Wednesday, December 14, 2011

Aku tak perlukan grammar untuk hidup...





Dua jalan berbeza,sama puncanya,
Antara tegas dan realiti, antara fleksibel dan empati,
Jaraknya jauh mungkin infiniti,
Tercetus sayembara sengit,

Grammarien sering mencari kesilapan.
Saling menyalahkan,
Dahagakan pertelingkahan,sungguh,
Hidupnya diatur, laksana buah catur,
Pascal dijadikan Tuhan,
Kitab-kitab skema menjadi sembahan.

Linguiste cuba mencari kedamaian,
Persamaan dalam perbezaan,
Jurang dan gunung dijadikan terusan,
Ombak dan belukar diubah menjadi jalan,
Pengkajian bahasa asing dilanjutkan,
Membuka satu dimensi baru,
Dalam tamadun kemanusiaan.

Antara aliran itu,
Timbul pelbagai kekeliruan dan persoalan,
Aku merenung lama untuk menentukan.
Keliru, kabur, dan kelam,
Bertafakur sejenak.
dan
Linguiste kini jadi pilihan.

No comments: