Gelegak air di dalam periuk sudah kedengaran
sayup sayup. Dia masih di biliknya memandang skrin samsung seluas 23 inci dan
gigih mengetuk papan kekunci membalas setiap komen² di Facebook,twitter dan
instagram miliknya.Dia tersenyum puas kerana dapat berbakti kepada masyarakat
terutamanya golongan majoriti yang ghairah mengikuti perkembangan berita itu
melalui facebook.
Meon keluar dari biliknya dan terus menuju ke
dapur.Bungkusan maggi dibuka dan diletakkan perlahan-lahan ke dalam
periuk,mengacau² sedikit lantas memasukkan perencah kari.Telur dipecahkan dan
dituang ke dalam periuk bersama beberapa potongan sosej dan sayur.Wap kari
memenuhi ruang dapurnya.Tak sampai 5 minit hidangan makan malamnya sudah siap.
Simple and delicious.Buat ape susah2,orang bujang kan.
Mangkuk berisi maggi ditatang masuk ke biliknya
dan diletakkan bersebelahan dengan macbook.Heater dikuatkan bagi membanteras
dingin malam yang sampai ke tulang.Tambahan lagi dia hanya berkain sarong dan
memakai singlet pagoda .Dari satu tab terus ke satu tab yang lain.Google chrome
sahaja sudah ade 7 tab, ditambah lagi dengan safari dan mozilla.Total 15 tab
tentang perkembangan berita kehilangan kapal terbang kini berada di depan
mata.Sumber dari Vietnam,Australia,USA,France, dan MAS diteliti satu persatu. Blog
beatifulnara, ohbulan,dan rotikaya juga tidak dilupakan bagi mencari koherens
dan percanggahan isu ini.
Dalam banyak2 kisah itu dia tertarik kepada
kisah gossip co-pilot pesawat itu dan kehebatan bomoh yang telah melempang
seekor buaya tembaga.Dia jadi teruja dan cuba meringkaskan semua
spekulasi-spekulasi yang dijangkakannya akan memberi manfaat kepada orang lain.
Setelah diringkaskan,dia copy paste semua link
dan share di laman² sosial miliknya dan dihashtagkan dengan #prayforMH370
Tak sampai sehari video² dan artikel itu sudah
mencapai ratusan like.Gilalah, dia tambah teruja.
Rokok winston blue dikeluarkan dari kotak dan
dicucuh,asap rokok memenuhi segenap inci biliknya.Buat jadi stimulan untuk dia
terus berjaga dan membalas beratus² komen.Ade yang bersetuju dengannya,ade juga
yang mempertikaikan kesahihan berita tersebut.Dia terasa kredibilitinya dicabar
dan rakus menempelak komen² itu berdasarkan prinsip hidupnya; Haters gonna hate
and haters is everywhere.Baru padan muka mereka.Ini Meon lah ,perintis isu semasa.
Di Perairan Selat Melaka pula, anggota
penyelamat sedang bertungkus-lumus mengesan punca dan petanda² yang boleh
memberikan klu kepada penemuan terbaru dan tidak putus² berdoa agar Allah
memberikan petunjuk dan memudahkan usaha mereka.
Di ruang udara,puluhan helikopter dan pesawat
ringan masih menjalankan aktiviti mencari MH370 dan dilaporkan anggota
penyelamat giat menjalankan gerakan mencari sehinggakan mereka terpaksa
berkampung di beberapa lokasi operasi.
Dan
Di sebelah rumahnya, Surau Al Falah baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah dan solat hajat mendoakan agar dipermudahkan pencarian pesawat itu.Jika di langit,turunkanlah,jika di laut, timbulkanlah dan jika di darat, tunjukkanlah.
Persoalannya.Bagaimanakah Meon mengetahui cerita
benar tentang kehilangan ini walhal dia tidak berada dalam mana² situasi yang
dinyatakan?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. Al Hujurat : 6)
No comments:
Post a Comment