Actually aku perasan benda ni masa aku
tengah sakit (cirit birit dan demam yang serius), dan masa inilah
aku tahu apakah makna dan definisi Qudwah Hasanah (tauladan yang
baik) yang sebenar.
“Pendakwah” hari ni selalu sangat
bercakap tentang tauladan yang baik dan dalam masa yang sama mereka
gagal menunjukkan amalan ini dalam masyarakat.
Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku
sendiri,masa aku tengah sakit dulu,member yang banyak tanya khabar
dan tolong aku ialah orang yang tak melibatkan diri dalam dunia
“dakwah “ini. Yang lebih memalukan aku, ada segelintir dari
mereka yang non-muslim bersungguh-sungguh membantu aku sedangkan
rakan seagama yang kononnya berjuang atas fikrah yang sama hanya
mengambil sikap tidak ambil peduli. Secara terus terang, aku bukannya
baik sangat dengan dua member yang non-muslim ni,tapi saat aku
memerlukan,merekalah yang lebih menunjukkan sikap prihatin.
“Rakan-rakan dakwah” ini bertanya
khabar pun tak sudi sedangkan ketika mereka memerlukan sesuatu
daripada aku,bley pulak call,tapi bila aku tak diperlukan,seurat SMS
bertanya khabar pun seakan satu cabaran buat mereka.
No wonderlah dakyah missionary dan
kristianisasi berjaya di Malaysia dan seantero dunia. Islam adalah
agama yang sempurna namun gagal dizahirkan oleh penganutnya.Mulai
hari ini,aku takkan berharap lagi kepada kumpulan2 ini.Dalam
menjalankan kerja dakwah,setiap orang ada prinsip sendiri.Mereka
dengan cara mereka,aku dengan cara aku.Terpulanglah dengan apapun
tohmahan yang akan dilemparkan,aku bersedia menerimanya berbanding
dengan memerangkap diri sendiri dengan slogan ikatan kekeluargaan
yang palsu.Harus diingati,dakwah dijalankan dengan membuka kunci
Qalbi,bukan dengan cara melukakan sekeping hati!
2 comments:
Harap Asyraff tabah dan sabar m'hadapi segala bentuk ujian di perantauan. Teruskanlah ber silaturrahim dgn mereka."Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
"Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (HR Bukhari)
Terima kasih Ummi ...insyaallah...semoga segalanya dipermudahkan..;)
Post a Comment