“ Cuba ko
tengok status FB dia, semuanya berkonsepkan ketuhanan,bersyukur, dan tawaduk. In
short, dia memang baguslah,kalau jadikan menantu or adik ipar memang bagus” !
(anonymous)
"Ko usya
sket Twitter ngan FB dia,semua share
pesal lagu,movie,kamera.Papetah.Tak taw ke yang semua tu jahiliyyah,aku mcm
malas la nak cakap kan,tapi…”
(anonymous)
Dialog2
picisan lagi murahan yang sering menyakitkan telinga aku yang masih diamalkan
oleh segelintir dari kita. Kita suka sangat judge orang lain berdasarkan
percakapan,laman social,dan penampilan seseorang. Kematangan seseorang diukur
dengan umur dan penampilan,kewarakan seseorang diukur dengan laras
percakapan,dan pengetahuan seseorang dikenalpasti dengan markah peperiksaan. Dan
budaya ini ternyata SALAH dan KURANG BIJAK !
Mana kau
boleh tahu dia berada di dalam jahiliyyah berdasarkan status FB semata2.Ko taw
tak apa yang dia buat di sebalik pengetahuan ko such as Solat
tahajjud,tilawah,tadabbur,menderma rumah anak yatim dan segala amal kebajikan?
Ko tak pernah periksa,just tuduh dan dakwa.Semak balik Surah Al-Hujurat dan
Al-Humazah.
Hai
orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain.
Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(QS. Al-Hujurat: 12)
Celakalah
bagi setiap pengumpat dan pencela
(Al-
Humazah :1)
Kalau betul
kita dah tadabbur dengan Al-Quran,kita takkan lakukan perkara sebegini dalam
hidup kita. Malangnya ramai yang masih
tidak tahu perbezaan antara abid dan alim (boleh klik link).Inilah sebenarnya masalah kita.
Bagaimana
pula kita boleh mendakwa seseorang itu bagus berdasarkan status facebooknya
sedangkan dalam masa yang sama orang ini merupakan pendosa di belakang
kita.Merokok,mendedah aurat,tidak menjaga pergaulan dan pelbagai dosa besar
yang lain. Ini pula perbezaan antara muslim dan munafiq.Namun sebagai seorang
islam,adalah digalakkan kita untuk bersangka baik sesama manusia.
Tetapi
janganlah terlalu taksub hingga buta mata hati dan pancaindera yang lain.
Sekian
,riadah di petang ahad.
5 comments:
sokong entri ko neh 100%! :D
Haha...sekadar refleksi seketika...
Nice entry.
thanx...
Sokong sgt abg seguru..!
Post a Comment