Zain
mencicip kopi suam yang masih berbaki di dalam cawannya sambil menonton
tazkirah Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan nama ustaz UAI. Walaupun
matanya tertancap di monitor,fikirannya terbang melayang terlalu jauh
mengenangkan peristiwa pagi tadi.
Sungguh dia
sangat tersentak dengan kekasaran gadis itu menjawab soalannya,walhal dia telah
mengajukan soalannya dengan begitu sopan sekali.
“Mungkin
itu prinsip seorang akhawat,tidak mahu berbicara dengan lelaki” pujuk hatinya.
Sebagai
seorang ikhwah yang aktif,dia cuba memahami situasi dirinya dan sentiasa
bersikap husnuzon(bersangka baik) seperti mana yang telah diajarkan oleh
murabbinya.
Mungkin
khilafnya yang terlalu berburuk sangka dengan Munirah,menyebabkan dia terasa
hati dengan gadis itu.Sepanjang pengalamannya menuntut di negara asing itu,
acapkali dia berjumpa dengan ramai akhawat yang sentiasa menunjukkan qudwah
Hasanah yang baik,berbeza benar dengan Munirah yang ditemuinya sebentar tadi.
Walaubagaimanapun dia tetap bersangka baik
sesame manusia dan nama gadis itu mulai luput dari ingatannya.
*********************************************************************************
Sebulan
telah berlalu, dan sekali lagi Zain dipertemukan dengan Munirah di rumah rakan
perempuannya.Sewaktu Zain bertentang mata dengan Munirah, gadis itu sempat
menarik muka dan menjeling Zain dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.
Zain yang terpinga-pinga tidak tahu apakah
kesalahan yang telah dilakukannya sehingga dia terdiam kelu tanpa sepatah
perkataan walaupun dia pernah dinobatkan sebagai pembahas terbaik di
sekolahnya.Zain benar-benar mati akal.Terbejat.
*********************************************************************************
Suatu
petang di padang bola,Zain sempat berbual-bual dengan rakan-rakan senegaranya yang belajar di negara Republik itu.Mereka beborak tentang
pelajaran,bola,smartphone sehinggalah terlajak kepada rakan-rakan perempuannya.
Menurut Farid,Kamal, dan Mustaffa:
“Munirah
ialah seorang gadis yang ceria di dalam kelas mereka,sering
tertawa,berjenaka,dan sangat mudah didekati”.
Sekali lagi
Zain bingung kerana sikap gadis itu terhadapnya benar-benar berbeza.Tanggapannya
tentang gadis itu yang menjaga ikhtilat dalam pergaulan telah
musnah sama sekali.
“Korang
takyah tipulah,bukan dia memang tak layan lelaki ke”? luah Zain tidak berpuas hati.
“Kalau
ko tak percaya ,tengok ni” sergah Mustaffa sambil menghulurkan Zain smartphonenya yang berharga
ribuan ringgit.
Di atas skrin sebesar 3,5 inci itu, terpampang
profile Facebook Munirah, Zain memberanikan diri menekan gambar-gambar milik
gadis itu walaupun dia tahu amalan stalker bukanlah satu amalan
yang baik. Dia terkejut apabila mendapati banyak gambar rakan-rakan lelakinya
bersama Munirah terkinja-kinja di suatu kawasan. Perasaannya bercambur baur
ketika itu. Mujurlah sekali lagi husnuzon(perasaan bersangka baik)
menjengah dalam benaknya bagi menyelamatkan keadaan.
Tengahari
tadi, Zain berkunjung ke sebuah kedai yang menjual TACOS,sejenis makanan yang
sangat sedap di negara sekular itu.
Begitu
sedapnya rasa
tacos itu apabila kehangatan hirisan ayam di
dalam
tacos bergabung dengan rasa bawang dan tomato apabila
gigitan pertama dilakukan.Kombinasi panas dan sejuk ditambah lagi dengan
kerangupan kentang goreng yang disumbat masuk ke dalam resepi agung
itu,membuatkan dia terus lena dibuai nikmat dunia.
Zain kini
sedar bahawa Tacos itu lebih tinggi nilainya dari gadis yang
perengus itu.Selepas ini dia bertekad untuk tsabat di jalan dakwahnya dan
melupakan peristiwa itu,Jika dia ditakdirkan bertemu lagi dengan Munirah,akan
ditinggikan suaranya dan memandang gadis itu dengan kebencian agar gadis itu
tahu perasaannya sebelum ini.
Tatkala itu
juga, smartphone Zain berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.Disentuhnya
di skrin sentuh bersaiz 4 inci itu:
“Petang ni
kita buat perbincangan,,harap anta dapat bagi pengisian tentang SABAR”.Ringkas mesej itu
Zain membalas mesej itu dengan dengan perkataan "ok"
Saat itu
juga dibatalkan niatnya terhadap Munirah dan mengambil keputusan untuk membeli
lagi sebungkus Tacos.
*********************************************************************************