah warden yang di-renovate sebuah
dorm dan bilik gosok). Rumah agak besar sebab ada 3 bilik. Fully furnished.
Quite ok
lah untuk aku. Sangat ok sebenarnya kalau nak buat perbandingan dengan SBP-SBP
yang pernah aku ajar dulu. Banyak ke SBP aku pernah mengajar?
Ok, for the
records, sekolah ni adalah sekolah yang ke -4 selepas SEMESRA, SMAP LABU, dan
MOZAC.
Kiranya SBP
ke-4 dan boleh kata dah agak masak dengan sikap dan helah pelajar SBP.
Mata terasa
mengantuk dan ingat nak off dulu. Rehat cukup-cukup sebab esok nak Lapor Diri
dan semak tugasan baru.
Doakan
semuanya berjalan lancar.
Allahu
Rabbuna Yusahhil.
No comments:
Post a Comment