"Jemaah aku paling bagus sebenarnya, sebab pengasasnya Rasulullah sendiri dan paling lama kalau compare dengan jemaah korang yang baru 70-80 tahun tu"
"Bagus sangat ke jemaah kau ni,aku tengok sep² mg diam jek masa Mesir bergolak,bebudak aku jek yang bersungguh² turun padang bagi kesedaran kat orang kita
"Korang ni asyik gaduh jek,jom kita g dakwah kat floor ni,jemaah korang x buat keje dakwah pun aku tengok"
STOP !
Dialog perbandingan yang merosakkan,berlaku dalam kalangan mahasiswa tidak kira di Malaysia mahupun luar negara. Jangan kerana seseorang itu berlainan jemaah dengan kita,kita pulaukan dia,tolak pandangan dia,dan yang paling membimbangkan, kita persoalkan pegangan aqidahnya. Nauzubillah
Suasana dakwah di luar negara ni ibarat kita sedang
berenang di sebatang sungai yang sempit. Di dalamnya ada ramai dai’e yang
sedang berenang dan sungai yang sempit itulah gambaran bilangan mad’u yang ada.
Masing-masing berenang dengan
cara tersendiri untuk menuju ke destinasi yang sama. Sudah menjadi lumrah
apabila ramai orang yang berenang pada sebatang sungai yang sempit, pasti
sesekali ada yang akan tersakiti oleh yang lain. Mungkin ada yang tersiku,
tertarik, tertampar dan sebagainya kerana sungai yang ada itu begitu sempit dan
ruang untuk bergerak juga tidak banyak.
Kemudian, bila masa terus berlalu mereka yang berenang di
sungai itu tadi akan tiba jua ke muara dan masuklah ke medan baru iaitu laut
yang luas tidak bertepi. Sesudah beberapa tahun kita menuntut di luar negara
akhirnya kita akan pulang juga ke tanah air untuk menyumbang bakti. Pada masa
itu, kita tidak lagi berenang pada sebatang sungai yang sempit tapi kita akan
berenang dalam sebuah lautan yang sangat luas dan gelombangnya juga sangat
ganas. Terlalu ramai mad’u yang ada dan tenaga dai’e yang ada sangatlah tidak
mencukupi. Pada masa ini, kita tidak lagi tersiku atau bertepuk tampar dengan
orang lain kerana lautan yang kita renangi itu sangat luas. Bahkan pada masa
ini mungkin kita sendiri akan memanggil semula orang-orang yang kita marahkan
dahulunya kerana tersiku kita sewaktu berenang di sungai, kerana dalam lautan
yang ganas itu nanti, kita hampir-hampir sahaja lemas dan tidak mampu untuk
terus berenang bersendirian.
Situasi di tanah air kita ibarat lautan yang luas
tersebut. Terlalu ramai orang yang perlu kita ajak kepada dakwah ini
sehinggakan kita sendiri-sendiri pasti tidak mampu untuk melaksanakan
tanggungjawab ini. Bukan itu sahaja, di Malaysia kini wujudnya pelbagai lagi ancaman
seperti gerakan liberal, syiah, hedonisme dan sebagainya yang menjadikan kita
seorang sahaja pasti tidak mampu melawannya. Justeru, sementara berenang di sungai yang sempit ini cubalah untuk
berlapang dada dan saling bermafaan antara kita. Peliharalah sebaiknya hubungan
sesama pendakwah walaupun berbeza jemaah dan fahaman kerana kita sememangnya
saling memerlukan dalam perjuangan di tanah air nanti
No comments:
Post a Comment