Hari itu hari jumaat, tengahari. Ramailah
muslimin di sini yang pergi menunailan kewajipan solat jumaat. Macam biasa, aku
akan pilih Masjid Fontaine d’Ecu berbanding Masjid Planoise kerana khutbahnya
dalam bahasa Perancis,berbanding di Planoise yang menggunakan Bahasa Turki yang
sudah jelas lagi nyata aku tak paham. Kefahaman itu sangat dituntut dalam
penghayatan sesuatu bicara khutbah untuk kemaslahatan ummah.
Usai solat, selepas pertemuan di luar masjid
bersama Akmali dan kader-kadernya, aku dan Amin melangkah ke bus stop untuk
pulang. Ketika itulah kelihatan seorang Pak Cik tua bersama tongkatnya datang
kepada kami dan terus bertanya tanpa menghulurkan salam perkenalan.
« Combien de bois qu’on a besoin
pour faire une voiture ? (berapa banyakkah kayu
yang diperlukan untuk membuat sebuah kereta?)” soalnya kepada kami dengan wajah
penuh konfiden.
« Je ne sais pas, chuis desolé (saya tak tahu,maafkan saya) » jawabku kerana merasakan soalan itu gagal difikirkan logiknya. Lagipun
aku malas hendak bertanya lanjut kerana merasakan mungkin Pak Cik itu kurang
waras fikirannya.
« Je n’ai aucune idée (saya takde idea) » balas Amin pula. Ayat yang selalu diulanginya
bila dipertemukan dengan setiap kebuntuan.
Untuk tidak mengecewakan hati Pak Cik yang
berumur dalam lingkungan 60-an itu,kami tetap try our best tuk jawab
soalan itu sebaik mungkin. Tetapi setiap jawapan kami mendapat gelengan
daripada pihaknya. Lantaran
kepenatan dan ditambah dengan suhu yang mencairkan kesabaran, we are finally
surrended. Pak Cik itu tersenyum kerana kami gagal menjawab soalannya.
“ 6 tronc (6 dahan)”
memberikan jawapan kepada kami.
“Mais pourquoi ?(tapi
mengapa?)” tukas kami kerana tidak berpuas hati dengan helahnya.
“vous connaissez Citroen (anda kenal Citroen ?) »
soalnya.
« Bah oui, (sudah tentu) » jawab
kami hampir serentak.
Baru kami tersedar yang Citroen mempunyai
homonim yang sama dengan 6 tronc dalam bahasa Perancis yang membawa
maksud 6 dahan.
« Ah oui, (a’ah) », terkeluar
perkataan itu setelah kami sedar yang kami telah diperkenakan.
Dalam memikirkan logik soalan itu, Pak Cik
tadi berlalu pergi dengan senyuman manis yang terukir di wajahnya. Setelah
berjalan jauh dalam panas terik,beliau akhirnya
tersenyum gembira kerana berjaya mengeluarkan teka-teki yang tak terduga
oleh orang asing seperti kami.
Walaupun sedar kami telah dipermainkan, kami
tetap gembira kerana berjaya membawa erti sebuah kegembiraan kepada
seorang lelaki yang berada di
pertengahan usia, yang semakin lama, semakin dilupakan dalam kemajuan sebuah pekan
kecil yang bernama Besançon.
Sekian.
2 comments:
jgn pasni kaw wat teki teki sama kt ktorg suda..anyway, how's life treating you friend?? kaw ad typo kt ats tu..and ak doakan kaw sehat and kumpul exp byk2
hahah thanx ajis..baru aku nampak ada typo kt menunaikan tue,..thanx..')
Post a Comment