Selepas ini semuanya akan menghilang ,selepas satu
episod yang panjang.
Selepas
ini, aku kehilangan abang-abang.
Selepas ini
runtuhnya sebuah kegemilangan Planoise Holding,
seperti
mana tenggelamnya Kota Atlantis, penuh tragis.
Planoise akan menyepi,
derai tawa dan gurau senda akan terhenti.
Tiada lagi Soirée kebab di Kedai Turki,
tiada lagi floan sedap di Kedai Roti,
dan...
Tiada lagi keayuan kakak Aseatique,
yang akan sentiasa
dirindui.
Jajahan ini tinggal dengan sejarah dan kenangan,
Tersimpul mati dalam ingatan.
Di sini, aku belajar mencipta ramuan makanan,
di sini aku mahir pelbagai sukan,
di sini juga aku kenal siapa En. Azan.
Wisel penamat ditiup,
tanda pengakhiran
sebuah permainan.
Ping-pong,bola
keranjang ,bola sepak,dan Xbox akan lenyap,
diheret bebunga masa,
direntap dedaun waktu,
Tatkala soltis musim panas yang bertandang.
2 comments:
Waduh...mana nama dato' kesukaan ramai tu?
Dato' tu mati bersama kenangan yang berkubur dalam patung-patung daun bumbung2 planoise
Post a Comment