I
believe that everyone in this world deserve a second chance.
Peluang
kedua wujud disebabkan peluang pertama tidak berjaya dimanfaatkan. Atau mungkin
ada insiden yang berlaku dan menyebabkan peluang pertama itu gagal
direalisasikan. Sebagai contoh ;
1) Peluang kedua dalam
percintaan setelah curang pada kesempatan yang pertama.
2) Peluang kedua untuk repeat
exam setelah first attempt dihabiskan dengan poya-poya dan Dota.
3) Peluang kedua untuk memohon
maaf setelah mengkhianati seorang rakan yang memberikan kepercayaan.
And
the list continues
Pernah
dengar peluang kedua dalam kehidupan?
Bilamana
kau pernah sia-siakan nyawa dan usia lampau untuk berjimba dan melakukan
jahiliah dan terlibat dalam benda lagha. Lagi parah bila kau berbangga dengan
setiap kejahilan yang dilakukan.
Bermandi dalam dosa jahiliah.
Masih bolehkah berubah?
Memang
boleh asalkan kau nak.
Allah
maha pengampun
أَلَمْ يَعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
“Tidaklah
mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?” (QS. At Taubah: 104
1.
First step to move on
Menyesal
atas dosa lalu dan berazam untuk berubah.
Starting
from this point, cuba tinggalkan sikit-sikit jahiliah yang selalu kau buat.
Dari
perkara yang paling besar kepada perkara yang paling kecil.
Dari
pergi clubbing sampailah anything yang membuang masa.
Perlahan-lahan.
InsyaAllah boleh.
2.
Bina circle of friends yang
baik
Cuba
berjinak-jinak dengan masjid. Masjid di kawasan bandar is better sebab
kebanyakan dari mereka open minded untuk bergaul dengan pendosa. Libatkan juga
diri dalam setiap aktiviti masjid dan kemasyarakatan yang dijalankan. Lama-lama
hubungan akan terbina dengan ahli kariah masjid dan sikap-sikap positif dari
circle of friends ini akan perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam diri
kita.Dalam masa yang sama, cuba perlahan-lahan tinggalkan kelompok jahiliah
tadi. Jika rasa diri kau cukup kuat dan sayangkan rakan-rakan yang lain, tarik
mereka sekali ke arah yang lebih baik. For sure dalam 10 orang yang kau
ajak,akan ada seorang yang terkesan. Contoh yang paling baik adalah diri kita
sendiri. Pamerkan akhlak yang menarik dan menegur mereka dengan cara yang
paling berhemah.
3.
Hadirkan diri ke majlis
ilmu
Ini
antara point yang paling penting. Kita dah berubah. Tapi bagaimana untuk
sustain dengan perubahan itu dan berkembang untuk jadi lebih baik.
Dengan
ilmu, martabat seseorang itu akan dinaikkan. Sebab itulah pendakwah banyak
bercerita tentang perbezaan antara Alim dengan Abid. Kita mungkin sudah menjadi
Abid (Ahli Ibadah), tapi Islam lebih menekankan untuk penganutnya menjadi alim
(orang yang berilmu). Jadi cuba luangkan masa untuk mendengar tazkirah,
ceramah, dan majlis-majlis ilmu yang berdekatan dengan lokaliti anda dahulu.
Dekat.
Dan dapat save minyak kan (Jangan kedekut sangat k). Bila dah bersedia untuk
spend lebih sikit wang dan tenaga, cuba risik-risik ceramah dan konferens yang
dihadiri oleh speaker-speaker hebat dan boleh thiqah (percaya) dengan ilmunya.
Mungkin kadangkala kita fikir medium youtube adalah yang paling mudah. Tak
perlu bergerak ke sana ke sini dan menjimatkan pembelanjaan. Kat sinilah
hadirnya mujahadah (kesungguhan) dalam menuntut ilmu. Keberkatan menghadiri
majlis-majlis ilmu itu seperti berada di dalam taman-taman syurga. Pasti
mengujakan bukan.
Lagi
satu, sudah tentu berbeza perasaan kita apabila menyaksikan match bola sepak di
hadapan TV berbanding berada di bangku penonton itu sendiri. Hoyeah.
4.
Abaikan kritikan dan buang
segala negative vibes
Ini
juga antara paling penting di Fasa awal perubahan. Pasti akan ada suara-suara
sumbang dan mulut-mulut tiada insurans yang akan berusaha untuk menghalang
perubahan yang baik ini. Biasalah, benda baik. Banyak halangannya. Terutamanya
dari rakan-rakan rapat kita sendiri yang bengang bila kita dah tak mahu ikut
mereka clubbing dan mencipta pelbagai jenis alasan untuk tidak terlibat lagi
dalam perkara-perkara lagha (sia-sia). Sampai satu masa, kau akan rasa down dan
tak mahu teruskan perubahan.
Jangan.
Dan jangan putus asa.
Kalau
mereka tak menyokong perubahan itu, cukuplah keluarga dan diri kau sendiri yang
menyokong kaebaikan itu. Kalau tiada siapa mahu bersama kau, cukuplah Allah
sebagai tempat mengadu.
5.
Lembaran Baru
Mulakan
hidup baru.
Lupakan
sejarah silam.
Jangan
lihat pada permulaan kita.
Tapi
lihat pada pengakhiran agar kita terus istiqamah (konsisten) dalam perubahan
yang dilakukan.
"Seorang
muslim takkan jatuh ke dalam perangkap yang sama untuk kali ke-2."
Selamat Berubah.