Kat
mana-mana sekalipun budaya Racist akan wujud dalam dunia ni.Tak kiralah di
Malaysia ke, Perancis ke, even kat Arab pun ada,malahan kadangkala semangat
assabiyahnya lebih kuat dari negara lain walaupun majoritinya beragama Islam.
Baru-baru ni keluar kat Youtube video racism (keganasan yang dilakukan oleh orang Ukraine kepada
asean). Di France racist hanya melibatkan verbal abuse tapi kat Ukraine dan
Russia memang sampai tahap physical abuse. Persolannya,mengapa kita racist???
Tak payah
ambil contoh jauh,contoh yang dekat pun boleh kalau kita melihat adegan politik
tanah air kita hari ini. Ramai pemimpin
yang berkobar-kobar menanamkan semangat keultraan-melayu dalam diri rakyat
sampai boleh mempersendakan bangsa lain.
Masih ingat
perkara 13 Mei 1969? Masih ingat kisah parang terbang?(kalau tak tau,usha google)
Ada seorang
tua pernah cerita kat aku tentang bagaimana hebatnya seorang Mahaguru Silat
Selempang Merah yang mampu menerbangkan parang-parang mencantas kepala
cina-cina yang membuat angkara.Sehingga hari ini,ada segelintir dari kita
bangga dengan cerita tersebut dan menganggap parang-parang terbang ini akan
menyelamatkan mereka ketika bangsa melayu ditimpa musibah,seolah-olah orang
melayu ni powerful race.Bahkan ada yang menjadikan peristiwa 13 Mei untuk
menakut-nakutkan anak-anak muda yang cuba mencari perpaduan dalam variasi
bangsa yang wujud di Malaysia.
Namun,tak
ramai pulak yang mempersoalkan siapa yang menerbangkan parang2 tu? Kalau
legenda tu betul, adakah ada diikati invisible string lalu ditarik oleh
Mahaguru Silat? Ataupun wujud teknologi enjin roket kecik yang diletakkan di
hulu parang tersebut? Ataupun sebenarnya parang itu dibaling terlalu laju
seolah-olah ia terbang?
Bagaimanapun...sebab
kita Melayu...majoriti kita percaya parang2 itu terbang kerana ilmu persilatan
orang2 Melayu. Parang2 itu terbang kerana kuasa ghaib. Cuba tanya balik dekat
diri sendiri...kalau kita percaya dengan legenda parang terbang, bagaimana pula
dengan perspektif agama kita dari segi itu? Kalau benar ada mahaguru silat kita
mampu menerbangkan parang, siapa yang terbangkan parang tu?Dah sah-sah bukan
Malaikat, kan?
Cuba tengok
balik apa hukumnya berdamping dengan benda ghaib dan gunakan benda ghaib
sebagai khadam? Cuba tengok balik apa hukumnya mempunyai saka ni.
Sebagai
seorang Melayu, kita boleh taksub dengan legenda parang terbang tapi sebagai
seorang Islam, adakah kita dibenarkan bergantung dengan parang terbang atau
percaya dengan kisah parang terbang penyelamat bangsa?
kat orang
cina parang tu terbang..kat org British, Portugis, Belanda, pemurtad, org yang
melalaikan kita dari syariat dan ibadat kpd Allah, perasuah yang merompak duit
kita dan penjenayah yg jauh lebih kurang hajar nya tu terbang tak? Nabi pun
hayun sendiri pedang dan panah. Fikirkanlah.
"Kami adalah
bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam.Barangsiapa mencari selain
darinya,maka tidak akan menambah padanya selain kehinaan "
(Umar al -Khatab)
1 comment:
rascism is not a good thing. i observe many uni students who are racist and i hate this situation very much!
Post a Comment