Lampu neon
bersinar cemerlang
Terbias
warna-warna terang,
ramai
veteran di warung itu,
menghirup
cangkir-cangkir kopi.
Rutin harian
Di
televisyen, ada siaran bola,
bila
gol,mereka bertempik riang,
bila
digolkan, mereka memaki lantang.
Wasap
kretek dan aroma kopi mencanak naik,
sesekali
terdengar hilaian puaka.
Lepas
siaran bola,siaran wrestling pula,
bertambah rancak malam itu,
bertandak di tepi meja,
berdendang tanda gembira.
Kewajipan kepada tuhan masih belum tertunai biarpun muazzin
sudah menjalankan tanggungjawabnya.
Golongan
tua yang belum cukup dimasak.
Uban di
kepala,puting masih di mulut,
umur yang
terbazir ,hanya sia-sia,
bukan
pendukung bangsa,malahan fitnah kepada agama.
Asyraf
Damien
13 Ogos
2013, 7:15 pagi
Teratak
Anirus
No comments:
Post a Comment