Bulatan gembira boleh ditafsirkan sebagai usrah atau tazkirah pada dahulu kala. Biarpun begitu,bulatan gembira ini mempunyai sedikit perbezaan dengan usrah yang pernah kita sertai semasa di sekolah dulu. Aku ingat lagi masa kat sekolah dulu,aku
Bulatan gembira bukan sekadar menggalakkan perkongsian agama malahan mendorong kepada perkongsian ilmu fardhu kifayah lain seperti ilmu akademik dan softskill yang dituntut dalam menghadapi cabaran hari muka. Berada di luar negara dan tinggal bersendirian,pastinya anasir jahat akan datang bertandang dan menggoyahkan iman yang sudah lama terbina,Pada masa inilah bulatan gembira perlu memainkan peranannya agar melindungi ahlinya supaya tidak terjebak sama.
Bulatan gembira mengajak kita berjuang atas fikrah yang sama,menganalisis al-quran dan menghayati isinya serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.Kadangkala juga kami berbincang mengenai sesuatu isu semasa mengikut perspektif masing-masing.
Malangnya ada yang menganggap aktiviti ini sebagai satu amalan hipokrit. Sedarkah anda seorang islam dan apabila tidak mengamalkan islam,itulah yang disebutkan sebagai hipokrit. Manusia hari ini sangat mudah untuk memfitnah manusia lain yang mengamalkan kebaikan.Baru2 nie,Ustaz favorite aku kene tuduh berkhalwat,bley taw cerita lanjut di sini,dan di sini...Ada je yang dengki bila arus perubahan ke arah kebaikan mula diterima golongan muda.
Apapun saya sudah menyertai Bulatan Gembira,anda bila lagi?
No comments:
Post a Comment